Jumaat, 29 April 2011

4 Hari 3 Malam Sabah - Snorkeling kat Pulau Manukan.



Awal pagi kami dah bersiap selepas solat suboh terus saja memandu ke KK dan terus ke Pelabuhan Kota Kinabalu yang terletak di sebelah paling timur KK ianya juga dikenali sebagai Jasselton Point. Kami sampai awal ke situ kebetulan belum sarapan lagi....jadi bersarapn dulu lah kat cafe yg terdapat dlm Port tu..


Setelah membeli tiket dan membayar port tax kami pun bersiap sedia menaiki bot yang telah ditempah dan dalam waktu yang sama kami menyewa safety suit dan snorkeling google untuk digunakan di Pulau Manukan nanti. bot yang kami naiki berkongsi dengan 2 org pelancong dari Sinagapura dan 2 org pelancong Eropah




Pelayaran ke Pulau Manukan mengambil masa lebih kurang 20 minit, memang mengasyikan kerana air laut disini sangat bersih dan jernih , sepanjang perjalanan ke Pulau Manukan kami dapat melihat kejernihan lautnya.

Disini terdapat beberapa pulau lagi selain Pulau Manukan, antaranya Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Sulug. Pulau terbesar antara pulau-pulau ini ialah Pulau Gaya. Kawasan marin ini dilarang menangkap ikan walau dengan apa cara sekali pun kerana ianya telah di jadikan rezab Taman Laut Negara Tunku Abdul Rahman.



Kami hanya memilih pakages ke Pulau Manukan saja, sesampai kesana kami telah berjanji dengan skipper bot untuk mengambil kami semula pada tengaharinya.

Untuk masuk ke Pulau ini kami dikenakan lagi bayaran sebanyak RM 3 seorang dan kami membeli beberapa botol roti yang telah direndam air berharga RM 2 sebotol untuk digunakan semasa beramah mesra dengan ikan semasa snorkeling nanti.





Setelah bertukar pakaian kami pun mulakan aktiviti snorkeling di kawasan yg ditandakan dengan bola hijau...dengan berbekalkan roti tadi kami mula mengumpan untuk ikan-ikan berhampiran dtg memakan roti tersebut dan yang seronoknya ikan-ikan tersebut jinak dan berani makan ditangan. 







kerana tidak mempunyai peralatan mengambil gambar dalam air laut , tak dapat lah nak di perlihatkan suasana meriahnya dalam laut semasa kami memberikan ikan tersebut makan roti yang dibeli tadi....memang mengasyikkan...




setelah 3 jam dengan aktiviti snorkeling kami pun naik untuk mandi dan tukar pakaian dan bersiap-siap untuk balik semula ke KK...tambahan pula hari pun dah tengahari....perut pun dah lapar....di pulau ini terdapat juga kemudahan chalet dan restoran serta kemudahan asas lain...tapi almaklum lah, tempat kunjungan pelancong sudah pastinya harganya mahal....kebanyakannya pelancong Eropah dan Jepun yg menetap di chalett ini...








Bot yang dijanjikan sampai tepat pada waktunya dan kami sampai ke KK Port lebih kurang pukul 1.30 tghari.



sesampai saja ke Jasselton Point, KK port terus saja ke bazar makan di tengah-tengah KK...selepas segalanya selesai kami ke Masjid KK untuk bersolat dan balik ke Hotel di One Borneo dan merancang hendak kemana pada malam nanti.







Sekian catatan perjalanan kali ini, jumpa lagi esok hari terakhir di KK selama 4 Hari 3 malam di Sabah.

Jumaat, 15 April 2011

4 Hari 3 malam Sabah - Ranau ke Kota Kinabalu.

Selepas segala urusan di Kundasang selesai kami pun mula bergerak ke Ranau, bandar yang terdekat dari situ... kini perjalanan lebih banyak menurun semakin lama semakin merendah dan penggunaan brek yang berterusan dan gear rendah kerap digunakan..


Lebih kurang 5 KM sebelum sampai ke Ranau..., Unser yang kami gunakan mengalami masalah brek pada roda sebelah kanan bahagian hadapan .... ini dapat dikesan dengan bau seperti terbakar yg kuat beserta bunyi berek seperti besi bergesel.... saya memandunya dengan perlahan dan berhati-hati bagi mengelakkan perkara buruk dari berlaku.



Apabila kami menghampiri Bandar Ranau, kami lalu singgah di Stesyen Minyak Petronas Ranau untuk mendapatkan bantuan teknikal... pekerja stesyen tersebut mengesyorkan saya memeriksa kenderaan tersebut di sebuah workshop 4WD berdekatan.


Kami pun membawa kenderaan kami ke bengkel tersebut... setelah diperiksa didapati bahawa breknya menghadapi masalah dan brek sebelah kanan bahagian hadapan telah terbakar dan melekat ( jam ) ..... dan kerosakan tersebut perlu diperbaiki ....dan kami tidak mempunyai pilihan lain hanya perlu menunggu kerja-kerja baik pulih siap... hampir 2 jam juga kami terpaksa menunggu disitu.

Setelah kenderaan kami siap dibaiki dan bilnya di jelaskan, saya memandu ke dalam jalan utama menuju Bandar Ranau....kebetulan hari tu hari ahad, ada terdapat pasar tani yang menjual berbagai-bagai barangan pertanian dan kuih muih tempatan... kami membeli beberapa jenis kuih yg tak pernah kami lihat dan rasa...

Jam ketika itu menunjukkan pukul 3.45 ptg, dan kami terpaksa berbincang berkenaan rancangan hendak ke "Poring Hot spring" yg pastinya mengambil masa lebih kurang 1.30 jam dari Bandar Ranau.. jadi kami pun berbincang dan mengambil keputusan membatalkan perjalanan ke Poring tu...terkilan juga tapi apakan daya masa tak mengizinkan perjalanan kami diteruskan.


Setelah selesai makan di sebuah restoran di situ kami pun mula bergerak pulang semula ke KK....walaupun keciwa tapi demi memikirkan keselamatan, kerana utk melalui kawasan Gunung Kinabalu biasanya yg berkabus pada waktu senja dan malam ... di perjalanan lain nanti kami akan kesana...


Kami tiba Kota Kinabalu hari sudah mulai senja , tambahan disini waktu nya lebih awal 1 jam berbanding semenanjung walaupun jamnya sama... kami terus ke Pasar Filipina untuk window shoping 

Pasar Filipina ini adalah komplek gerai menjual barang-barang kraftangan penduduk sabah dan juga dari negara jiran terutamanya dari Filipina...agaknya tu pasal nama pasar Filipina.

Biasanya pengunjung dari semenanjung kesini adalah untuk membeli perhiasan dari mutiara dan juga mutiara yg boleh dibuat gelang atau rantai...disini banyak juga gerai menjual manik...harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di semenanjung. 

terdapat juga pasar malam yang beroperasi ditengah-tengah bandar KK yang menjual barangan yang sama terdapat di pasar Filipina dan saya difahamkan harganya lebih murah lagi... 






Setelah 2 jam berjalan-jalan dan membeli serba sedikit barangan kami pun mula beredar dari Pasr Filipina tersebut dan saya terus memandu keluar ke pinggir bandar KK berhampiran Pantai untuk mencari tempat bagi kami semua makan malam. Kami singgah di gerai makan berhampiran pantai   Likas berhadapan dengan Masjid Likas....OK gak kat situ sedap...tp sikit mahal laa....hehehehe

Lepas makan kami pun meneruskan perjalanan ke Tune Hotel One Borneo...utk merehatkan badan dan esok kami bercadang nak ke Pulau pula....

Jumpa lagi di lain catatan.... 

Khamis, 14 April 2011

Masukkan Dialog lucu - komensen contest 2

 MARILAH MASUK CONTEST KE - 2 ANJURAN KOMENSEN.



Pak Ngah         :   Assalamualaikum Ayang. Happy bithday, ayang nampak cunnnnng sangat-sangat hari ni

Mak Ngah        :  Waalaikumsalam Anje... Tq Very much... ingatkan sape yg tepon , ni puji-puji ada udang sebalik mee ker....


4 Hari 3 malam Sabah - Komplek Taman Gunung Kinabalu ke Kundasang


Setelah 1 jam bersiar-siar sambil menikmati keindahan Komplek Taman Gunung Kinabalu , kami pun bertolak ke distinasi beikutnya, jam pun sudah menunjukkan hampir tengahari... walaupun ketika itu mentari memancar cerah namun keadaan sekeliling sungguh nyaman dan dingin....seakan-akan cuaca di Cameron Highland......
sungguh menyengarkan ditambah pula dengan persekitaran yg indah dan ceria...

Lebih kurang 20 minit kemudian kami pun sampai ke Kundasang....luas juga kawasan penempatan yang terdapat disini... kebanyakan aktiviti disini ialah penanaman sayur-sayuran seperti yg terdapat di Cameron Highland dan perniagaan sayur-sayuran dan buah-buahan... murah juga harganya dan segar dari ladang...terdapt banyak juga bunga segar ditanam dan dijual disini....hehehe..


Disini juga terdapat banyak chalet murah yg boleh disewa dan juga terdapat restoran makanan islam...kerana disini kebanyakan penduduknya beragama kristian , namun bagitu terdapat ramai juga penduduk beragama islam berdasarkan kepada terdapat sebuah Masjid yang besar di Lereng bukit berdekatan Pekan Kundasang ini.



Salah satu tarikan kesini dan juga melengkapkan kunjungan kesini ialah "Kundasang War Memorial " Disinilah tentera bersekutu bersama penduduk Sabah mempertahankan negeri Sabah dari penaklukan Jepun walaupun akhirnya tewas, tekorban dan ditawan oleh pihak Jepun sewaktu perang dunia ke dua.



Untuk menghargai pengobanan mereka maka kubu pertahan tentera bersekutu ini di baikpulih dan dijadikan Tugu Peringatan Perang Kundasang oleh Kerajaan Sabah dengan kerjasama Kerajaan British, Australia dan New Zraland. 

Kubu ini dibina setinggi 3 tingkat diatas bukit berhadapan dengan laluan masuk ke Kundasang ini semasa zaman perang dulu.... setiap tingkat mewakili setiap negara 

 











Pemandangan di persekitaran Memorial ini sungguh cantik dan terjaga, untuk masuk ke dlm tugu ini dikenakan sedikit bayaran , sebagai sumbangan bagi mengurus "Kundasang War Memorial" ini.


  

  

Pemandangan dari aras atas sekali Tugu peringatan ini sangat mengasyikkan, tambahan pula dengan berlatar belakang kan Gunung Kinabalu ,...sempat la kami bergambar disitu.






Setelah berada disitu selama 1 jam kami pun keluar dari Tugu Peringatan Kundasang ini dan menuju ke lereng bersebelahan "Kundasang War Memorial" untuk menziarahi Masjid Kundasang yg terletak diatasnya...sungguh dingin suasana disini walaupun waktu itu sudah pun tengahari dan matahari betul-betul pada kedudukan azimut.... air pili nya pun teramat sejuk ..seolah-olah di letak ais...menggigil bila saya menggunakan tandas dan semasa mengambil wuduk... kebetulan waktu zuhor baru saja masuk dan saya lihat ramai juga yg berjemaah Zuhor di Masjid tersebut....angin pun bertiup agak kuat, sungguh sejuk suasana dlm masjid tersebut seperti di pasang pendingin hawa....

Masjid Jamek Kundasang.
Gambar dari carian bing.

Lebih kurang setengah jam kami bersantai dan bersolat disitu kami pun mula bergerak ke Ranau dan distinasi kami selepas ini ialah Poring Hot Spring.

Sampai  disini dulu catatan saya jumpa lagi di catatan lain...
Layannnnnnnnn.......