Jumaat, 9 September 2011

Abah cakap "Pejabat Pos Besar "point" 0 KM bagi jarak jalan pesekutuan."

monumen KM 0 seremban- depan Pejabat Pos Besar Seremban



Masa kecil - kecil dulu pernah abah saya bagitau bahawa permulaan pengiraan jarak jalan persekutuan   dari satu daerah ke daerah yang lain adalah berpandukan dari Pejabat pos sesuatu daerah tersebut ke daerah berikutnya.

...sejauh mana kebenarannya kenyataan abah tu saya pun tak tau.... Jumaat lepas saya ke Pejabat Pos Besar Seremban .... ada urusan sedikit disana... semasa keluar dari pintu pagar Pejabat pos tersebut saya terlihat monumen betul-betul ditepi jalan depan Pejabat Pos Besar Seremban  berdekatan lampu insyarat utk "zebra crossing" ke stesen keretapi seremban.

saya pun terus melihat dan membaca apa yang tertulis di muka depan monumen tersebut......adalah seperti berikut :

SEREMBAN.

MONUMEN KM 0 INI MERUPAKAN ASAS   PENGUKURAN JARAK JALAN PERSEKUTUAN, LALUAN 1 DARI SEREMBAN KE GEMAS DAN SEREMBAN KE KUALA LUMPUR (JALAN LAMA), LALUAN 11 BAGI JALAN BAHAU KE KERATONG, LALUAN 51 DARI SEREMBAN KE KUALA PILAH, LALUAN 86 DARI SEREMBAN KE KUALA KLAWANG-SIMPANG PERTANG DAN LALUAN 97 DARI PAROI KE SENAWANG SEPERTI YANG TELAH DIWARTAKAN DI DALAM WARTA KERAJAAN SEPERTI BERIKUT :

LALUAN 1                          : SEREMBAN KE GEMAS
LALUAN 1                          : SEREMBAN KE KUALA LUMPUR (JALAN LAMA)
LALUAN 11                        : BAHAU KE KERATONG
LALUAN 51                        : SEREMBAN KE KUALA PILAH
LALUAN 86                        : SEREMBAN KE KUALA KLAWANG-SIMPANG PERTANG
LALUAN 97                        : PAROI KE SENAWANG
NO WARTA                        : P.U.(A) 401
TARIKH WARTA               : 19.10 1989

Setelah membaca kenyataan yg tertera di monumen tersebut...teringat dengan apa yang pernah abah beritau saya masa kecil dulu,ternyata memang benar apa yang abah katakan...Terima kasih abah, tiba-tiba rasa rindu dtg menerjah jiwa ku.... sekejap lagi balik kg lah jumpa abah...

cuba jugak cari data atau artikel kat internet berkenaan perkara ni masih lagi tak menjumpainya....


dah zoom 50 %
Sekian catatan buat kali ini hingga jumpa lagi di lain catatan...
Wabillahitaufik walhidayah,

9 ulasan:

  1. Info yg tak pernah tau...walaupun mula2 baca tadi mcm kelakar sikit.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum ujie..,

    saya masa sekolah rendah dulu abah bagitau camtu...baru sekarang saya jumpa bulti kebenarannya...alhamdulillah..

    saya pun tak tau camna nak mulakan en3 ni tadi...

    anyway Tq dtg jenguk dan komen.

    BalasPadam
  3. Man, kat blog en_me, ada banyak foto batu penanda O Km yg terletak berhampiran Pejabat Pos...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mie..,

    oo ye ke..nanti aku gi tengok kat blog dia..tq

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. tau xper.. ekeke

    http://fotolumayan.wordpress.com/2011/06/19/zero-milestone/

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum en_me..,

    itulah kenyataannya....

    memang pejabat pos berkait rapat dengan cara pengiraan jarak sesuatu tempat itu bermula...

    dah tengok en3 tu..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum dan salam aidilfitri.. Maaf zahir dan batin.. Terima kasih kerana berkongsi maklumat dan gambar perihal km 0 ini. Klu nak gugel pun mmg payah nak jumpe maklumat mcmni.. :)

    BalasPadam
  9. Alaikumsalam dan salam aidil fitri Wa Khai..,

    tu pun kebetulan jumpa....memang pun susah nak dpt info pasal 0 KM tu kat internet engg.

    BalasPadam