Khamis, 15 September 2011

Ladang Anggur Sendayan Valley


 

Hari sabtu lepas ada kenduri doa selamat dan tahlil kat rumah anak jiran saya di Nursari Bayu Sendayan Valley, sebelum sampai ke taman tersebut kami melalui kawasan ladang anggur Sendayan Valley di lereng bukit berhadapan kawasan perumahan tersebut.
luas juga kawasan penanaman anggur tersebut sempatlah aku tembak 2, 3 keping gambar ladang tersebut nampak pokoknya sedang berbuah tapi belum masak lagi.

Ini adalah kenyataan berkenaan ladang anggur tersebut yg aku "petik" dari ladang web nya....hehehehe

"Ladang Anggur Sendayan adalah satu-satunya ladang anggur di Negeri Sembilan. Ia menjadi satu daya penarik kepada para pelancong dan peminat buah-buahan untuk menikmati buah yang kebiasaannya hanya di tanam di luar negara yang beriklim sejuk. Diusahakan oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Syarikat A-WINN Global Market Services Sdn Bhd yang mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan.

Ladang Anggur
gambar di "petik" dari website MPN

Terdapat 6,000 pokok anggur yang telah ditanam di atas tanah seluas 10 hektar iaitu anggur dari jenis Black Opal, White Malaga, Shiraz dan Black Pearl. Kesemua anggur yang dikeluarkan oleh ladang ini dijenamakan sebagai “Sendayan Valley” dan akan dipasarkan dipasaran tempatan. Selain daripada tanaman anggur sebagai tanaman utama, ladang tersebut juga menanam tanaman lain seperti buah nona, jambu, mata kucing, laici, sukun, ciku, belimbing besi, rambutan dan mangga. Selain daripada buah-buahan ladang ini juga menjual pokok anggur bonsai yang dijual antara RM 300 hingga RM 500 sepokok


Lokasi


Ladang anggur Sendayan Valley terletak lebih kurang 6 km dari Jalan Seremban-Port Dickson, 90 km dari Kuala Lumpur, 15 km dari Bandar Seremban dan hanya 20 km dari KLIA. Ini menjadikan Sendayan Valley sebagai ladang anggur paling dekat dengan bandar.



Waktu Perniagaan & Kadar Bayaran


Ladang dibuka setiap hari 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 4.00 petang hingga 7.00 petang dengan bayaran RM 5.00 dewasa dan RM 3.00 bagi kanak-kanak.

Maklumat Lanjut :-
Ladang anggur “Sendayan Valley”
03-7877 8151 "

aku pun tak cuba masuk lagi tapi memang teringin sangat nak masuk, kalau boleh nak petik sendiri buah anggur disitu jika diberi peluang dan kesempatan.



nantilah ..aku jumpa kawan yang kerja kat MPN tu nak tanya dia bila agaknya musim boleh masuk melawat kat ladang tu dan kalau boleh nak beli dengan memetik sendiri.....mmmmm..tak sabar pulak rasanya nak gi tanya....OK lah...

sekian catatan buat kali ini sehingga berjumpa lagi di catatan yang lain...
wabillahitaufik walhidayah
 

17 ulasan:

  1. saya belum pernah sampai lagi ..

    nak masuk pun kena bayar, itu belum beli anggur lagi.

    agaknya kutipan bayaran masuk pun boleh balik modal kalau ramai orang lawat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kutipan masuk hanya rm 5.00 ( adults )and
      rm 3.00 (childrens)
      taklah sampai balik modal ,, sebab cos pebelanjaan dan penjagaannya sangat besar ,, di tambah lagi kat MALAYSIA curah hujan yg tak menentu membuat bunga yg mulai mengeluarkan putik buah gugur , dan bila sudh menjadi buah dan ranum sikit je burung pulak mulai memakan buah angur tsbt ,

      cubalah tuan pergi ke @LADANG ANGUR SENDAYAN VALLEY , dan lihat sendiri bagaimana di MALAYSIA dan warga MALAYSIA sendiri boleh menanam angur di bumi MALAYSIA ini , dengan izin dan ridho ALLAH SWT tentunya ,,syabass MALAYSIA ,,

      Padam
  2. Assalamualaikum Tn Hj..,

    tu yg teringin nak masuk tengok camna.... ada org cakap sekarang ni tak leh masuk... nanti saya tanya kawan kat MPN tu

    kalau saya dah masuk nanti saya rokemen lah tuan gi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. SETIAP SAAT BOLEH MASUK ,,
      dari 8 to 12 , 2 to 6 ,,
      hari raya idul fitri , adha dan tahun baru sahaje yg tutup ,,

      Padam
  3. oh..mmg tak tau kewujudannya.

    tp kalau boleh petik sendiri, harganya meningkat berbanding terus beli...mcm kat cameron.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah bertapat selama kurang lebih 5 thn
      taklah mahal berbanding kalau anggur import yg 1 kg rm 20.00 ke 21.00
      kalau kat sana sama juga 1 kg rm 20.00 jenis black oval , white malaga seedless , black pearl have seed but very sweet and shiraz rm 18.00 sahaje
      freh dan dapat merasai memetik sendiri dari pokok ,,

      Padam
  4. Assalamualaikum ujie,

    saya kebetulan ke sana memenuhi jemputan kenduri , kalau tak saya pun tak tau juga.

    tu ingat nak gi cuba kalau ok sok saya warwarkan kepada kawan-kawan.

    BalasPadam
  5. Tentu ramai penganggur kat ladang tu... :D

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum mie..,

    itu sudah semesti nya...hehehehehe
    ladang nya...

    BalasPadam
  7. teringin bawak pelajar sekolah pegi sini

    BalasPadam
  8. I tend not to leave many remarks, however i did some searching and wound up here "Ladang Anggur Sendayan Valley".

    And I actually do have a couple of questions for you if you don't mind. Could it be only me or does it look like some of the responses look as if they are coming from brain dead folks? :-P And, if you are posting on other sites, I would like to keep up with everything fresh you have to post. Would you list of the complete urls of your public pages like your Facebook page, twitter feed, or linkedin profile?

    Look into my web site - whitehat seo

    BalasPadam
  9. I visit every day a few web pages and blogs to
    read articles, but this web site offers quality based writing.


    My weblog; mens vestal watches

    BalasPadam
  10. Way cool! Some very valid points! I appreciate you writing this
    post and the rest of the website is also really good.

    Feel free to surf to my webpage: armitron watches

    BalasPadam
  11. Awesome site you have here but I was curious if you
    knew of any message boards that cover the same topics discussed here?
    I'd really like to be a part of group where I can get responses from other experienced people that share the same interest. If you have any suggestions, please let me know. Thank you!

    my web site akribos watches for women

    BalasPadam
  12. Saved as a favorite, I like your site!

    my web blog ... relic watch for women

    BalasPadam
  13. banyak kali lalu jalan tu gi PD tp x perasan langsung ladang tu kt tepi jalan. satu waktu OTW gi PD jgk baru perasan tulisan "anggur sendayan". sedar sebab mata berpeluang melilau lebih coz haritu bukan sy drive. akan dtg bila lalu jalan tu sy pasti singgah. bleh tgk keistimewaan penanaman buah anggur di dua tempat yang berbeza.. kikiki... ( sy dah pegi ladang anggur di tasik beris.)

    BalasPadam