Rabu, 30 November 2011

WW - ..yang ni "acer" yang punyo...


hehehehe.... Al-lavendari " semuo " eden" punyo.... yg ni  "ecer" punyo pulak.... :)

Isnin, 28 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433...


Sempena Tahun Baru Hijrah 1433 ,saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 dengan harapan semuga kita semua umat Islam Khasnya dan umat manusia amnya mendapat keampunan dan hidayah serta menjadi hamba Allah yang lebih tawaduk dan mengejar kesejahteraan akhirat dan menjadikan Dunia ini jambatan ke sana nanti alam kekal abadi...

Sekian dari saya
disudahi dengan
wabillahitaufik walhidayah

Jumaat, 25 November 2011

Al-Imam Hasan Al Banna - Pejuang Islam, Pendakwah tulin dan Mujadid abad ke 20.



Salam Sejahtera buat Muslimin dan Muslimat sekalian , sempena hari Jumaat yang mulia ini saya mengajak semua pengunjung blog saya ini untuk menghayati kisah hidup dan perjuangan pejuang Islam, Pendakwah tulin dan Mujadid terulung abad yang 20 iaitu   Al-Imam As syahid Hasan Al-Banna.

Hasan Al Banna dilahirkan pada tahun 1906 di pekan Mahmudiyah, negeri Buhairah, Mesir. Ayahnya, Ahmad Abdul Rahman Al-Banna, graduan Universiti Al-Azhar, adalah seorang alim dalam bidang hadis dan merupakan penulis beberapa kitab mengenai hadis terutamanya kitab Fathul Rabbani li Tartib Musnad Imam Ahmad bin Hanbal. Hasan Al-Banna dibesarkan didalam keluarga yang taat kepada perintah Allah s.w.t.


Al-Imam Hassan Al-Banna

Setelah mendapat pendidikan rendah dan menengah di Mahmudiyah dan menghafal Al-Quran, beliau melanjutkan pelajarannya pada tahun 1923 di Darul Ulum (Fakulti Islam Universiti Kaherah), seperti di Mahmudiah, beliau terlibat dalam gerakan dakwah Islam di Kota Kaherah dalam berhadapan dengan arus budaya barat yang melanda kotaraya itu, sepertimana jugayang sedang melanda tempat-tempat lain di seluruh Dunia Islam yang sedang dijajah oleh barat dan komunis ketika itu.

Beliau tamat pada tahun 1927 dengan mendapat tempat pertama dan ditugaskan sebagai guru di bandar Ismailiyah, tebing Terusan Suez yang menjadi tumpuan penjajah British kerana kedudukannya yang strategik di peringkat antarabangsa. Disana beliau melihat sendiri penghinaan yang tertimpa keatas umat ISlam kesan dari kejahilan dan kelemahan umat itu sendiri di satu pihak dan kekuatan penjajah kafir yang mencengkam umat Islam di satu pihak yang lain.

Sheikh Ahmad Abdul Rahman al-Banna
ayahanda Al-Imam Hasan AL-Banna

Di Ismailiyah, beliau berdakwah di kedai-kedai kopi yang menjadi kunjungan orang ramai yang leka di zaman itu, kemudian membawa dan mendidik mereka ke masjid-masjid sehinggalah pada suatu hari dalam bulan Mac 1928 (Zulkaedah 1347 Hijriah) bersama-sama dengan enam orang yang ikhlas dan bersungguh setelah mendapat pengajaran-pengajaran Hasan Al-Banna, mereka menubuhkan Jemaah Ikhwan Muslimin. Pada dekat 1940an, dakwah Ikwan Muslimin telah tersebar keseluruh negara-negara Arab dan selepas itu hampir keseluruh dunia.


Ciri terpenting pemikiran dan usaha-usaha Hasan Al-Banna dan jemaah Ikhwan Muslimin dari hari pertam ia ditubuhkan ialah kembali kepada ajaran Islam yang asal berdasarkan dua sumbernya yang asli iaitu Kitab Allah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w dan adalah menjadi satu kemestian menumpukan usaha dan tenaga ke arah membina suatu generasi beriman yang memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar. Islam adalah agama dan negara, ibadah dan jihad, syariah dan peraturan yang menyusun manusia disemua aspeknya. Islam merangkumi kesemua bidang pendidikan, kemasyarakatan, ekonomi dan politik.

Isu penjajahan keatas Palestin oleh musuh-musuh Islam dengan dokongan Kuasa-Kuasa Barat mendapat perhatian yang penting di dalam dakwah Ikhwan Muslimin berdasarkan kedudukan Palestin dan Masjidil AQsa didalam aqidah Islam serta faktor-faktor geografi, sejarah, ekonomi, sosial dan ketenteraan. Sejak Revolusi Palestin yang tercetus oleh umat Islam dalam tahun 1936, Ikwan Muslimin menjadi faktor utama dalam usaha penetangan terhadap Israel Yahudi dan Kuasa-Kuasa Barat yang mendukong penubuhan negara haram tersebut.

perang Arab-Israel 1948


Pada tahun 1948 negara HARAM israel diistiharkan dan perang Arab-israel meletus. Hasan Al Banna turut menghantar sebahagian anggota IKwan Muslimin seramai 12 000 orang berjihad dan terlibat bertempur dari arah Mesir di barat, dari arah Syria di timur dan mengalahkan tentera yahudi dalam banyak pertempuran-pertempuran strategik. Ini membuka mata Kuasa-Kuasa Besar penjajah yang sedang menguasi dunia arab dan Islam ketika itu akan bahayanya Ikwan Muslimin terhadap matlamat mereka untuk menguasai umat dunia dan menghapuskan Aqidah Islam.

Pihak penjajah mengarahkan raja Mesir, Raja Farouk dan Kerajaan Mesir untuk mengharamkan pertubuhan Ikwan Muslimin dan memenjarakan kesemua ribuan anggotanya yang pulang jihad tersebut.

Pada 12 Februari 1949 M bersamaan 14 Rabiul Akhir 1368 H, setelah bersolat Magrib dan keluar dari bangunan pejabat pertubuhan Syubban Muslimin, Hasan Al Banna ditembak di Jalan Ramses dan dibiarkan tanpa rawatan di Hospital Qars Aini, Kaherah sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Maka pergilah salah seorang pendakwah dan mujaddid terulung di Abad ke 20 ini, menemui Allah sebagai salah seorang syahid setelah mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin yang memberi sumbangan besar kepada umat Islam dan sangat berpengaruh di zaman ini.



Sekian perkongsian maklumat sehingga berjumpa lagi dilain catatan
saya sudahi dengan
Wabillahitaufik Walhidayah

Rabu, 23 November 2011

WW - "Aku nak POWER"


hehehehehehe...... ingatkan power apa...... hehehehehehe



sub-entry


Pulut Kuning Aidil Adha Mak Slideshow: Azmnor’s trip from Melaka, Melaka State, Malaysia to Kuala Klawang (near Seremban, Negeri Sembilan) was created by TripAdvisor. See another Seremban slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Selasa, 22 November 2011

TAHNIAH buat HARIMAU MUDA A mempertahankan EMAS Sukan SEA ke 26

Malaysian football team members celebrate after winning the final match between Indonesian and Malaysia at the 26th Southeast Asian Games (SEAGAMES) in Jakarta on November 21, 2011. Malaysia defeated Indonesia 5-4 in penalties.

TAHNIAH dan Syukur kehadrat Ilahi atas kejayaan pasukan Harimau Muda A Malaysia mempertahankan Emas bolasepak dalam kejohanan Sukan SEA ke 26 yang telah berlangsung di Jakarta / Palembang , Indonesia.

Tiada yang lebih dibanggakan adalah kejayaan merangkul pingat emas Sukan SEA kali ke 26 ini di bawah tekanan fizikal dan mental dalam menghadapi sikap penonton tuan rumah yang seolah-olah melihat kita saudara serumpun ini adalah musuh yang dilayan dengan layanan paling buruk sejak kejayaan Malaysia menjuarai AFF Suzuki Cup 2010,

.....sepatutnya sukan ini menjadi alat mengeratkan lagi silatulrahim antara kita di rantau Melayu Nusantara ini bukannya buruk memburukkan antara satu sama lain sebaliknya hormat menghormati sesama kita dan tolong menolong dalam memperkukuhkan rantau ini dan kesatuan orang melayu supaya musuh berfikir banyak kali untuk memperkotak katikan kita di tanah kita sendiri.

Namun bagitu Syabas buat Indonesia juga kerana berjaya ke Final walaupun tidak berjaya memenangi perlawan tetapi dengan baik dan tetap GAH sebagai antara pasukan yang dihormati dan digeruni dirantau ini, Insyaallah di kejohanan akan datang Indonesia akan menjuarainya pula.

Sekian catatan buat kali ini sehingga berjumpa lagi dilain catatan..,
saya sudahi dengan...
wabillahitaufik walhidayah


Isnin, 21 November 2011

JB - Sentosa - JB - Seremban / KL




....sibuk sikit minggu lepas , jadi baru sekarang dapat sambung semula catatan perjalanan ke Singapura... gambar atas tu ialah tentatif perjalanan tapi tak dapat nak ikut semuanya terutama masa dan tempat yg di jangkakan akan dikunjungi...

macam-macam masalahnya... contohnya hari pertama tu nak cari rumah pengantin tu tah berapa kali selak peta nak pastikan tak tersilap laluan ke distinasi... gitu jugalah berkejar bersama waktu semasa hari pertama ke Marina Bay dan kebetulan semasa masuk ke Tambak utk keseberang sama waktu pejabat tamat dan ramai pengguna sdg menggunakan lalauan dan kemudahan keluar masuk ke Singapura... jadi hari pertama ni kami hanya sempat ke Marina Bay dan Merlion sahaja.... lepas tu bergegas mengejar waktu supaya tak terlewat untuk mendapatkan perkhidmatan bas pengantara untuk ke Larkin dari MRT Kranji..... kalau terlepas kena naik taxi atau pun kena jalan kaki sepanjang tambak....jgn buat pasal...


tanda hijau kedudukan Tune Hotel Danga Bay JB.


Hari kedua ni, kalau boleh kami nak bergerak awal untuk masuk ke Singapura kerana untuk menjimatkan masa melalui imigresen dan perjalanan ke distinasi.

kami mengambil keputusan check-out awal dari Hotel dan terus ke Terminal Bas dan Teksi Larkin, bersarapan pagi di salah sebuah gerai/kiosk yang nampak ramai pelanggan ( pastinya sedap kalau ramai pelanggan) ..perkena soto nasi dan teh tarik kaw....



lepas sudah sarapan dan membeli sedikit kueh untuk bekalan di Singapura nanti bersama 2 botol air mineral untuk tekak yg dahaga dan sebotol lagi kalau ada keperluan ke tandas.. ( tandas diaorg tak da paip air dalam tandas ) aku tambah lagi 2 botol revive yg dibeli kat 7 eleven hotel malam tadi.

kali ini kami bercadang untuk menggunakan perkhidmatan bas pengatara syarikat singapura pula iaitu sbs transit, walau pun basnya agak lama tapi scedule nya boleh dikatakan tepat dan basnya yang banyak... tambangnya mahal sikit dari causeway link.... tambang ke Singapura RM 1.90 dari Larkin ke Kranji MRT dan tambang balik dr MRT kranji ke Larkin ialah SD1.90 ( RM4.75) boleh tahan juga mahal nya...




selepas melalui pemeriksaan imigresen Malaysia dan Singapura selamat dan selesai, kami sampai ke Kranji MRT pukul 9.15 pagi dan terus mengambil tiket dan menggunakan " North South Line" (NS) (merah) ke Stesen Dhoby Ghaut.... disini stesen pertukaran antara (NS) , "North East Line" (NE)( unggu) dan Circle Line (CC) (oren). 

perjalanan kami bermula dari Kranji bergerak ke timur melalui 14 stesen sebelum sampai ke Dhoby Ghaut (DG) ...panjang juga masa perjalanannya utk sampai...sesampainya di DG kami turun ke tingkat paling bawah untuk mendapatkan mrt NE untuk ke Harbour Fornt yang menggunakan kod perkhidmatan warna unggu, untuk sampai kesana dari DG kami melalui 4 stesen bawah tanah sebelum sampai ke perhentian terakhir NE.



dari NE keluar dari stesen dan naik ketingkat paling atas bangunan , beli tiket untuk ke Sentosa melalui Vivo City menaiki monorail dengan tiket masuk berharga SD 3 dan sah untuk 1 hari dalam masa 6 bulan.... kalau dah beli hari ni tak jadi masuk so boleh tenguk lah bila expired nya.

bergerak dari Vivo City ke  stesen Watefront , turun di stesen Waterfront untuk melawat Universal Studio dan terdapat berbagai-bagai acara dan hiburan serta kemudahan didalam US tu tapi aku tak masuk pun kerana merasakan masa dan budget yg ciput jer.... hanay bergambar di luar dan diruang legar dan bergambar disitu... beli sekeping cenderahati peribadi...tak mampu nak beli banyak utk kawan keran mahal sgt.








Setelah bergambar dan berjalan-jalan disitu lebihkurang sejam kami menaiki semula monorail ke Stesen Imbiah , turun disitu untuk bergambar di Merlion Plaza menaiki tangga ke puncak tertinggi di Imbiah dan Pulau Sentosa tersebut, kebetulan diaorg sdg merayakan hari hantu kot pasal berbagai bagai jenis replika hantu dan replika tanah perkuburan di seluruh kawasan dan bangunan di Imbiah tersebut.... yer lah kan mat saleh sdg merayakan hari halloween jadi diaorg pun terperasanlah macam mat saleh tu juga...


kat atas puncak bukit tu ada kedai dan dewan pameran serta stesen kereta kabel ke pantai siloso....kat atas tu pun menara "Tiger Sky Power" macam menara Taming Sari kat Melaka tu... aku tak naik pun sbb tiket boleh tahan juga mahalnya...aku ni kena betulkan minda dulu sebelum kesana ..kerana sentiasa convert nilai SD dgn MR tu yg jadi kedekut tu..... macamlah aku ni pemurah sangat  .

hari pun dah tengahari jadi kita orang cari tempat yang selesa sikit dan teduh lepak situ buka bekalan yang dibawa JB untuk kami punya "lunch" ...budget gitu..hehehehe... lebihkurang sejam kat situ kami pun turun ke stesen Imbiah untuk ke last point pulau tersebut iaitu stesen pantai "Beach Station" kat sinilah mat saleh atau sapa-sapa yang perasan dirinya macam mat saleh berjemur, mandi kat pantai diaorang... tak der apa yang menariknya cuma pantainya bersih dan terjaga walau pun ramai pengunjungnya.


pukul 1.00 petang kami semua keluar dari sentosa dengan monorel dan MRT(NE) dari Harbour Fornt dan turun di stesen pertukaran Dhoby Ghaut naik MRT (NS) ke stesen Kranji .... perjalanan dari Sentosa ke Kranji itu mengambil masa hampir 2 jam ... sesampai di Kranji kami menebus semula tiket transit MRT di mesin automatik dan menggunakannya untuk membayar tike bas untuk balik ke Larkin SD 1.90... tebus satu tiket dapt SD 1 dan 2 tiket dapat SD 2.... elok sangat lah untuk bayaran tiket bas sbs transit ke Larkin.

tapi aku ni bila orang dah laju sangat dan tertinggal mulalah panik aku khobakan kat dreba bas tu naj ke JB so aku kena bayar SD 1.50 lepas Imigresen Malaysia nak naik bas ke Larkin kena tambang MR 1.20 lagi ..... ish ish kena 2 kali bayar , tapi tak per lah pengalaman untuk pedoman lain kali nak bawa keluarga pula jalan-jalan kesini... kalau tak tak tau pulak helahnya camana kan...

sampai kat Larkin dah pukul 3.15 petang terus bayar parking dan memulakan perjalan balik ke Seremban / KL , singgah sekejap kat UTM solat setengah jam kemudian kami terus bergerak ke arah utara sesampai di Air Hitam kami singgah sekejap untuk makan dan membeli serba sedikit barangana disana. ...masuk waktu magrib kami bergerak keluar dari Air Hitam dan terus bergerak ke utara melalui PLUS ... berhenti di Air Keruh untuk solat  dan menyambung perjalanan ke Seremban kita itu jalan agak sesak juga tapi masih boleh bergerak dalam kelajuan 90 - 100 km/j....

