Memaparkan catatan dengan label santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label santai. Papar semua catatan

Selasa, 11 Oktober 2011

Dinner kat Medan Tani, Warisan Pertanian Putrajaya.






Sabtu lepas kami sekeluarga ke Balakong rumah teman sekerja yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekkah untuk menunaikan fardu haji pada tahun hijriah 1432 ni..... kesana memenuhi jemputan kenduri doa selamat beliau dan yg teramat pentingnya aku nak bertemu sebelum beliau berangkat pada 14 hari ni bersamaan 16 Zulkaedah... semuga beliau dipermudahkan serta mendapat haji yg mabrur ...... Insyaallah......aaminnn.

lebih kurang pukul 6.55 ptg aku pun minta diri dan bergerak ke Putra Jaya kerumah adik aku kat persint 6 , nak ziarah dia sekeluarga dan waktu yg sama dapat tumpang solat magrib kat rumah beliau..
.... selesai solat magrib kami sekeluarga pun minta diri untuk berangkat balik ke Seremban.

..tapi adik aku ajak "eating out" sebelum kami balik , walau pun masih kenyang kami setuju juga dengan cadangannya sebab nak jaga hati beliau sekeluarga....



ehsan dari google imej

mulanya kami nak makan kat satu kedai seafood kat kawasan berhampiran pinggiran putra jaya, tak der rezeki hari tu sebab kedai berikut tutup jadi kena cari port lain... aku ikut jer tak nampak aku jalan yang diorg lalu aku follow jer...hehehe.

akhirnya dia orang masuk ke kawasan Warisan Pertanian Putra Jaya, persint 16.... penuh parking malam tu..ramai sungguh pengunjungnya...yer laa malam minggu...aku parking ditepi jalan jer... tak pernah datang kesini lagi...happening sungguh kat sini.





 

lama juga nak dapatkan meja dan tempat duduk untuk makan.., kat sini konsepnya "self service" dan cari meja makan yg disediakan di kawasan makan tersebut...luas juga kawasannya tingkat 1 bangunan tersebut yang diperuntukkan kawasan berniaga dan kawasan makan.

anak aku yg dua orang tu order nasi ayam hainan dan kue teow goreng ala penang, adik ipar aku order nasi goreng kerabu, aku, wife dan adik aku serta anak-anaknya kami order Sate Warisan Hj Samuri... lama juga kami kat situ.

kul 11.00 malam kami berangkat pulang dan aku terus balik ke Seremban ikut lebuhraya PLUS...
sampai disini saja catatan kali ini sehingga berjumpa lagi dilain catatan...

aku sudahi dengan
Wabilahitaufik walhidayah

Selasa, 24 Mei 2011

Bagan Lalang - 2 hari 1 malam, last day, Sukaneka dan aktiviti berendam...

Hari ni hari terakhir di Bagan Lalang....lepas solat subuh tinjau keliling hotel sambil hirup udara pagi yang dingin lagi segar sementara tunggu hari cerah.., pukul 7.00 pagi breakfast baru ready kat dewan khas ala buffet.... kalau tak salah menurut kata penyelia HSM tu...

suasana awal pagi di Hotel Seri Malaysia

7.15 pagi aku pun terus ke Dewan tersebut untuk melihat apakah juadah breakfast pagi ni....wahhh byk juga menunya ... seperti biasa ada nasi lemak kukus, bubur nasi, bee hoon goreng, mee goreng..... buah betik potong... roti bakar....   lontong dan beranika kueh mueh.. tapi yang specialnya ialah lempang cicah kari ayam memang terangkat... kalau tak salah cakap orang putih nya "pan cake "....tak tau lah yer ker tidak.... saya rasa semua benda yg terhidang makan sikit tapi byk jenis...hehehehehe..

air pulak disediakan teh panas dan kopi panas terpulang lah masing-masing nak buat O ker campur susu....air sejuknya pula disediakan air oren... layannnn diri dan layannnnnnnn semua yang ada....hehehe. 

 nasi lemak,bee hon/mee hon goreng dan lontong


 ni lah dia lempeng (pan cake) sedang dimasak oleh pekerja hotel


roti,buah-buahan potong dan cicahnya

Lepas jer selesai sarapan balik kebilik buat apa yang patut kerana 8.30 pagi ni nak ke Padang dihadapan Hotel untuk bersenam panaskan badan mengikut irama lagu.

Tepat kul 8.30 pagi semua telah pun berkumpul  dipadang dan semua diminta membuat beberapa barisan untuk memulakan senaman memanaskan badan yang di pimpin oleh En Abu staff hotel tersebut.

En.Abu yang menjadi kondaktor semasa senaman memanaskan badan

bersunguh-sungguh masing-masing nampaknya

warm-up jangan tak warm-up

lepas selesai aktiviti senaman pemanasan badan, En Abu memulakan acara kanak-kanak dahulu... acara kanak-kanak yang pertama ialah isi air dalam botol menggunakan span.... acara kedua masukkan bola dalam bakul....acara ketiga bawa bola ping pong dalam sudu dan acara akhir ialah tiup belon sampai pecah....seronok tengok keletah dan gelagat peserta-peserta....

cepat penuhkan botol tu hadiah no 1 sampai nombor 3 jer

baling bola dalam bakul nampak senang berani cubalah...

perlukan tumpuan dan keseimbangan yang tinggi

tiup dik kasi pecah...ehh yang mama tu jauh sikit jangan nak tolong pula

 



 









antara pemenang-pemenang acara kanak-kanak

selesai acara kanak-kanak dan acara penyampaian hadiah oleh pengerusi Kelab Kebajikan Jabatan.... maka bermulalah pula acara untuk dewasa pula....anak-anak pula tengok keupayaan dan kesungguhan ibubapa masing-masing...

acara - acaranya ialah terompah gergasi, lari dalam guni, lari ikat kaki berpasangan, tarik kelapa dengan gelung rotan,pindah belon air dan baling belon air, semua acara ini dijalankan secara berkumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli...bersungguh-sungguh betul semua peserta tambahan di depan anak-anak yang menyaksikan ketangkasan ibubapa mereka...

terompah gergasi...ada kumpulan tak berganjak dari start point...


tarik kelapa dengan gelung rotan...nampak senang cubalah kalau berani


yang ni tu si baju hitamlah yang juara....dasyat...


kumpulan baju biru ni memang handal dapat hadiah setiap acara...


