Sabtu, 28 Mei 2011

Menyahut Lambaian Kaabah...

Masjidil Haram, Makkah tul Mukarramah
(gambar ehsan dari carian google)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Segala Puji-pujian buat Allah, tuhan pemilik sekelian alam,
Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh....

Alhamdulillah bersyukor saya dengan berbanyak-banyak syukor kerana di beri peluang dan mendapat jemputan menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci Makkah tul Mukaramah yang menjadi idaman dan azam serta cita-cita setiap muslimin dan muslimat.

Insyaallah jika dipanjangkan usia dan diberikan rezeki serta dengan keizinan Allah s.w.t , saya akan ke tanah suci Mekkah Tul Mukaramah dan Madinah Al-Munawarah dalam melaksanakan ibadat Umrah dan Ziarah  Rasulullah dan Baitullah pada 31 May 2011 ini sehingga 14 June 2011.



masjid Nabawi, Madinah Al Munawarah
(gambar ehsan dari carian google)

Diharapkan saya dapat melaksanakan segala amalan rukun dan wajib serta di permudahkan oleh Allah dalam melaksanakan ibadat tersebut juga dalam semua urusan saya disana kelak..InsyaAllah .... mudah-mudahan saya mendapat Umrah yang mabrur...InsyaAllah..aaminnn...

Disini saya mengambil kesempatan memohon keampunan atas segala dosa dan kesalahan saya yang nyata dan tersebunyi, yang disedari dan yang tak disedari dalam semua perbuatan dan tindak-tanduk selama saya ber blog  di alam maya ini.... Doakan supaya dipermudahkan dalam segala urusan dunia dan akhirat saya selama di sana nanti....aaminnn..

InsyaAllah jika ada rezeki dan kesempatan berjumpa lagi 20 hari dari hari ini....
Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w,
wabillahi taufik wal hidayah.
wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Jumaat, 27 Mei 2011

2 Hari Lunch ala Western

Hari Pertama

Semalam sebelum pergi ke Nuklear Malaysia, aku and the Gang pergi lunch kat RU.... lama dah tak makan ala western kat situ... kami semua sepakat order "chicken cop with black papper sauces" tapi kawan sorang tu nak makan "fish n chips" pulak...tak kisah layann jer..mmmmm

sini nya stail order dulu lepas tu gi bayar kat kuanter, dah bayar baru diaorg nyer kitchen staff masakkan order kita tu... risau gak  tengok org ramai kat cafe RU tu.... takut aku ambik masa panjang sangat pasal dah janji nak ke Nuklear Malaysia  tu kul 1.15 pm camtu..

Syukurrr........Alhamdulillah hari ni cheff tu masak cepat dari biasa.... tak sampai 10 minit dah dapat hidangan yang dipesan apa lagi .... dengan basmallah kami mulakan...aaminnn...

yang di order dah sampai  ngancam nampak....


mungkin kerana kelaparan atau memang makanan tu sedap tak sampai setengah jam dah clear...tuuuu dia..harga bagi  satu hidangan   tak mahal sangat... hidangan mampu bayar lah...hehehehe. minum kita orang minum "sky-juice" jer...sesuai lah dengan hidangan tu...mula-mula ingat nak minum "epal-juice" (berlagak lah pulak...heheheh)... tak per lah...ni pun dah cantikk dah....


dah baca bismillah  ker tu....

wahhh.....berselera nampaknya...boss lalu belakang mesti tak nampak..

tu... dia sampai licin..
..
selesai jer makan aku terus jer balik dulu pasal dah janji tadi kan nak ke Bangi tu...Alhamdulillah sempat juga aku gi solat zuhor dan lepas tu terus berangkat ke Nuklear Malaysia tu ...hehehehe...

Hari Kedua

Hari ni pukul 12.30 tengahari kawan dan tepon nak tumpang tak pergi bayar keta kat PJ State.... dah aku ni memang biasa tumpang sekaki kalau diaorg keluar gi bank, kalau nak pergi sendiri tak best....macam tak lengkap jer...hahaha...

