Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan cari makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan cari makan. Papar semua catatan
Rabu, 7 Oktober 2015
Mee Kari Railway Rasah S2
Pagi tadi selepas selesai rawatan rehabilitasi kat klinik rehabilitasi HTJ Rasah, teringin pula nak makan mie kari railway Rasah kat Seremban 2.
Lama juga tak kesana rasanya dah setahun lebih... Selalu jugak anak sulong ajak kesana tapi bila pergi kedai makan tu tutup.
Hari ini sampai hajat kami nak makan mee kari railway.
Asalnya kedai mee kari ni terletak berhampiran jambatan ke Rasah melintasi jalan keretapi, bersebelahan dengan quarters railways jalan tembuk...
Sejak jambatan dan jalan rasah melalui proses pembangunan dan pembangunan komplek komuter seremban menyebabkan kedai makan mee kari terpaksa berpindah dan dirobohkan.
Kini ianya beroperasi di Seremban 2 berhadapat Station Petronas jalan ke Komplek pejabat kerajaan S2., juga laluan ke Jaya Jusco S2 dan Maidin S2.
Menu utamanya mee kari ayam dan memang dah terkenal di Seremban ni , selalu pengujungnya yang ramai membuatkan kita terpaksa menunggu giliran untuk mendapat tempat duduk.
bagi yang nak cepat dan tak sabar untuk menunggu giliran terpaksalah "take away" jer...
Nasi lemak ayam nya juga tak kurang enaknya bagitu juga dengan kueh mueh tradisi yang dijual disini.
Dengan harga mampu bayar membuatkan ia antara kedai makan yang mrnjadi pilihan untuk penduduk seremban yg berbilang kaum bersarapan terutamanya pada hujung minggu.
Tu dia tak sedar dah licin tak sempat nak tembak satu gambar sebelum makan...mmm memang terbaek....
Sekian catatan buat kali jumpa lagi di lain masa dengan catatan lain.
Jumpa lagi lain masa....nak minum air dulu...
Layannnnnnn.....
Jumaat, 27 Mei 2011
2 Hari Lunch ala Western
Hari Pertama
Semalam sebelum pergi ke Nuklear Malaysia, aku and the Gang pergi lunch kat RU.... lama dah tak makan ala western kat situ... kami semua sepakat order "chicken cop with black papper sauces" tapi kawan sorang tu nak makan "fish n chips" pulak...tak kisah layann jer..mmmmm
sini nya stail order dulu lepas tu gi bayar kat kuanter, dah bayar baru diaorg nyer kitchen staff masakkan order kita tu... risau gak tengok org ramai kat cafe RU tu.... takut aku ambik masa panjang sangat pasal dah janji nak ke Nuklear Malaysia tu kul 1.15 pm camtu..
Syukurrr........Alhamdulillah hari ni cheff tu masak cepat dari biasa.... tak sampai 10 minit dah dapat hidangan yang dipesan apa lagi .... dengan basmallah kami mulakan...aaminnn...

yang di order dah sampai ngancam nampak....
mungkin kerana kelaparan atau memang makanan tu sedap tak sampai setengah jam dah clear...tuuuu dia..harga bagi satu hidangan tak mahal sangat... hidangan mampu bayar lah...hehehehe. minum kita orang minum "sky-juice" jer...sesuai lah dengan hidangan tu...mula-mula ingat nak minum "epal-juice" (berlagak lah pulak...heheheh)... tak per lah...ni pun dah cantikk dah....
dah baca bismillah ker tu....
wahhh.....berselera nampaknya...boss lalu belakang mesti tak nampak..
tu... dia sampai licin..
..
selesai jer makan aku terus jer balik dulu pasal dah janji tadi kan nak ke Bangi tu...Alhamdulillah sempat juga aku gi solat zuhor dan lepas tu terus berangkat ke Nuklear Malaysia tu ...hehehehe...
Hari Kedua
Hari ni pukul 12.30 tengahari kawan dan tepon nak tumpang tak pergi bayar keta kat PJ State.... dah aku ni memang biasa tumpang sekaki kalau diaorg keluar gi bank, kalau nak pergi sendiri tak best....macam tak lengkap jer...hahaha...
Alhamdulillah tak ramai orang kat bank, jadi segala urusan berjalan lancar dan hanya mengambil masa tak sampai 5 minit....selalu tu mau setengah jam sekurang-kurangnya ... ada kalanya aku cabut balik tak larat nak tunggu lebih lama lagi....grrrr....
kat sini laa kita lepak... pizza hut
eh... lapar lah pulak, mula ingat nak gi makan nasi campur jer kat mana-mana bazzar makan dekat dengan balai polis PJ tu.... jauh lah pulak dah tu sussah sangat nak dapat parkir kat situ...akhirnya semua sepakat nak makan kat pizza hut jer pasal keta memang dah dapat parkir kat situ sejak mula sampai tadi.... nampak macam ada offer 50% untuk "individual lunch meal" special for thursday camtu lah lebih kurang iklannya .... OK gak tu rasanya lagi murah dari "cost" lunch semalam..ngeeee...
pizza hut ..main door.
kami pun masuk, pilih tempat duduk dekat dengan dinding cermin sebelah tengah menghadap kedai sebelah... pelayan PH pun sampai bagi menu suruh tengok dulu dan tekan loceng bila dah deside nak order apa...
restoran seberang jalan tu... utk non-halal food..
pasal hari ni thursday kena ambik yg thursday nya lah...
kami pun deside "order thursday" nya set...air kami tak ambil yang "tropical fizz" tu macam mahal jer ... hehehe, kami order 1 jur "mountain drew" ... Ok lah tu boleh tambah , kalau ambik individual habis kena oder lain lah..huhuhu..
sekejap jer minuman dah sampai.., baru sekali sedut dah sampai pula pizza tu...apa nak kira baca basmallah terus menikmatinya....mmmmm... boleh tahan...tapi tu lah nak komen sikit mentang-mentang discount 50 % saiz pun macam tu juga...tapi dah order kan bagi clear jer laa...
mountain drew 1 jur boleh tambah lagi...hehehehe
ini lah dia individual pan pizza....kecik laa
( macamlah aku ni selalu makan benda ni) hahahaha
macam tak puas hati gak ...tapi macam biasa habis licin tinggal pinggan,pan, garpu dan sudu....hehehe... "mountain drew" satu jur pun licin tak bersisa...hahaha..semua dah selesai apa lagi gi kaunter bayar ler dah nak dekat pukul 2.00 ptg ni kang lewat pula sampai office....hehehe
tu lah dia yang di order....yum-yum..sodap...
licin.........tak bersisa beb......
....tu lah dia cerita jalan-jalan cari makan kami untuk lunch bagi 2 hari lepas, sekali-sekali boleh lah tapi kalau selalu boleh lari budget tu... sekali sebulan Ok lah tu...ubah-ubah lunch menu ...hehehehe...
Ok lah sampai sini dulu catatan pengalaman ...jumpa lagi lain catatan....
Layannnnnnnnnnnnnnnnnn
Khamis, 24 Mac 2011
Medan Ikan Bakar Permu-Umbai, Melaka
Selepas mandi dan bersolat kami pun mula bergerak dari Pemaisuri de` Lisbon Hotel ke Permu-Umbai pukul 8.00 mlm.... kena on kan GPS...tapi menurut pekerja Hotel tu dekat jer dari situ lebih kurang 10 KM...tapi al-maklum jer la malam susah nak nampak "trademark" nak kesana...atas rasa lapar dan dah sampai ke Melaka ni terutamanya Bandar Hilir macam tak sah pulak tak kesana.
Sebaik saja kami sampai ke simpang keluar ke arah Umbai hujan dah pun turun agak lebat.....susah juga la nak memandu dalam hujan diatas jalan yang kita tak biasa tambahan pula hari malam...jadi sekarang ni hanya bertawakal pada Allah dan usaha aku ialah mengikut jer arahan GPS yg menunjukkan jalan ke Umbai tu.
Akhirnya sampai juga ke simpang masuk ke Medan Ikan Bakar Permu-Umbai tu....ramai pengunjungnya, lama juga aku berpusing-pusing mendapatkan pakir...pakirnya dikenakan bayaran RM 1 per entry ...kalau tak silap...akhirnya dapat juga aku rezeki satu petak kebetulan sebuah kereta berdekatan kereta aku keluar dari pakir tersebut....depan dan belakang aku kereta lain beratur panjang mencari pakir..... makin malam makin banyak kereta masuk pastinya makin ramai pengunjung....
Ramai pengunjung disini datang dari Negara Jiran Singapura dan Negeri Johor, tak kurang jugak dari KL, Selangor dan Negeri Sembilan juga warga tempatan Melaka.