Acara kemuncaknya  ialah music chair.. yang ni acara individu berapa ramai orang pun boleh menyetainya....tak kurang hebat juga peserta-peserta yang menyertainya untuk memenangi acara ini yang ditawarkan hadiah bagi juara dan naib juara...

finalis acara "music chair" ni...juara sapa lagi kalau tak cik aidahani


Selesai acara kemuncak ni dan dah tahu siapa pemenang, acara penyampaian hadiah pun dijalankan ... majlis disempurnakan oleh Dr Suhaimie.... acara berikutnya apa lagi gi berendam kat swimming pool sampai 11.30 pagi... kul 12.30 nanti dah lunch hours, santapan disediakan kat dewan makan waktu sarapan tadi.

swimming pool ni kira Ok lah...sempat gak sejam kat sini sebelum lunch


12.30 tengahari gi lunch lebih kurang sejam kemudian naik bilik kemas barang , lepas solat zuhor terus angkat barang ke kereta check-out kul 2.00 petang....balik sampai rumah lebih kurang 1.15 minit kemudian.

laman berdekatan lobi hotel


Sekian catatan perjalanan buat kali ini..., jumpa lagi dilain catatn perjalanan..,

layannnnnnn.....




Jumaat, 20 Mei 2011

Dinner - Barbecue ala Buffet....santai gitu...

Selesai jer solat magrib siap-siap lebih kurang...jam baru kul 8.00 malam jadi tengok Buletin Perdana dulu lah sambil lepak atas katil sebab tadi diaorg call bagitau dinner tu start 8.30 malam... baru layan 10 minit urusetia  call semula bagitau kena start awal sikit 8.30 mlm sebab Hotel nya caterer cuma serve sampai pukul 10.00 malam jer lepas tu diaorg nak clear kan dewan tu....

saya(tersembunyi dibelakang kamera) sdg layan Buletin Utama

Bila orang panggil dah nak start apa lagi tutup TV dan terus kunci pintu dan turun ke Dewan tempat dinner tu di jalankan....masa sampai tak ramai lagi yang ada disitu sebab semua diberitau sebelumnya majlis bermula pada 8.30 malam.....tak kisah lah tunggu jer diaorang dtg semua...,sementara itu aku "shot" jer laa apa-apa yang patut...

juadah yang telah terhidang ala buffet

dewan terbuka untuk dinner  tersebut

wahhhhh ni dia barbecue nya OK lah walaupun tanpa kambing golek

karaoke pun ada juga lah....hehehe

Akhirnya 8.30 malam juga baru semua orang hadir dan majlis pun dimulakan tepat pukul 8.35 malam dan di mulai dengan bacaan doa minta keberkatan dan restu dari YG ESA....selepas itu ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis diikuti dengan ucapan alu-aluan dan terima kasih dari Pengerusi Kelab Kebajikan Kakitangan Sokongan Jabatan...

pengerusi majlis


pengerusi kelab kebajikan jabatan

selesai sudah agenda ucap berucap ni...pengerusi malam tu menjemput semua hadirin untuk acara berikutnya....hehehehe apa lagi bukan acara makan daa.....maka bermula lah acara tu di mulai dengan basmallah sudah lah tentu...tak lah grand sangat tapi semua orang puas hati... nampak keceriaan dimuka para hadirin...





acara yang ditunggu-tunggu makan-makan

Sambil menikmatan juadah yang dihidangkan malam itu acara penyampaian hadiah acar "bowling" yang telah dijalankan padda 24 April lepas.... juga cabutan bertuah yang menyediakan hadiah yang agak menarik juga sambil tu sesiapa yang ada bakat boleh lah layan karaoke...ramai gak yang berani dan berbakat...kira sporting juga diaorang ni... 

hadiah cabutan bertuah dan hadiah bowling yg aku dapat

....dalam waktu yang sama majlis penyampaian sijil penyertaan dan mengikuti kursus motivasi dengan jaya juga dijalankan. Majlis penyampai sijil telah disempurnakan  oleh Ketua kakitangan sokongan Jabatan....


tu dia kita orang belasah habis-habisan hehehehe

Pukul 11.00 malam dinner kami pun tamat ..... cabutan nombor bertuah pun dah habis...hadiah pun dah habis agih-agihkan kepada yang bertuah, makanan pun dah habis cuma tinggal sedikit yang tak bermakan... so apa lagi aktiviti yang nak buat balik  bilik beradu la.....  

suasana malam kat blok bilik penginapan

Aku masuk bilik... mandi ...lepas tu solat Isyak....selesai solat layan sekejap tv sampai pukul 12.30 malam...ingat nak tengok bola chelsea lawan....langsung bola yang tengok aku...

menuju ke bilik penginapan malam tu.....

sampai disini dulu catatan pengalaman.....jumpa lagi di lain catatan...
layannnnnnn.....zzzzzzzzzzzzz...