Khamis, 31 Mac 2011

Key Chain Terbaru dari Teman.....

 antara koleksi "key chain" yang dikumpul dari kawan-kawan yg
 rajin pergi makan angin.... ...... tahun ni dan tahun lepas 2010


Semalam kawan sepejabat yang baru balik dari  makan angin ke Sabah dan Serawak mulai dari hari Jumaat lepas,telah mula bertugas semula hari ini... jadi pagi tadi bila ke "Office Dept." sempat mengusik dia orang yang baru balik bercuti... " macam ada bau AA dlm office ni.....", semua nampak ceria dan gembira...yer laa baru balik dari bercuti..."santai....." memang laa best dan merehatkan...

Seperti biasa adalah serba sedikit buah tangan atau cenderamata hati yang diaorg bawak....antara yang favourite nya kalau ke Sabah apa lagi key chain, mutiara dan butang baju melayu.... kalau ke Serawak gitu juga kalau tak key chain yang favourite nya Kek Lapis Serawak yg teramat manis dan wangi tu....

"key chain" anak penyu - agaknya laa....kecik jer...

butang baju melayu bertahta mutiara biru

....yang ni dua objek ambik gambar sekali..... 

Bulan Fabruari lepas ada kawan pergi lawatan ke Medan dapat juga cenderamatahati berupa "key chain" juga ..... unik juga bagi saya "key chain" tu berupa rumah atap org Batak...rasanya laa...

... "key chain" yang saya rasakan unik dari ukiran kayu yang menggambarkan bentuk rumah orang Batak.........

Saya juga mendapat cenderamatahati berupa T-shirt berlogo " Lake Toba " yang juga agak unik tenunan dari kain kapas yang lebut dan licin... ( saya akan buat satu en3 khusus berkenaan itu pula nanti.....)

Pada hujung Fabruari itu juga seorang kawan rapat juga teman se "JORAN" telah ke Dubai atas urusan perniagaan ..... beliau juga ada memberi cenderamatahati berupa "fridge magnet decoration" cantik juga di mata saya walaupun buatan RPC.....mmmmm


....seorang lagi kawan pula ke Singapura ....., ( saya pun tak lepas lagi kesana.....huhuhuhu.) juga memberi cenderamatahati berupa "key chain" juga....


...key chain singapore...

Terima Kasih banyak-banyak kepada mereka semua yang masih lagi mengingati saya kalau bercuti makan angin kemana-mana....rasa sangat bersyukor kerana merasa diri masih lagi dihargai kawan-kawan.


 antara koleksi...

Sekian buat catatan kali ini, sehingga berjumpa lagi di catatan lain...
Layannnnnnnnnnn.......

4 ulasan:

  1. Dah boleh buka muzium cenderahati weh...

    BalasPadam
  2. Hehehe...tu yg sedang pikir nak buat mini muzium tu...

    BalasPadam
  3. Amboi....1) ramai nya orng yg bercuti..best betol..ni mesti oficce ramai org..

    2) leh buat muzium ( macam kata en.mie..

    3) Kenapa diorang tak beli menda makan, macam keropok ke, ikan terubok ke...leh gak rasa makanan sana...

    BalasPadam
  4. Salam Fadzli....

    1).Tak lah ramai sangat tapi kalau masing-masing bercuti mau sunyi opis....mmmmmm

    2).Adalah cikit2 tapi tu laa tak der bakat nak jadi kurator...hehehehe.

    3).Ada juga beli benda makan tapi tak leh kategori kan sebagai cenderahati....tak boleh buat kenang-kenangan tapi dah tinggal kenangan kat Indah Water......hehehehe

    BalasPadam