Sekian perkongsian pengalaman perjalanan , sehingga bertemu lagi dilain catatan
saya sudahi dengan
Wabillahitaufik walhidayah



Isnin, 14 November 2011

Kota Tinggi - JB - Marina Bay ( Singapura ).




......lama pula dah membiarkan sambungan catatan perjalanan dari Kota Tinggi ke Johor Bahru..saya sambung semula catatan perjalanan ini , kami balik dari Felda Gugusan Lok Heng Selatan tidak mengikut jalan kami datang sebaliknya mengikut jalan terus ke Johor Bahru.

sama seperti datang perjalanan balik juga kelihatan seperti jauh dan sekata sahaja....rasa-rasa macam sesat jer....biasalahkan peta walimatulurus.... yg jauh nampak macam dekat yang dekat nampak macam jauh walaupun turut dinyatakan disana jarak antara titik pertemuan jalan... macam baca peta "rally" pula...

dalam sekejap belok kekiri sekejap belok kanan selepas setiap simpang tiga akhirnya sampai juga ke Jalan utama menuju ke JB.... baru lega rasanya itu pun hampir 1 jam setengah juga nak sampai ke Komplek Terminal Bas dan Teksi Larkin.

foto ehsan dari carian google

setiba di lokasi Komplek kami mencari "parking lot" untuk meletakkan kenderaan kami disitu dan akan ke Singapura menggunakan perkhidmatan bas pengantara ke Stesen MRT Kranji di Singapura..., alhamdulillah masih terdapat ruang untuk kami meletakkan kenderaan disitu.


foto ehsan dari carian google

kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan bas pengantara "causeway link" untuk ke Station MRTKranji... tambang yang dikenakan RM 1.20 sahaja seorang... dan tambang balik dari MRT Kranji ke TB Larkin SD 0.80 sahaja seorang.



kami bergerak dari Larkin lebihkurang pukul 5.30 petang ke Kranji , oleh kerana terpaksa melalui dua  tempat  pemeriksaan imigresen iaitu Malaysia dan Singapura.... kami yang baru pertama kali mengunjungi negara jiran ini pasti nya tertinggal bas pengantara dari JB ke Woodland, bagitu juga dari Imigresen Singapura ke MRT Kranji kerana perlu mengisi borang kebenaran lawatan ke Singapura di situ. ..jadi kami telah menghabiskan banyak masa  untuk urusan tersebut.
yang tak bestnya sepanjang kawasan pemeriksaan imigresen kedua-dua negara mengambil gambar adalah sangat-sangat dilarang jadi tiada foto yg dapat dirakam dikawasan ini, sama da di Malaysia atau pun di Singapura .., jadi tak dapatlah nak "berposing" di dua-dua kawasan tersebut.

selepas selesai terpaksa pula menunggu bas transit ke MRT Kranji....lama juga kami menunggu disitu hampir pukul 6.20 petang barulah kami mendapatkan bas dan menjejakkan kaki kali pertama ke MRT Kranji bertujuan untuk ke Marina Bay  kerana disitu terletaknya tugu singa Merlion... dengar ceritanya disini jugalah terletaknya pusat perjudian terbesar di Singapura.



kami pun segera mendapatkan tiket untuk ke Marina Bay tersebut, semua tiket perjalanan perlu dibeli di mesin tiket dan tidak dijual di kaunter.... kami pun mendapatkan tiket ke Raffles Place menggunakan Rangkaian Metro Rail Transit Utara Selatan ( merah )... setelah mendapatkan tiket transit kami naik ke flatform ketibaan dan berlepas MRT...




pada mulanya kami bercadang hendak menggunakan "North-South line"(merah) untuk ke Marina Bay tetapi atas nasihat seorang penduduk tempatan kami menggunakan "North-South line"(merah) ke stesen pertukaran Jurong East (Interchange Jurong East) dan menyambung perjalanan dengan menggunakan "East-West line" (hijau) ke stesen Raffles Place.

