Rabu, 1 Disember 2010

TESCO EXTRA OAKSLANDS Industrial Area SEREMBAN 2.


Sabtu lepas saya telah ke TESCO EXTRA yang baru jer dibuka dan mula beroperasi pada 22hb Nov 2010 yang lepas...

Walau pun telah dibuka seminggu yang lalu pengujungnya tetap ramai dan parking lot yg disediakan seluas setengah padang bola telah penuh separuh darinya semasa saya buat pertama kalinya berpeluang mengunjungi pasaraya tersebut.

Memang dah trend masa kini kebanyakan Pasaraya borong menyedia berbagai kemudahan dan prasarana yang canggih dan selesa untuk menarik pelanggan dan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan-pelanggan...

Mempunyai ruang niaga untuk penyewa - penyewa kecil kecilan yg lain menjalankan perniagaan dalam kawasan perniagaan komplek tersebut..

Ada berbagai perniagaan dijalankan oleh mereka dengan cara di lakukan untuk menarik perhatian pelangan pelangan yg dtg kesana samada untuk membeli keperluan atau sekadar "window shoping".

terdapat juga cafe untuk bersarapan atau makan tengahari disini... dengan ruang yang luas dan selesa serta harga makanan yang berpatutan.


Disini juga disediakan kemudahan surau untuk muslimin dan muslimat , agak luas juga dan kemudahan berwuduk disedikan dialam surau tersebut.

Kemudahan tandasnya juga memuaskan terdpt dlm  ketegori .... utk perempuan , laki-laki dan untuk kemudahan mereka yang mempunyai anak kecil atau bayi.... kemudahan untuk OKU juga disediakan.

Tidak lupa juga kemudahan ATM juga terdapat disini...... tu penting tu...


 




Kemudahan yg terdpt disini


                                         kawasan letak kereta yang luas dan berbumbung


Gitu laa serba sedikit pasal Pasar raya yg baru saja dibuka disini...

Ok laa beli pun sudah better belah....mmmmm
jumpa lagi di lain catatan

Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....

Khamis, 25 November 2010

SANTAI KAT RESTORAN AL RAWSHA...... MAKANAN ARAB SOKMO...

Hari ni sembang pasal Santai kat Restoran Al Rawsha pula... Restoran ni teletak berdekatan dengan bulatan Kg Pandan, Kuala Lumpur... mudah nak kesana taklah berbelit sangat jalannya. Restoran ni pun terletak betul-betul tepi jalan sebelum sampai kat  bulatan Kg Pandan tu dari arah Airport TUDM tu.

Senang nampak dan bangunan nya memang berlainan dari bangunan lain yang berdekatan nampak macam istana bata pasir 2 tingkat... warna putih.

Kat sini parking lot berlambak, tapi kalau lewat sgt penuh juga , almaklum laa KL kan bukan seribu dua umatnya.... tambahan "lunch hours" pulak ... tapi masa kita org sampai tu masih OK kira setengah parking lot tu dan terisi...

Lepas jer parking keta terus masuk dalam istana putih ni.... bila melangkah masuk jer terselah ala kearaban nya suasana dalaman nya... macam masuk masjid pun ada gak gayanya... yer laa restoran arablah katakan..

Pelayannya pun aku tengok cam arab jer sokmo .... tapi ada juga orang tempatan dan orang Indonesia pun ada yang bekerja disini.

Memang cantik suasana dalamannya meja makannya pun banyak dan ada ruang berhawa dingin untuk suasana lebih class...

Disini juga disediakan sebuah bilik sebagai play ground untuk kanak-kanak..... macam kat Mc D atau KFC...

 Lepas jenguk apa yang patut .... pilih table mana nak dok santai sambil lunch... byk sgt susah nak pilih yang mana satu.... pilih nyer pilih kita org dok kat satu sudut tu.... tunggu pelayan restoran datang bawak menu...

Menu pun sampai selak satu satu tengok nak pilih yang mana...... mmmmm.... boleh tahan gak byknya menu nya... harga pun... masyaallah leh tahan...
mmmm..... nak pilih yg mana ni...
last pilih nasi ayam mandy ( bunyinya macam mandi jer..... hehehehe) aku memang tak pernah makan nasi mandy ni lagi, dengar khabar nya enak sungguh...tengok laa nanti.

Disini aku citer sikit laa pasal Restoran Al Rawsha ni macam tuan punya restoran ni nyatakan dalam buku menu dia...
"A history of the Rawsha......... our restaurant is named after the famous legendary rock in Beirut Lebanon, The cliff overlooking the rock is famous for its restaurants, which serves exquisite Lebanese cuisines, it`s with that in mind we are serving you irresistible Middle Eastern cuisines. We give you a taste of Middle Eastern dinning and we are sure that you will find the food here most exquisitely Middle Eastern........"
lebih kurang gitu laa tuanpunya restoran ni citer kat belakang buku menu dia tu....

.....lebihkurang 10 minit lepas tu nasi ayam mandy yg dipesan pun sampai ..... mmmmm... memang nampak lazat dan boleh tahan banyaknya... mau dekat 5 sendok besar nasi tu bersama setengah ekor ayam.... nasinya pun beras special panjang-panjang dan kasar-kasar butirnya..... tapi lembut nasi tu dan kering...
...... apa nak tunggu lagi doa makan lepas tu "basmalah.." terus start menikmati hidangan...
RM 20 ni sepinggan..... kira berbaloi jugak laa byk tu nasik ngan ayam tu...mengahh..nak mengabiskan..
kalau nasi kambing mandy RM 25 .... banyak gak nasi dan kambingnya...


 ... perkena pulak ngan "" lemon ais tea"satu gelas besar.... fuhhh.... rasa macam tak leh bangun beb... mengah sungguh.... Ok laa kalau nak sesekali makan makanan yang berlainan dari biasa bersama keluarga atau kawan-kawan....

Restoran ni pun dibuka 24 jam....(org sini memang kuat makan ..heheheheh..)

Di sini pun diaorg ada jual cendrahati kalau berminat leh laa beli buat kenang kenangan ..... arab nye cenderahati...


Makan pun sudah minum pun sudah ... . 
berundur dulu laa.....

jumpa lagi dilain coretan...

Layannnnnnnnnnnnnnnnnnn......

Rabu, 24 November 2010

MENCAIR SEMULA.......AAAAAHHHHH...!!!

Lamanya aku membeku..... tidor.......mmmmmmm ... tak tau laa pasal apa tak der citer ker.....atau malas kotttt........ tp yg nyatanya memang lama sungguh aku tak buka blog aku ni sampai pasword nak edit blog pun aku tak leh.....macam biasa laa kena laa buat aduan dan hantar ke unit bantuan...

SO sekarang aku mencair semula......untuk mencoret semula dalam blog aku ni.... mungkin pelawat dan pengikut pun dah bosan asyik tengok blog aku asyik lagu tu jer tak berubah ubah....


Terlupa plak nak minta maaf kat siapa yg empunya gamba ni ...., aku pinjam dan letak dalam blog aku ni ..sebab puas dah nak cari tema apa utk mencoret semula..... setelah lama membeku....yg sesuainya ais laa kan...

apa-apa pun layannnnnnnnn jer apa yang ada.......... jumpa lagi di lain coretan...
kena santai dulu..........hehehehehehe....
layannnnnnnnnnnnnnnnnnnn.......

Rabu, 20 Oktober 2010

Seremban


Selalu asyik cerita jalan jalan kat tempat orang jer.....mmmm, kali ni cerita tempat sendiri laa pulak.


Cerita pasal Bandar Seremban laa pulak..... Seremban ni merupakan ibunegeri bagi Negeri Sembilan..., sama gak dengan bandar bandar lain ianya merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri dan pentadbiran Daerah Seremban.

Bandarnya sederhana besar sajer ... tapi dalam negeri sembilan kira bandar yang terbesarlah tambahan pula kawasan perbandarannya marangkumi kawasan persekitaran sehingga ke Paroi, Pantai, Taman Tuanku Jaafar, Lavender Hight , Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban Jaya dan telah dibina pulak Bandar Seremban 2 maka bertambah-tambahlah luasnya kawansan Majlis Perbandarannya. 


Sejak adanya Bandar Seremban 2 , beberapa pusat pentadbiran negeri telah dipindahkan kesana seperti  Komplek Makamah, Pusat Pentadbiran Polis Trafik, Pejabat Tanah dan beberapa lagi pusat pentadbiran negeri . Keadaan persekitaran di Seremban 2 ini lebih teratur dan disediakan berbagai-bagai kemudahan prasarana bagi penduduk di Seremban 2 khasnya dan penduduk berdekatan amnya.


Gitu laa citer nya,nanti citer lagi pasal seremban ni, bukan apa camera aku buat pasal pulak tak berfungsi so citer lagi laa lain kali dengan gambar gambar sekitar seremban...

Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn......

Isnin, 11 Oktober 2010

Open House sana sini...

Sepanjang Syawal ni.... asal hari cuti jer...mesti ada jemputan open house aidil fitri...kadang kadang sampai tak leh nak pergi semua... kira dah macam tradisi kat Malaysia ni asal ada perayaan ada jer Open House nya.... tp kalau aidil fitri ni aku perhatikan sampai dah masuk 1 Zulkaedah pun masih ada lagi Open House aidil fitri last call......hehehehe.

Orang nak mengerjakan haji pun dah mula terbang ke tanah suci mekah .... kalau tak salah hari Sabtu tuari 9 Okt.2010 flight pertama dah mula kesana....hari ni pun mlm nanti dah penerbangan ke 10...

Tapi tak kisah laa kan...asalkan semuanya berjalan dengan lancar dan mencapai segala maksud serta harapan tuan rumah yg buat dan tetamu yg berkunjung....

yg penting ...
Layannnnnnnnnnnnnnnnnn.....

Isnin, 20 September 2010

Salam Aidil Fitri..... Minal Aidil Wa Faizin....



Di kesempatan ini saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah serta dosa yang sengaja dan yang tak disengajakan sepanjang ber Blog di sini....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATHIN....

Jumpa lagi di lain masa....
Layannnnnnnnnnnn..... 

Rabu, 11 Ogos 2010

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.



Assalamualaikum semua, semuga semuanya sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah yg maha besar dalam mengejar peluang meraih tawaran MEGA NYA yang pasti hanya datang sekali setahun, yang peka dan bijak mengambil peluang dapat mendapatkannya........dan belum pasti akan berpeluang untuk bertemu lagi di masa depan dan meraih segala OFFER yang diberikan kepada semua..... semuga kita semua dpt memlaksanakan dan mendapat yg terbaik pada tahun ini....Insyaallah...aaminnn...


Dikesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBAARAK semuga ianya kita penuhkan dengan segala keperluan-keperluan NYA... semuga puasa tahun ini lebih baik dari puasa tahun yang lepas....saya juga memohon kemaafan atas segala kesalahan dan kesilapan yang sengaja dan tidak disengajakan sepanjang membuat catatan dalam SANTAI..... semuga kita semua mendapat keampunan, rahmat dan kejayaan dunia dan akhirat.

Wassallamm....
layannnnnnnnnnnnnnnnnnn...

Selasa, 10 Ogos 2010

Sistem Kenderaan Seremban - Kuala Lumpur.

Beroperasi sejak tahun 1977 dan telah memudahkan beribu - ribu warga Seremban yang bekerja di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan kawasan sekitarnya.... secara tidak langsung telah menyumbang kepada pembangunan hartanah di Seremban., terutamanya pembangunan dalam pembinaan rumah kediaman...
Aku sendiri telah berulang-alik dari Seremban ke lembah Pantai sejak 1993 lagi hingga ke hari ini...dekat 17 tahun dah.... kalau jumlahkan tambang yg dah aku bayar untuk ulangalik tu ...kalau diambil sebahagian sebagai saham.... byk dah saham aku kat situ...mmmm.

Memang tak dinafikan bahawa SKS adalah antara syarikat bas milik bumiputra yang punya kredebiliti dan teguh... walaupun mendapat saingan yang bertaliarus dari beberapa syarikat bas yang lain sejak aku mula berulang-alik dengannya... namun ianya masih boleh bertahan dan memperbaiki perkhidmatannya dari masa kesemasa.

Bagi aku memang perlu persaingan yang sihat dari syarikat bas yang lain yang mana ini dapat memecahkan monopoli satu syarikat dlm sesuatu perkhidmatan dan seterusnya berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna dan pengguna boleh memilih yang terbaik....
...walaupun Sausana Edaran mempunyai bas bas yang baru besar dan canggih..., aku masih setia menggunakan perkhidmatan SKS kerana beberapa sebab yang masih relevan dan dapat dipertahankan oleh SKS ... salah satu contohnya " backup" yang segera datang jika berlaku kerosakan teknikal atau apa-apa kesulitan dalam perjalanan. kerana bagi aku itu amat penting bagi tidak menjejaskan perjalanan pengguna perkhidmatan ke KL atau sebaliknya.