 
Alhamdulillah tak ramai   orang kat bank, jadi segala urusan berjalan lancar dan hanya mengambil masa tak sampai 5 minit....selalu tu mau setengah jam sekurang-kurangnya ... ada kalanya aku cabut balik tak larat nak tunggu lebih lama lagi....grrrr....

kat sini laa kita lepak... pizza hut

 
eh... lapar lah pulak, mula ingat nak gi makan nasi campur jer kat mana-mana bazzar makan dekat dengan balai polis PJ tu.... jauh lah pulak dah tu sussah sangat nak dapat parkir kat situ...akhirnya semua sepakat nak makan kat pizza hut jer pasal keta memang dah dapat parkir kat situ sejak mula sampai tadi.... nampak macam ada offer 50% untuk "individual lunch meal" special for thursday camtu lah lebih kurang iklannya .... OK gak tu rasanya lagi murah dari "cost" lunch semalam..ngeeee...


pizza hut ..main door.

 
kami pun masuk, pilih tempat duduk dekat dengan dinding cermin sebelah tengah menghadap kedai sebelah... pelayan PH pun sampai bagi menu suruh tengok dulu dan tekan loceng bila dah deside nak order apa...


restoran seberang jalan tu... utk non-halal food.. 

 
pasal hari ni thursday kena ambik yg thursday nya lah...

kami pun deside "order thursday" nya set...air kami tak ambil yang "tropical fizz" tu macam mahal jer ... hehehe, kami order 1 jur "mountain drew" ... Ok lah tu boleh tambah , kalau ambik individual habis kena oder lain lah..huhuhu..


sekejap jer minuman dah sampai.., baru sekali sedut dah sampai pula pizza tu...apa nak kira baca basmallah terus menikmatinya....mmmmm... boleh tahan...tapi tu lah  nak komen sikit mentang-mentang discount 50 % saiz pun macam tu juga...tapi dah order kan bagi clear jer laa...

mountain drew 1 jur boleh tambah lagi...hehehehe


ini lah dia individual pan pizza....kecik laa
 ( macamlah aku ni selalu makan benda ni) hahahaha

macam tak puas hati gak ...tapi macam biasa habis licin tinggal pinggan,pan, garpu dan sudu....hehehe... "mountain drew" satu jur pun licin tak bersisa...hahaha..semua dah selesai apa lagi gi kaunter bayar ler dah nak dekat pukul 2.00 ptg ni kang lewat pula sampai office....hehehe

tu lah dia yang di order....yum-yum..sodap...


licin.........tak bersisa beb......

....tu lah dia cerita jalan-jalan cari makan kami untuk lunch bagi 2 hari lepas, sekali-sekali boleh lah tapi kalau selalu boleh lari budget tu... sekali sebulan Ok lah tu...ubah-ubah   lunch menu ...hehehehe...

Ok lah sampai sini dulu catatan pengalaman ...jumpa lagi lain catatan....

Layannnnnnnnnnnnnnnnnn

Khamis, 26 Mei 2011

Komuter sekarang dah sampai ke Sg Gadut.

Semalam tengahari aku kena pergi Nuklear Negara kat bangi jalan ke Dengkil, ada demo pasal peralatan AFM keluaran terbaru dan terkini buatan German....jadi lepas zuhor semalam terus jer pergi dengan dua orang "science officer" jabatan aku  naik MyV diaorg lah...hehehe...tapi tulah aku juga yang kena drive..., yer lah adat menumpang kan... sampai kat sana lebihkurang 45 minit perjalanan, ikut PLUS tak busy pulak zoommm jer laa...yg punya keta jeling jer...aku buat tak nampak sapa suruh aku drive...hahahaha

peta lokasi Nuklear Malaysia tu...


kira-kira sampai sana tu just on-time.. Ok lah tu..,Imej organisasi nak kena jaga juga dan jaga imej peribadi kita sebagai penjawat awam kan....

sampai jer terus masuk bilik mesyuarat enginner company yang  jadi supplier peralatan tu brieffing pasal peralatan tu dekat 30 minit mengantuk juga dibuatnya, bukan apa pasal benda yang dia cerita tu aku dah tau...menguap jugalah dua tiga kali tapi pandai-pandai lah control macho...hehehe, selesai brieffing kitaorang terus ke lab kat mana alat tu ditempatkan dan diaorg tunjukkan apa-apa yang peralatan tu boleh buat... memang canggih tapi tak lawan juga peralatan kat lab kami walaupun umurnya dekat sebaya anak bujang aku...cuma peralatan kami kena guna secara manual yang tu fully auto.

lepas kudapan kul 5.00 ptg kitaorg pun minta diri dan aku nak terus balik tak payah balik ke KL semula, officer aku tu hantarkan aku ke Stesyen Komuter Bangi.... ni first time aku jejak kaki kat steysen Bangi ni selalunya lalu jer...

platform 2 Stesyen Komuter Bangi


seberang sana tu pletform 1 ( utama )

 
aku solat asar dulu kat stesyen tu, lepas solat tunggu tren komuter kat terminal 2 , pukul 5.35 ptg komuter ke Seremban pun tiba tapi sekarang ni dah tukar sign distinasinya SG.GADUT ,wahhh dekat rumah aku ni...