... kerana menurut beliau perjalanan ini lebih pendek dan menjimatkan masa jika dibandingkan dengan perjalan terus menggunakan MRT "North-South line"(merah) terus ke Marina Bay tanpa bertukar MRT di rangkaian lain. 

jadi kami pun bersetuju dengan cadangan beliau dan menggunakan rangkaian yang dicadangkan, setelah 1jam 30 minit akhirnya kami sampai ke stesen Raffles Place dan kami keluar dari stesen tersebut dan hari dah malam waktu ketika itu lebih kurang pukul 8.00 malam

Ns25 rafflesplace.jpg
ehsan carian google 
tercari-cari juga arah nak ke merlion tersebut setelah keluar dari stesen Raffles Place yang terletak dalam tanah dan pemandangan di sekitar Raffles Place ini dipenuhi oleh bangunan pencakar langit dengan jalan raya yang luas dan aliran kenderaan yang sederhana.

kebetulan kami terserempak dengan sepasang suami isteri warga tempatan bersama ibu mereka dan kami mendapat pertolongan dari beliau untuk mengetahui arah terdekat untuk sampai ke Merlion di Marina Bay tu.

kebetulan malam tu ada suatu sambutan penduduk tempatan yang kami tidak tahu apa.., dan kami terus mengikut kumpulan tersebut menuju ke tempat tersebut..... akhirnya sampai juga kami ke Marina Bay dan merlion yang di cari-cari dari tadi..



kami tak boleh lama disini kerana perlu balik semula ke JB dan bas terakhir ke JB pukul 11.00 malam kena cepat cari merlion tu, kami pun berjalan terus hingga ke tengah teluk dan akhirnya bertemu dengan merlion tu....cantik pemandangan di sekitar melion dan Marina Bay ni penuh dengan kelipan neon dan ada pertunjukkan pancaran laser berserta pertunjukan tarian air berirama....sunguh indah dan melekakan...



tepat pukul 9.30 malam kami bergerak ke MRT stesen terdekat Stesen Raffles Place utk pulang semula ke Kranji dan seterusnya ke Larkin JB... kami sampai ke JB Lakin lebihkurang pukul 11.00 mlm selepas agak lama menunggu transit bas ke Larkin dari Imigresen Malaysia di JB.



Setelah membayar bayaran parking kami bergerak keluar dari Komplek Terminal Bas dan Teksi Larkin dan terus menghala ke Utara ke Hotel yang telah kami tempah awal melalui talian... selepas check-in , masuk bilik utk menyimpan barang kami terus ke Restoran bersebelahan hotel utk makan tengahmalam (supper). ... lepas makan beli sedikit air mineral dan rivive bekalan utk mehilangkan dahaga dan lawatan kedua hari esok ke Pulau Singa...

masuk bilik , mandi dan solat jamak qasar magrib isyak...lepas tu tidur esok akan menyambung lawatan berikutnya ke Sentosa pula... bersambung....








Sekian perkongsian perjalanan kami ke Kota Tinggi dan Singapura sehingga berjumpa lagi dilain catatan disudahi dengan
Wabillahitaufik walhidayah

Jumaat, 11 November 2011

Budi Melayu ~ ada siapa ambik kisah....



Orang Melayu berbudi tinggi
Merai tetamu berhempas pulas
Sanggup berlapar berhujan panas
Teman tiada di anak tiri

Budi Melayu halus jiwanya
Mudah terusik termakan hati
Jangan teman menyindir mencaci
Api marahnya bakal menyala

Sifat Melayu merendah diri
Tidak menonjol malah redho
Dengan Qada` dan Qadar Ilahi

maruah bangsa budi bahasa
jangan tercalar biar seinci
terguris kata tercemar nama...

~ Mukthar Rahman ~
Ulu Setar.

* dipetik dari Utusan Melayu.

Saya tertarik dengan puisi yg tertera di dalam Utusan Melayu akhbar sisipan dalam tulisan jawi didalam Utusan Malaysia...sama-samalah kita renungkan...

Sekian perkongsian minda buat kali ini...
di sudahi dengan
Wabillahitaufik Walhidayah