Sejak minggu pertama bulan Ogos 2010 ni SKS turut menaiktaraf perkhidmatannya dengan kehadiran 2 choach Double Decker yang setaraf dgn yg dimiliki oleh Suasana Edaran.... dan aku setiap hari menggunakannya sewaktu ke KL diperjalanan terawal ke KL.



Semuga SKS terus maju dan berusaha memberi yang terbaik untuk pelanggan-pelanggannya...
sampai disini dulu hingga jumpa lagi dilain catatan ...
Layannnnnnnnnn.......

Isnin, 2 Ogos 2010

Menara Taming Sari, Melaka

Kena ke Melaka  pasal petang ni nak gi jemput wife balik dari Kursus kat NAZA Hotel 3 hari, lepas jer anak-anak balik dari sekolah...aku siap -siap lepas magrib terus bertolak ke sana melalui PLUS ke selatan... aku masuk exit air keruh sampai sana lebih kurang kul 9.30 malam gitu..

pusing-pusing gak aku carik hotel tu..yer laa hari dah malam kan 2, 3 kali gak laa aku berpusing kat Bandar Melaka tu... akhirnya aku tanya kat restoran tu diaorg cakap sebelum jejantas belok kiri lepas tu sebelum sampai jabatan tengok kiri hotel tu sebelah kiri bersebelahan dengan pasaraya The Store kalau tak salah aku.. so aku drive dan suruh anak aku yg sulong perhatikan kat mana Hotel NAZA tu.... memang betul punya laa senangnya jumpa ..padhal sebelum tu dah 3 kali kami lalu kat situ boleh tak perasan...mmmmm.

Malam tu tak der gi mana-mana pasal dah larut sgt so tido jer laa .... lepas park keta kat pakir Hotel Naza tu.. naik lift yg kat belakang tak guna lift lobi.... segan pasal menumpang jer.. hehehehe..

pagi tu awal-awal lagi dah bangun tido lepas jer solat suboh terus turun lobi gi breakfast buffet hotel tu.. byk gak pilihan.... aku cam biasa laa rasa semua hidangan serba sedikit mana yg sedap..... mmmmm ... memang sedap sokmo... tak tau laa diaorg carge berapa RM satu kepala... aku kira numpang jer... wife aku sarapan ckit jer pasal dia urusetia terpaksa bergegas ke bilik seminar sbb hari ni last presentation peserta kursus jabatan dia...

lepas sarapan aku ngan anak bujang aku naik semula ke bilik ...lepak sat tengok tv ..dlm kul 10 pg gitu kita org kuar gi Bandar Hilir....
kita org gi naik menara Taming Sari tu..... sampai sana lebih kurang kul 10.30 gitu.... pusing-pusing carik pakir dapat satu yang dekat ngan tempat jual tiket parkir tu....
lepas semua urusan pakir dah selesai kitaorg terus gi beratur ambil tiket untuk naik Menara Taming Sari tu..    ..... tunggu turn lebihkurang 7 minit... kitaorag nyer turn pun sampai ... ramai gak org yg berkunjung kat menara ni..
kalau tak salah satu group tu lebih kurang dalam 66 org termasuk 3 org krew yang control menara tu.... BEST.... aku suka naik menara ni ...tapi tu laa sekejap sgt dah turun balik...
dari bawah dia terus naik terus keatas puncak lepas tu ..dia berpusing 2 pusingan dan kita leh lihat panorama bandar melaka 360 darjah ..selepas selesai 2 pusingan tu dia mula menurun kebawah perlahan-lahan.... tapi memang tak puas laa kalau sekali jer naik menara taming sari ni....

Fakta pasal menara taming sari ni lebihkurang camni laa...
tinggi - 110 meter sampai puncak.
viewing  - 360 darjah pada ketinggian 80 meter dr aras laut.
teknologi - swiss
masa berada dlm menara - 7 minit
tiket - warganegara RM 20 dewasa.
       - warganegara RM 10 kanak-kanak.
waktu operasi - 10 pg sampai 10 mlm.
mula operasi - 18 april 2007.
harga pembinaan - RM 23 juta












lepas naik menara ni kitaorg pi la jalan jalan kat komplek berdekatan dan kawasan sekitarnya.....sedang dok seronok jalan wife aku pulak call .... dia dah ready nak balik pasal semua org dah check out dan siap siap nak balik..... aku pun bergegas balik semula ke Hotel..... dalam kul 3 ptg lepas solat zuhor kita org pun berangkat balik ke Sban.... ....... sampai disini dulu buat kali ini..jumpa lagi dilain catatan...... sorry laa lambat postkan catatan ni.......... layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....

Isnin, 19 Julai 2010

PONTIAN KE BATU PAHAT

Lepas jer beli cendrahati , kami terus segera meninggalkan Tanjung Piai.... waktu pun dah pukul 8.15 malam lebih kurang...terus pandu ke Kukup, cadangnya nak cari kedai makan ikan bakar atau seafood kat situ... lebihkurang 15 minit gitu kami pun sampai kat simpanng jalan besar dan kami  membelok ke kanan  arah ke Bandar Kukup... hari pun dah gelap, aku pun tak perasan jalan tambahan pula tak pernah kesana....nasib kawan kita biasa gi sana...tak lah ilang punca.
Sampai kat ujung bandar tu.....aku buat pusingan U lepas tu tinjau mana mana ada kedai makan yang masih buka....tak banyak yg bukanya.....ada satu tu terus kami singgah...makan kat situ sambil dengar lagu Otai... hehehehe...nostalgik gak lagu-lagu nya...
Habis makan terus jer kita orang balik ke Pontian ...... waktu pun rasa macam dah malam sgt.....
Sampai jer kat Pontian sebelum gi masuk bilik singgah jap kat Giant sebelaah hotel tu....  dah dpt apa yg diperlukan terus masuk bilik masing-masing , mandi ..... solat .....dok jap on laptop...
Boring pulang dok dlm bilik....ajak member saja jer jalan -jalan sekitar Bandar Pontian  tengok apa kegiatan diaorg kat sana waktu mlm.... mmmmmm, pusing pusing lepas tu lepak sat kat tepi pantai ..... boring gak baik balik tido.... hehehe... dah tau ngantuk mana nak tahan lagi , sampai jer hotel terus tido... sbb pepagi sok dah nak balik ke S`ban....member nak balik KL....

Pagi esoknya tepat kul 7.00 selepas dah siap-siap kita orang turun lobo hotel untuk sarapan pagi kat situ , Ok laa sarapannya ...standard macam hotel lain... lepas sarapan kitaorg terus check-out dan bertolak ke Batu Pahat.
....sebelum tu..ronda-ronda dulu keliling bandar Pontian yang terdiri dari 2 bahagian..... bandar baru dan bandar lama....aku pun tak berapa faham...OK laa tu ...... dalam 10 minit gitu terus bergerak kearah utara menuju ke Batu Pahat....


sepanjang perjalanan ke Batu Pahat di kiri kanan jalanraya dihiasi pokok buah-buahan kebanyakannya pokok rambutan dan durian...  kelihatan juga ladang-ladang nenas.... kalau berdasarkan replika nanas yg besar kat Bandar Pontian ini sudah pastinya ianya pusat pengeluaran hasil nanas bagi negeri Johor...  dan sudah tentu dari yang bermutu tinggi.... tapi aku tak beli sebiji nenas pun kat Pontian ni... jalanrayanya pun selesa memandu walaupun ada beberapa kawasan yang agak beralun dan kenderaan dalam sederhana kesibukannya...tapi berhati-hati bila memotong kerana keadaan jalannya yang beralun..... aku easy driving jer...bukan nak pecut laju-laju pun.... dalam perjalanan ke Batu Pahat kami sempat singgah sekejap kat Pantai ...... aku pun lupa....kawasan nelayan kat sana tu...lama gak laa singgah kat situ....lautnya nampak cantik tapi ada banyak ampai-ampai ....besar besar...   lebihkurang 1 jam kita orang keluar semula ke jalan besar terus menuju ke Bandar Patut Pahat..... dalam perjalanan tu singgah jap kat stall tepi jalan jual durian...diaorg makan kat situ jer...fresh U....aku tak berani nak makan cuma cuba seulas jer..memang sedap...aku beli 3 biji untuk bawak balik teringat yang kat rumah tu....
Dalam pukul 10 gitu sampai kat Batu Pahat, pusing-pusing tengok sekitar bandar...besar gak bandarnya..memang patut laa dia di nobat sebagai bandar ke dua terbesar kat Negeri Johor....

 








Lepas pusing-pusing Bandar Batu Pahat , kita org gi makan nasi bairani gam kat gerai makan tepi sungai jalan arah ke Muar. . . . ok gak , pelanggan pack giler..
dah kenyang kami pun meneruskan perjalanan pulang dan bercadang menggunakan lebuh raya PLUS....
k.... sampai sini dulu.. jumpa lagi dilain catatan....
layannnnnnnnnnn.....