Rabu, 7 Oktober 2015

Mee Kari Railway Rasah S2


Pagi tadi selepas selesai rawatan rehabilitasi kat klinik rehabilitasi HTJ Rasah, teringin pula nak makan mie kari railway Rasah kat Seremban 2.

Lama juga tak kesana rasanya dah setahun lebih... Selalu jugak anak sulong ajak kesana tapi bila pergi kedai makan tu tutup.
Hari ini sampai hajat kami nak makan mee kari railway.

Asalnya kedai mee kari ni terletak berhampiran jambatan ke Rasah melintasi jalan keretapi, bersebelahan dengan quarters railways jalan tembuk...

Sejak jambatan dan jalan rasah melalui proses pembangunan dan pembangunan komplek komuter seremban menyebabkan kedai makan mee kari terpaksa berpindah dan dirobohkan.


Kini ianya beroperasi di Seremban 2 berhadapat Station Petronas jalan ke Komplek pejabat kerajaan S2., juga laluan ke Jaya Jusco S2 dan Maidin S2.


Menu utamanya mee kari ayam dan memang dah terkenal di Seremban ni , selalu pengujungnya yang ramai membuatkan kita terpaksa menunggu giliran untuk mendapat tempat duduk.
bagi yang nak cepat dan tak sabar untuk menunggu giliran terpaksalah "take away" jer...
Nasi lemak ayam nya juga tak kurang enaknya bagitu juga dengan kueh mueh tradisi yang dijual disini.
Dengan harga mampu bayar membuatkan ia antara kedai makan yang mrnjadi pilihan untuk penduduk seremban yg berbilang kaum bersarapan terutamanya pada hujung minggu.


Tu dia tak sedar dah licin tak sempat nak tembak satu gambar sebelum makan...mmm memang terbaek....

Sekian catatan buat kali jumpa lagi di lain masa dengan catatan lain.

Jumpa lagi lain masa....nak minum air dulu...

Layannnnnnn.....

Isnin, 5 Oktober 2015

Shuttle service komuter KTM lanjut hingga ke Gemas.


KTM akan mula memperkenalkan dan menambah perkhidmatan komuter nya ke Tampin dan Gemas mulai 10hb Oktober 2015 ini.

Dengan adanya perkhidmatan laluan tambahan ini, laluan Seremban - Tampin - Gemas dapat memberi lebih pilihan kepada penduduk Negeri Sembilan , Melaka dan Johor untuk menggunakan kemudahan pengangkutan awam untuk ke distinasi Selatan Semenanjung atau mereka yang berulang alik dari Selatan ke Wilayah Persekutuan KL, Selangor dan negeri-negeri di bahagian utara semenanjung.

Secara tidak langsung ianya dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan dan usaha memajukan kawasan persekitaran laluan system pengangkutan komuter ini.

Dengan ujudnya shuttle service komuter ini, perkhidmatan komuter sediada yang biasa nya berakhir di Stesen Sungai Gadut akan berakhir di Stesen Seremban kemudian akan disambung oleh shuttle service komuter hingga ke Tampin dan Gemas.


Rajah laluan

Perkhidmatan  ini akan bemula seawal (0350)  3:50 pagi dari Stesen Seremban akan tiba ke Stesen Gemas pukul (0455) 4:55 pagi dan yang terakhir pada pukul (1935) 7:35 malam dari Stesen Seremban akan tiba ke Stesen Gemas pada pukul (2040) 8:40 malam.

Manakala dari Gemas pula akan bermula seawal pukul (0505) 5:05 pagi dan akan tiba  ke Stesen Seremban  pada pukul (0514) 6:14 pagi dan yang terakhir pada pukul (2130) 9:30 malam dari Stesen Gemas dan akan tiba ke Stesen Seremban pada pukul (2239) 10:39 malam.