seperti biasa tren komuter time ni penuh jadi kena berdiri lah sampai Nilai, kat situ baru dapat duduk, lemas juga naiknya sebab bukan macam naik kat sini tapi macam kat Indonesia ker atau kat Afrika penuh dek diaorg jer... bau pun semacam jer walau pun aka tak lah sewangi mana..mmmm

40 minit kemudian komuter pun sampai ke Seremban dan berhenti disitu lebih kurang 5 minit untuk pertukaran pilotnya dan perjalanan disambung semula ke Sg.Gadut....sekarang ni Stesyen Sg.Gadut adalah stesyen yang paling selatan bagi laluan komuter KTM.

terminal utama stesyen Seremban


Stesyen diantara Sg.Gadut dan Seremban ialah Stesyen Senawang, ini juga merupakan stesyen yang baru diujudkan dan dibina oleh KTM bagi penambahbaikkan perkhidmatan kepada pengguna.


stesyen senawang yang terletak di belakang morden tyre

Menurut sumber yang boleh dipercayai Stesyen Sg. Gadut akan mengambil-alih peranan sebagai stesyen utama menggantikan stesyen Seremban apabila semua kemudahan di stesyen ini telah dilengkapkan sepenuhnya....dari tinjauan aku semalam memang segala kemudahan telah siap sepenuhnya dan akan digunakan sepenuhnya mulai 1 Jun 2011.

Diharapkan dengan adanya stesyen ini secara tak langsung dapat menaikkan taraf kehidupan di kawasan Senawang dan Sg. Gadut ini khasnya dan Seremban serta N9 amnya...dalam waktu yang sama dapat menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang cekap dan menjadi pilihan selain perkhidmatan awam lain sedia ada.  

terminal 1 stesyen Sg,Gadut


plerform 2 arah ke Utara


ruangan menunggu ketibaan tren


kemudahan lift dan eskulator juga disediakan

lobi utama stesyen Sg.Gadut

kuanter tiket komuter dan perkhidmatan lain-lain tren

terletak betul-betul ditepi jalan utama ke Rembau-Tampin

Buat masa ini perkhidmatan dari Seremban ke Sg.Gadut adalah dalam percubaan dan tidak dikenakan tambang (FREE) sehingga 10 malam 31 Mei 2011....siapa yang kat seromban yang nak poie seromban atau sebaliknya bulehlah cubo free yo..buleh bawak anak pinak kaum kerabat....hehehehe..

Sampai disini dulu catatan perjalanan sehingga jumpa lagi dilain catatan
Selamat menggunakan perkhidmatan ini...
Layannnnnnnnn.....

Rabu, 25 Mei 2011

Keunikan...

Hari sabtu lepas gi ke Melaka tempat anak belajar kat sana, satu yang aku perasan dari tahun lepas ialah ada sejenis spisis bunga yang banyak ditanam kat taman disitu ialah macam pisang hutan... keunikannya ialah cara jantung dan tandannya keluar dari batangnya mungkin orang lain biasa jumpa dan tengok tapi aku tak pernah tengok yang macam ni sebelum ni....

tak tau nama apa pisang ni...tengoklah jantungnya tu.


keunikannya tu ialah jantungnya keluar keatas kerana kebiasaannya jatung pisang akan terjuntai kebawah tapi mungkin juga jantung tak berat dan buah dan sisirnya yang sedikit jadi ianya terus saja mendongak keatas....

rupa jantungnya yg mendongak keatas.

..saiz buahnya pun kecil-kecil dan sedikit dalam sisirnya serta sisirnya juga sedikit jumlahnya, mungkin buahnya lebih kecil dari buah pisang hujan yang banyak terdapat di pinggir hutan.

jantungnya yang dah kecil serta buahnya

sisir buah pada tandannya

pokok pisang dalam rumpun yang lain


pokok lain yang berjantung dan berbuah.


Sebenarnya ada banyak lagi tumbuhan-tumbuhan yang unik dalam persekitaran aku yang tak perasan atau memang tak aku kisah atau nak ambil tahu.... apa-apa pun setiap benda yang dijadikan Allah tu ada keunikkan, kekurangan dan keistimewaannya masing-masing...

Ok lah sampai sini dulu catatan buat kali ini...harap-harap kena ngan tema blog ni..santai..
layannnnnnn..... 


Selasa, 24 Mei 2011

Bagan Lalang - 2 hari 1 malam, last day, Sukaneka dan aktiviti berendam...

Hari ni hari terakhir di Bagan Lalang....lepas solat subuh tinjau keliling hotel sambil hirup udara pagi yang dingin lagi segar sementara tunggu hari cerah.., pukul 7.00 pagi breakfast baru ready kat dewan khas ala buffet.... kalau tak salah menurut kata penyelia HSM tu...

suasana awal pagi di Hotel Seri Malaysia

7.15 pagi aku pun terus ke Dewan tersebut untuk melihat apakah juadah breakfast pagi ni....wahhh byk juga menunya ... seperti biasa ada nasi lemak kukus, bubur nasi, bee hoon goreng, mee goreng..... buah betik potong... roti bakar....   lontong dan beranika kueh mueh.. tapi yang specialnya ialah lempang cicah kari ayam memang terangkat... kalau tak salah cakap orang putih nya "pan cake "....tak tau lah yer ker tidak.... saya rasa semua benda yg terhidang makan sikit tapi byk jenis...hehehehehe..

air pulak disediakan teh panas dan kopi panas terpulang lah masing-masing nak buat O ker campur susu....air sejuknya pula disediakan air oren... layannnn diri dan layannnnnnnn semua yang ada....hehehe. 

 nasi lemak,bee hon/mee hon goreng dan lontong


 ni lah dia lempeng (pan cake) sedang dimasak oleh pekerja hotel


roti,buah-buahan potong dan cicahnya

Lepas jer selesai sarapan balik kebilik buat apa yang patut kerana 8.30 pagi ni nak ke Padang dihadapan Hotel untuk bersenam panaskan badan mengikut irama lagu.

Tepat kul 8.30 pagi semua telah pun berkumpul  dipadang dan semua diminta membuat beberapa barisan untuk memulakan senaman memanaskan badan yang di pimpin oleh En Abu staff hotel tersebut.

En.Abu yang menjadi kondaktor semasa senaman memanaskan badan

bersunguh-sungguh masing-masing nampaknya

warm-up jangan tak warm-up

lepas selesai aktiviti senaman pemanasan badan, En Abu memulakan acara kanak-kanak dahulu... acara kanak-kanak yang pertama ialah isi air dalam botol menggunakan span.... acara kedua masukkan bola dalam bakul....acara ketiga bawa bola ping pong dalam sudu dan acara akhir ialah tiup belon sampai pecah....seronok tengok keletah dan gelagat peserta-peserta....

cepat penuhkan botol tu hadiah no 1 sampai nombor 3 jer

baling bola dalam bakul nampak senang berani cubalah...

perlukan tumpuan dan keseimbangan yang tinggi

tiup dik kasi pecah...ehh yang mama tu jauh sikit jangan nak tolong pula

 



 









antara pemenang-pemenang acara kanak-kanak

selesai acara kanak-kanak dan acara penyampaian hadiah oleh pengerusi Kelab Kebajikan Jabatan.... maka bermulalah pula acara untuk dewasa pula....anak-anak pula tengok keupayaan dan kesungguhan ibubapa masing-masing...

acara - acaranya ialah terompah gergasi, lari dalam guni, lari ikat kaki berpasangan, tarik kelapa dengan gelung rotan,pindah belon air dan baling belon air, semua acara ini dijalankan secara berkumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli...bersungguh-sungguh betul semua peserta tambahan di depan anak-anak yang menyaksikan ketangkasan ibubapa mereka...

terompah gergasi...ada kumpulan tak berganjak dari start point...


tarik kelapa dengan gelung rotan...nampak senang cubalah kalau berani


yang ni tu si baju hitamlah yang juara....dasyat...


kumpulan baju biru ni memang handal dapat hadiah setiap acara...


Acara kemuncaknya  ialah music chair.. yang ni acara individu berapa ramai orang pun boleh menyetainya....tak kurang hebat juga peserta-peserta yang menyertainya untuk memenangi acara ini yang ditawarkan hadiah bagi juara dan naib juara...

finalis acara "music chair" ni...juara sapa lagi kalau tak cik aidahani


Selesai acara kemuncak ni dan dah tahu siapa pemenang, acara penyampaian hadiah pun dijalankan ... majlis disempurnakan oleh Dr Suhaimie.... acara berikutnya apa lagi gi berendam kat swimming pool sampai 11.30 pagi... kul 12.30 nanti dah lunch hours, santapan disediakan kat dewan makan waktu sarapan tadi.

swimming pool ni kira Ok lah...sempat gak sejam kat sini sebelum lunch


12.30 tengahari gi lunch lebih kurang sejam kemudian naik bilik kemas barang , lepas solat zuhor terus angkat barang ke kereta check-out kul 2.00 petang....balik sampai rumah lebih kurang 1.15 minit kemudian.

laman berdekatan lobi hotel


Sekian catatan perjalanan buat kali ini..., jumpa lagi dilain catatn perjalanan..,

layannnnnnn.....