Khamis, 8 Julai 2010

Tạm Biệt Hồ Chí Mệnh City - Goodbye Sân bay Hồ Chí Mệnh

Hari ini hari terakhir berada di HCM City... pagi-pagi lagi dah bangun solat suboh dan mula bersiap-siap serta packing luggage masing-masing...
Sambil tu sempat juga sarapan pagi .... bancuh milo 3 in 1 dan makan apa saja bekal yang masih berbaki...kalau boleh nak kasi clear hari ni.. ptg nanti dah nak terbang balik ke KL...
                                                                                                                                                                                    

Selepas jer sarapan dan dah packing luggage memasing, kami pun keluar ke Pasar Ben Thanm utk kali terakhir dan kesana pada waktu siang...
beli gak serba sedikit lagi barang-barang dan baju T.. aku beli 1 kilo biji gajus kering dan 9 helai baju T... mmmm.. nak abihkan matawang Dong...
..rupa-rupanya siang pun ada antara barang murah harganya dari yg dibeli waktu malam... apa-apa pun Dong aku pun dah tinggal utk bayar apa-apa yang patut kat airport nanti...
tepat pukul 10.30 pagi kami pun pulang semula ke Hotel penginapan untuk mengambil luggage masing-masing , solat jamak zuhor-asar dan urusan check- out... itu pun cukup untuk mencuri hampir setengah jam waktu kami di lobi hotel sementara menunggu airport limo tiba untuk ke Airport .....

Aku sempat jugak berposing kat lobi hotel... sedih jugak nak meninggalkan HCMC tu ... yer laa dah 3 hari kehulu kehilir kat ctu... makan minum, tidor -jaga, mandi...ehmmm....
....tp dalam masa yang sama seronok juga kerana dah nak balik semula ke Malaysia...negara sendiri...
Dalam pukul1.12ptg gitu lebih kurang aku pun lupa nak catatkan... limo pun sampai satu limo 3 org dengan charge nya 9 USD ... kita org ambil 5 buah limo... dan sampai ke airport dalam masa lebih kurang 15 minit....
Tengok jadual penerbangan, flight kami pukul 4.20 ptg waktu Vietnam penerbangan AK 883.... sekarang kul 1.30 ptg 1 jam lagi bolehlah gi check-in dan timbang luggage.... ehh...risau gak rasa macam berat jer luggage aku ni..takut nanti kena bayaran extra-weight pulak...mmmmmmm...

Kul 2.00 ptg kaunter check-in F bagi penerbangan AK 883 mula beroperasi maka kami pun mula lah beratur dan menunggu giliran untuk urusan tersebut... ramai jugak pelanggannya...boleh tahan jugak lah panjangnya Q kat kuanter tu.. kami punyer turn yg ke 3 dengan 16 orang ahli dan luggage pun ..mmmmm.. boleh tahan jugak....biasa lah kan balik dari HCMC.. nasib baik jugak lah "Abg Long" dah letak luggage extra-large masa booking tiket balik dulu... kalau tak, ada yang kena bayaran tambahan.... mana-mana luggage yang terlebih tu kami adjustkan tukar dengan luggage org lain so everthing solve.....lega...lega...

setelah semua urusan selesai....sempat kami semua berposing dekat pintu ke kaunter pemeriksaan Imigresen....setelah berposing sakan kat situ kami pun mula bergerak keruang Pemeriksaan Imigresen Vietnam ..... mmmm begang jugak aku kat Imigresen diaorang ni...garang tak tentu pasal...
alhamdulillah everthing OK tak der masalah...


Sementara menunggu ketibaan penerbangan AA kitaorg pun jalan-jalan lah kat sekitar komplek menunggu tu yg mana terdapat banyak kedai-kedai duty free.... tp dah tak der nafsu nak shopping lagi dah..ingat nak balik jer.. cepat sampai flight ..cepat sampai KL..

Kul 3.30 ptg pesawat AK 883 pun tiba dari KLIA - LCCT dan kami pun mula bergerak keruangan menunggu insyarat untuk menaiki pesawat ..... tepat pukul 4.10 ptg kami mula menaiki pesawat dan pesawat mula berlepas dari Lapangan Terbang Antarabagsa Tan Son Nhat, HCMC, Vietnam.


Pesawat AK 883 berlepas tepat pukul 4.20 ptg seperti yang dijadualkan..... namun bagitu cuaca tidak berapa baik, langit mendung dan berawan tebal sepanjang ruang udara Vietnam dan ruang udara perairan Malysia ( Laut China Selatan ) juga mendung dan berawan tebal.... so sepanjang pernerbangan tidor jer laa tak dpt nak tengok apa-apa kat luar hanya awan tebal dan kabus saja.... tp sempat jugak makan asam laksa nyonya dalam pesawat....mmmm sedap jugak..yer laa...., kan apa dah kebulur...hehehehe...

Tepat pukul 7.11 mlm pesawat selamat mendarat di LCCT- KLIA Sepang... Check passport kat kaunter Imigresen Malaysia...sejuk jer hati tengok pawagai imigresen tu senyum...jauh sgt bezanya dengan pegawai Imigresen Vietnam yg rata-rata serious jer...nyampah I...mmmm..

Bila ternampak jer bendera Malaysia di LCCT tu rasa terharu dan gembira.... Alhamdulillah dah sampai balik ke Malaysia... rasa amat bangga kerana menjadi warganegara Malaysia..... walau cantik atau bagus pun negeri orang , lebih cantik dan lebih bagus lagi negeri sendiri....betullah bidalan org tua-tua " Hujan Emas Negeri Orang, Hujan Batu Negeri Sendiri, Baik Lagi Negeri Sendiri " .....
cukup sampai disini....
Hingga jumpa lagi di lain coretan...
Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.....................

1 ulasan: