Jumaat, 11 November 2011

Budi Melayu ~ ada siapa ambik kisah....



Orang Melayu berbudi tinggi
Merai tetamu berhempas pulas
Sanggup berlapar berhujan panas
Teman tiada di anak tiri

Budi Melayu halus jiwanya
Mudah terusik termakan hati
Jangan teman menyindir mencaci
Api marahnya bakal menyala

Sifat Melayu merendah diri
Tidak menonjol malah redho
Dengan Qada` dan Qadar Ilahi

maruah bangsa budi bahasa
jangan tercalar biar seinci
terguris kata tercemar nama...

~ Mukthar Rahman ~
Ulu Setar.

* dipetik dari Utusan Melayu.

Saya tertarik dengan puisi yg tertera di dalam Utusan Melayu akhbar sisipan dalam tulisan jawi didalam Utusan Malaysia...sama-samalah kita renungkan...

Sekian perkongsian minda buat kali ini...
di sudahi dengan
Wabillahitaufik Walhidayah



14 ulasan:

  1. sygnya budi melayu makin terhakis..
    hilang malu..hilang hormat..
    hilang identiti kemelayuan.

    BalasPadam
  2. salam ujie...,

    itu yg sedih nya....melayu sibuk berbalahan....menegakkan benang basah masing-masing...tak tau sampai bila nak sedar-sedar...

    BalasPadam
  3. Biasanya dalam hal sebegini pihak ketiga akan menangguk di air keruh...

    BalasPadam
  4. melayu terkenal ngan budi bahaso nyer...harap dikekalkan budayo nih...

    BalasPadam
  5. salam mie..,

    tu yg geramnya tu...dulu masa perak dperintah sekejap dek PR , diaorg boleh bagi tanah kg baru lease sampai 999 tahun .... busuk hati dan tamaknya mereka

    BalasPadam
  6. salam abah..,

    memang itu kenyataannya...

    BalasPadam
  7. salam papa..,

    itulah yg kito hagrap-hagrapkan papa berbudi bahaso sampai bilo-bilo...

    BalasPadam
  8. takkan melayu hilang didunya tewww.. uhuhu

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Tn Hj..,

    Takan Melayu Hilang Didunia.....bagitewww

    BalasPadam
  10. ssedih bila tengok keadaan negara kite sekarang,,hu~

    BalasPadam
  11. sememangnya orang Melayu berbudi tinggi dan bertolak ansur. sayangnya ada pihak yang mengambil kesempatan.

    BalasPadam
  12. salam MB..,

    memang kita semasa kita yg sering bersengketa sepatutnya kitalah yg bersatu dibawah naungan satu agama dan bangsa....

    BalasPadam
  13. Salam Tn Hj..,

    tiada bangsa lain yg boleh bertolak ansur seperti bangsa Melayu... tapi bangsa lain pula mengambil kesempatan....

    BalasPadam