Buat masa ini perjalanan shuttle komuter ini hanya 4 perkhidmatan sehari iaitu 2 perkhidmatan Seremban - Gemas dan 2 perkhidmatan dari Gemas - Seremban..

Bagi Perkhidmatan dari Seremban ke Tampin akan bermula seawal pukul (0350) 3:50 pagi dan tiba di Stesen Tampin / Pulau Sebang pada pukul (0427) 4:27 pagi serta berakhir pada pukul (2140) 9:40 malam dan akan tiba di Stesen Tampin / Pulau Sebang pukul (2217) 10:17 malam.
 
Manakala dari Stesen Tampin/Pulau Sebang pula akan bermula seawal pukul (0518) 5:18 pagi dan akan tiba di Stesen Seremban pukul (0556) 5:56 pagi dan perkhidmatan terakhirnya pada pukul (2235) 10:35 malam dan tiba di Stesen Seremban pukul (2313) 11.13 malam.
 
Perkhidmatan Shuttle komuter ke Tamping/Pulau Sebang adalah sebanyak 55 perkhidmatan sehari pergi balik Seremban - Tampin/Pulau Sebang - Seremban. 27 perkhidmatan dari Tampin/Pulau Sebang ke Seremban dan 28 perkhidmatan sebaliknya.
 
Perkhidmatan Shuttle komuter ini bermula dari Seremban melalui Stesen perantaran Senawang, Sungai Gadut,Rembau, Tampin/Pulau Sebang Batang Melaka dan akhir Gemas, bagitu juga sebaliknya.
 
Bagi perjalanan berikutnya ke Rawang / Tanjung Malim atau Perlabuhan Klang - Batu Caves, penumpang perlu mengambil Komuter ke Rawang/ KLSentral di Stesen Seremban untuk perjalanan seterusnya.

Jadual Tambang antara distinasi antara Seremban ke Gemas.
Tambang perjalanan bagi Shuttle Service komuter KTM dari Seremban - Tampin/Pulau Sebang - Gemas adalah seperti Jadual tambang tertera diatas.
 
Terdapat 5 jenis tiket iaitu
 
Sehala         : Perjalanan tiket sehala ke stesen destinasi yang tercatat di tiket.
Dua hala     : Perjalanan tiket pergi balik ke stesen destinasi yang tercatat pada tiket.
Konsesi      : Diskaun 50 % untuk OKU, warga emas,kanak-kanak berumur 4-12 tahun
Mingguan  : Diskaun 29 % daripada kadar tambang mengikut perjalanan.Hanya bayar untuk tempoh 5 hari pergi balik dan boleh digunakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembelian.
Bulanan     : Diskaun 33% daripada kadar tambang mengikut perjalanan. Hanya bayar tambang untuk tempoh 20 hari pergi balik dan boleh digunakan dalam tempoh 30 hari dari hari pertama setiap bulan sehingga hari terakhir bulan tersebut.
 
 
Stesen Sungai Gadut topek sey selalu naik dan tughun...

Diharapkan dengan adanya perkhidmatan Shuttle Komuter ini dapat memberi lebih kemudahan dan keselesaan kepada penduduk Negeri Sembilan, Melaka dan Johor khususnya dan untuk keseluruhan rakyat Malaysia amnya.
Semuga dimasa akan datang KTM akan terus membuat bermacam macam pembaharuan dan tambahan perkhidmatan bagi mendorong kepada kemajuan Malaysia.

Sampai disini saja catatan saya semuga jumpa lagi dilain masa ...
In Shaa Allah....aaminnn Ya Rabbalaalamin....

Isnin, 8 Jun 2015

Surabaya Jumpa lagi next time...


Setelah selesai makan tengahari di Wong Solo ni dan bersolat jamak qasar kami pun menyambung semula perjalanan pulang ke Surabaya....agak jauh juga perjalanannya, sepanjang jalan hujan dan sejuk membuatkan aku lena kerana keletihan pagi tadi dan kekenyang selepas "lunch" di Wong Solo tu.
sedar-sedar mobil kami telah pun memasuki Sidoarjo dan bergerak terus ke pusat bandar Surabaya, berpusing beberapakali di laluan yang sama akhirnya mobil kami sampai ke Hotel Shariah Walan,Sidoarjo....Mas Nizam  memilih hotel ini kerana berhampiran berhampiran dengan Bandara Juanda , jadi mudah untuk perjalanan pulang kerana dikuatiri "macet Banget" tika waktu mau pulang ke Bandara Juanda nanti...


Add caption
Ok gak hotelnya, lebih murah bagi kami amat selesa , ala appartment 2 bilik, ada ruang tamu, 2 bilik tidur dan dapur, nak berenternet pergi jer ke lobi line clear...Hotel kepunyaan muslim dan pekerja rasa saya semuanya muslim, kami menetap disini 2 hari disini.
dua hari tu kami browse kotaraya Surabaya mencari cenderahati untuk dibawa pulang, saya mencari beberapa helai telekung yang dipesan isteri dan serba sedikit cenderahati utk teman rapat.

Toko kami memebeli cendrahati

Hotel hari pertam kita menetap

Gerbang ke Masjid Laksamana Cheng Ho
 
 
pemadangan dari depan Pasaraya Di Surabaya


Masjid Nasional AL-AKbar Surabaya
 Hujan lebat sangat tak ddapat nak turun untuk melihat Masjid Nasional AL-Akbar Surabaya lebih dekat lagi, hanya sekadar memerhati dari dalam mobil , akhirnya kami berlalu untuk keluar semua ke jalan Utama, terpaksa mengharung banjir kilat disitu....meras juga banjir di Surabaya....hehehe

Banjir kilat

Banjir kilat
Keesokan pagi nya selepas solat suboh kami ke lobi melayar enternet sebentar dan dalam sekitar pukul 8:00 pagi kami sarapan pagi di dewan makan hotel, selepaas sarapan kami pun bersiap dengan laguage masing-masing untuk ke Bandara Juanda untuk berangkat pulang ketanah air menaiki penerbangan pukul 12:00 tengahari waktu JATIM .... Selamat tinggal JATIM jumpa lagi lain masa...semuga perjalanan kami selesa dan selamat In Shaa Allah...

 
 
 
 
Bandara Juanda, JATIM

Kami tiba ke KLIA2 lebih kurang pukul 4:00 petang waktu Malaysia, collect luggages dan solat jamak qasar di terminal KLIA2 . Alhamdulillah selamat mendarat dan selamat kembali ke tanahair walaupun sepanjang penerbangan cuaca agak tak bebrapa baik, saya tidak dpt tidur sepincing pun tambahan pula sebulan yang lalu dilaluan yang sama pesawat QZ dari syarikat yang sama terhempas di perantaraan lalauan ini ke Singapura.

KLIA2
 Sekian Catatan perjalan kami ke JATIM ( Surabaya-Malang-Bromo-Surabaya ), semuga berkesempatan lagi kesana dengan pengembaraan ke distinasi yang berlainan pula... In Shaa Allah

Sekian, jumpa lagi
Layannnnnnnnnnnnnn.....




Khamis, 4 Jun 2015

Selamat Tinggal Bromo


Selepas selesai breakfast terus ke bilik mandi dan bersiap siap untuk check out pada 12:00 tengahari...sementara menunggu check out sempat mengambil gambar di sekitar Lodge yang kami menginap...rupa nya dari sini nampak jelas pemandangan Bromo National Park ini keseluruhannya.

Baru balik dari breakfast kat cafe bawah tu.
Cuaca nyaman pagi ni walau pun cuaca cerah tapi bila redup saja akan ada kabus yang tebal di persekitaran Lava Lodge ni...so jadi nyaman dan dingin...kawasan ini ditanam banyak pokok bunga yang bunga nya seakan loceng...sdg berbunga dengan banyaknya mungkin musim ianya berbunga..

Berkabus bila cuaca redup..
Banyak bunga loceng di tanam disini

Selepas check out pukul 12:00 tengahari .... kami pun bergerak meninggalkan Lava Lodge untuk pulang ke Surabaya...selamat tinggal Bromo...
Sepanjang perjalanan turun kelihatan aktiviti pertanian yang luas dan banyak sekali, tanaman utamanya ialah sayur-sayuran seperti Kobis, Kucai, bawang dan jagung...padi pun ada ditanah disini pada sawah yang berbentuk teres.

sayur sayur dilereng bumi

Ladang Sayuran Di Lereng bukit









Disini Industri Pertanian juga dijadikan sebagai penyumbang kepada sektor pelancongan.


sepajang perjalanan turun pemandangan ladang sayuran luas terbentang di lereng-lereng bukit, menurut supir kami komuniti disini memang telah menduduki wilayah ini sejak dahu lagi...dan majoriti penduduknya adalah petani dan yang terlibat dengan industri wisata.
 
Dalam pejalanan turun kepersimpangan jalan utama, supir kami mencadangkan kami singgah untuk melihat air terjun unik di Madakaripura , dimana menurut beliau airterjun nya seperti kabus atau air hujan yang halus...jauh juga dari persimpangan jalan utama itu untuk ke Madakaripura.
 
Sewaktu sampai kesitu hujan mulai turun rintik rintik jadi kami segera untuk naik keatas ke aiterjun tersebut secepat mungkin kerana dikuatiri jika hujan turun lebat mungkin kajadian air aliran besar akan terjadi dan akan mengundang padah...
 
Tugu Madakaripura
Menurut penunjuk jalan yang disediakan berkata di kawasan airterjun ini dulu pernah salah seorang dari Wali Sembilan yang terkenal di Nusantara ini berkhalwat ( bersunyi-sunyian dgn berzikir) di sebuah gua di bawah air terjun tersebut dan situ terdapat beberapa telaga yang airnya mujarab untuk menyembuhkan berbagai penyakit kalau diminum airnya....waullahua'lam....aku pun tak dapat nak mengeSAHkan kebenarannya...apabila sampai di kawasan air terjun pertama hujan sudah mulai turun lebat...jadi saya membatalkan niat untuk meneruskan perjalanan ke air terjun utama kerana khuatir air besar akan melanda kawasan tersebut.


air terjun di belakang.























Air terjun 1 stage
bila hujan mulai berhenti saya mulai bergerak turun kebawah semula dimana Mobil kami di Pakir dan kos bagi pemandu 100K IRp. agak mahal juga...pada hal kalau jalan sendiri tanpa beliau pun boleh bias biasa jer trek nya...kerana kawasan ini di bwh kawalan mereka terpaksa jugalah menggunakan perkhidmatan mereka, jika mengikut istilah supir kamia diaorg ni "mafia"....hehehehe. 
 
 
 
Kami pun mula bererak turun ke laluan utama untuk kembali ke Surabaya....hujan masih lagi turun aku yang keletihan telah tertidor didalam mobil sejak iannya bergerak masuk ke laluan utama...sedar sedar sudah sampai di Ayam Bakar Wong Solo untuk makan tengahari  dan berhenti untuk solat...
 
Sekian untuk kali ini, jumpa lagi dilain catatan ...In Shaa Allah..
Layannnnnn.....


Khamis, 21 Mei 2015

Bromo National Park - JATIM 3


Kini Jeep yang dinaiki menuju kesebelah bertentangan dengan lautan pasir dan gunung Bromo bahagian timur BNP itu pada perkiraan saya...
kelihatan kawasan gunung dan dataran menghijau dan sungguh indah serta nyaman...sejuk mata memandang pemandangan ini tercipta dari kekuasaan yang MAHA ESA... Blok Savana...sungguh unik sekali....
Pengunjung pun dikala itu tidak berapa ramai dan supir kami mencari tempat yang lapang dan selesa untuk kami merakamkan keindahan kawasan tersebut tanpa gangguan..


kawasan Blok savana yang menghijau
suatu kawasan yang luas terdapat 3 suasana yang sangat berlainan dan sangat bertentangan bagai berada disuatu tempat yang amat asing dan unik, sebelum ini tanah tinggi dengan tumbuhan dan bunga besar dan kayu kayan iaitu di Penanjakan, kemudian lautan pasir dan Gunung Bromo dengan hampar pasir dari pasir volcano yang menghitam dan kini kami di kawasan Savana yang luas dengan pokok renek dan bunga dgn banyak bagai padang rumput penuh bunga-bungaan kecil.

Savana dari perbatasan Velcano Bromo National Park.
Savana...sungguh Indah
 
 
Teman sekembara sempat berposing di Blok Savana ini.
 
Lagi Blok Savana
setelah hampir setengah jam di Blok Savana ini kami pun menaiki semula Jeep dan bergerak ke satu kawasan lagi yang menarik disini....Tempat itu adalah Pasir Berbisik.
10 minit dari Blok Savana terbentang luas kawasan pasir halus dan luas...khabarnya pasir ini bisa berbisik....tapi sewaktu kami disana tidak kedengaran apa-apa...benarkah ianya berbisik dan bagaimana ia berbisik tidak lah diketahui....hanya mereka yang pernah mendengarnya sahaja yang memahami....


Pasir Berbisik

Pasir Berbisik

 
Pasir Berbisik
Setelah berada disitu lebih kurang sejam kami pun bergerak pulang ke Lava View Lodge...selamat tinggal Penanjakan-Bromo dan Pasir Berbisik ....tinggal dengan kenangan masih disana.
sampai saja di penginapan kami Lava View Lodge...kami terus ke Dewan makannya untuk menikmati sarapan pagi kami.. selesai sarapan kami terus ke bilik ... mandi dan bersiap untuk check-out kira-kira pukul 12.00 pm.

Dihadapan Lava View Lodge Bromo bersama supir sebelum sarapan pagi.

Sampai disini dulu catatan kembara kami sehingga berjumpa lagi dicatatan lain dalam kembara kami Surabaya-Bromo.

Layannnnnnnn...
 

Selasa, 19 Mei 2015

Bromo National Park - JATIM 2



Perlu segera turun ke Lautan Pasir untuk ke aktiviti kembara berikutnya...mendaki Bromo melihat kawahnya yang masih hidup kerna masih memuntahkan asap yg berkepul kepul putih dan tebal...
Perjalanan turun dari Penanjakan lebih seronok dari mendaki tadi kerana hari telah pun cerah dan dapat melihat pemandangan yang sungguh menawan...subhanaullah indahnya ciptaan NYA...

Pacuan 4 roda kami di Bromo National Park

Jalannya yg sempit dan bengkang bengkok dengan tebing curam menguji kecekapan supir kami dan keberanian wisata yg berkunjung kesini....laju yang sederhana dgn pemandangan yang menawan dan cuaca yang nyaman dan segar.....20 darjah Celcius.



Setelah mengharungi perjalanan selama 35 minit menuruni tebing curam yg berliku akhirnya kami tiba ke lokasi yg ditujui... deretan jip yg sampai awal ke kawasan kaki gunung bato'....kawan kuda dan pemiliknya telah bersedia disitu untuk sambung kembara menawan gunung Bromo...sgt teruja walaupun pertama kali menunggang kuda....

Kuda-kuda sudah tersedia disini dikaki gunung Bato` untuk berkuda ke kaki gunung Bromo
sebaik saja tiba di kawasan lautan pasir berhampiran Gunung Bato` pemilik-pemilik kuda sudah bersedia untuk membawa para pelancung yg berminat untuk menunggang kuda ke kaki Gunung Bromo...jarak nya hampir 3000 meter dari tempat pakir Jeep dengan kaki gunung Bromo.
First time in my life menunggang kuda sungguh excited pada mulanya tapi apabila sudah dipelana dan kuda mula bergerak terasa seperti mau jatuh dan terbalik....10 minit juga diambil masa untuk mengibangi badan dengan rentak kuda bergerak lama kelamaan semakin biasa dan perasan gementar terus hilang sedikit demi sedikit.... namun hari ini memang aku teruji lagi kerana kuda yang ku tunggang dalam kondisi terangsang....acapkali mau meloncat apabila berselisih dengan kuda yang lain... aduhhhh yang sakitnya disini....


Menunggang kuda ke Bromo































Alhamdulillah selamat juga ke kaki Gunung Bromo, selepas turun dari kuda terasa amat lega sekali takut terjatuh dari kuda.... Kuda hanya dibenarkan hanya hingga keperbatasan ini saja dan menunggu disitu sehingga setiap wisata yag menyewa kuda turun dari gunung Bromo.


Akhirnya sampai juga di kaki gunung Bromo


Pendakian pun bermula dengan memanjat anak tangga ke puncak gunung Bromo yang disitu terdapatnya kawah yang masih aktif pada pandangan saya kerana masih lagi menguarkan asap putih yang tebal dan bau sulfur yg menyemarak disekitaranya...agak mencabar juga...
 

Tangga untuk ke puncak Bromo
 Mula mendaki di anak tangga teratur naik hingga ke tepi kawah gunung Bromo yang terdapat di puncaknya...agak curam, bagi saya yang bermasaalah sakit lulut amat mencabar...tp cabaran itu dapat dikurangkan kerana setiap lebihkurang 25 anak mata tangga ada kawasan rehatnya...bolehlah berehat disitu..
 
 
R&R yang kedua dari bwh..


R&R ketiga...

setelah berhenti disetiap tempat rehat akhirnya sampai juga kami ke puncaknya...Alhamdulillah bermandi peluh jugak lah utk sampai kesana ditambah lagi dengan cuaca yang mulai panas kerana matahari telah naik tinggi

Di puncak Bromo akhirnya...

Kawahnya tidak berapa kelihatan keran dipenuhi asap yang tebal dan putih namun bau sulfur tidak terlalu kuat keran dikala itu kami berada pada laluan tiupan angin...sgt indah permandangan dari puncak Bromo ini, kelihatan semua dibawah gunung Bato`,kawan kuda yang turun naik juga baris Jeep di kawasan pakir di bawah yg jarak nya hampir 3000 meter lebih dari sini...

ditepi kawah gunung Bromo- at the peak of Bromo


Kawah yg penug asap

Kawah dipuncak Bromo

Kawah Bromo
Selepas 30 minit diatas kawasan puncak Bromo, kami pun mulai turun semula...waktu turun agak senang tapi perlu hati hati takut tergelincir kerna kelalaian dan kesilapan pasti megundang padah pada ketinggi bagitu...
Menunggang kuda kebawah semula melalui laluan yang sama semasa mendaki tadi, melintasi anak sungai dan berjalan terus ke pakir Jeep....agak selesa juga kerana cara kawwalan dan pengendalian sudah mula serasi...namun kuda masih lagi seperti naik tadi sibuk nak meloncat bila bertemu dan berselisih dgn kuda yang datang dari arah bertentangan...

Menuju ketempat pakir kuda untuk turun kebawah

barisan Jeep di kawasan pakir menunggu pendaki pulang
Akhirnya sampai semula ke kawasan Jeep di pakir dan kami bersiap pula untuk ke kembara berikutnya kawasan Savana di Bromo National Park ini..

Savana Bromo dan pasir berbisik.

 Sekian catatan kali ini sehingga berjumpa lagi di lain catatan kembara kami ke  Taman Savana dan Pasir Berbisik...
 
Layannnnnnn....