Terdapat 10 Gerai Ikan Bakar dan semua gerai menyediakan hidangan yang lebih kurang sama. Kami telah memilih Gerai yang pertama bernama D`Muara Ikan Bakar.... disini terdapat lebih banyak pilihan ikan dan makanan laut , kita juga boleh memesan makanan lain seperti nasi goreng, mee goreng, tom yam dan macam-macam lagi.
Kebanyakan pengunjung kesini adalah untuk menikmati ikan bakar dan makanan laut yg lain, kebiasaannya dimakan bersama nasi lemak bungkus.
Sementara menunggu pesanan siap kami dihidangkan dengan otak-otak dan jelly kelapa....sedap rasanya , anak bongsu saya makan 8 keping otak-otak dari sepuluh yang dihidangkan....memang lebih sedap jika dibandingkan dengan yang dimakan di Tangkak siang tadi...
Kami telah memilih 2 ekor ikan kerapu , seekor dimasak masam manis dan seekor lagi dimasak 3 rasa, sotong goreng tepong, kerabu sotong, tom yam campur, kailan ikan masin dan sup cendawan...disini ikannya lebih segar dan besar-besar jika dibandingkan dengan yang pernah kami pesan di Port Dikson satu masa dulu....harganya pun lebih murah dan berpatutan.
Selepas selesai menjamu selera sempat kami berjalan-jalan sambil "window shoping" di sekitar kawasan tersebut yang mana terdapat beberapa gerai menjual barang-barang kraftangan dan makanan ringan serta makanan tradisional.
Tidak jauh dari gerai-gerai tersebut terdapat penjaja berangan goreng yang nampak sedap juga. Setelah lebih kurang 30 minit kami disitu , kami pun berangkat pulang ke Hotel, kerana esok perlu ke Muar untuk menghadiri jemputan kenduri perkahwinan adik jiran kami.
Kami sampai ke Hotel lebih kurang 30 minit kemudian, sebelum naik ke bilik sempat sekejap kami berjalan-jalan menikmati keindahan permandangan malam di sekitar Hotel tersebut.
Sekian catatan untuk kali ini...jumpa lagi dilain catatan....
Layannnnnnnnnn.....
Ahad, 6 Februari 2011
Makan kat Medan Ikan Bakar Port Dickson
Malam Tahun Baru Cina tuari teringin pulak nak gi santai kat PD...sambil tu ambil kesempatan makan ikan bakar "fresh" kat Medan Ikan Bakar Port Dickson .... Ianya terletak di pinggir Bandar Port Dikson selepas pekan Lukut.
Kami sekeluarga dan kakak ipar bertolak dari Seremban Selatan lebih kurang pukul 6.00 petang, melalui lebuhraya PLUS dan keluar ke susur PD dan menggunakan Lebuhraya ke PD. Petang tu agak sesak juga bagi menggelakkan lebih banyak masa, saya telah memilih untuk keluar ke susur Lukut.
Lebih kurang pukul 6.30 petang kami telah melepasi susur Lukut dan aliran trafik agak lancar dan kami melepasi pekan Lukut dalam masa 30 minit dan menggambil susur kanan ke arah Bandar Port Dickson melalui jalan pantai iaitu simpang selepas Glory Beach Resort.
Selepas melalui Pusat Penapis Minyak dan Gas Shell maka kami pun sampai di Medan Ikan Bakar tu...pengunjung pun belum lagi ramai.
Hari pun dikala itu sudah mulai senja dan pemandangan di ketika itu sungguh Indah sekali sambil melihat matahari terbenam... selepas meletakkan kereta di kawasan pakir di hadapan Medan Ikan Bakar tersebut... kami terus mengambil tempat duduk di dalam Medan Ikan Bakar tersebut.
Disini terdapat dua ketegori medan makan .... yang menghadap laut "sea view" adalah lebih eksklusif pastinya kos lebih tinggi...yg tidak menghadap laut harganya agak lebih fleksibel dan mampu beli...
Kami telah memilih untuk mencuba di Medan yang harganya lebih fleksibel.
Setelah menggambil meja , kami pun memilih ikan yang hendak dimakan dan cara ianya dimasak...setelah memilih ikan dan tawar menawar dengan pelayan medan tersebut kami membuat pesanan sampingan..... kami telah memilih seekor kerapu beratnya 550 gram yang dimasak tiga rasa, seekor siakap yang beratnya 550 gram yang dimasak stim serta dua ekor ikan cencaru yang dibakar. Ikannya memang segar dan baru ditangkap nelayan disitu.
Ikan Kerapu dan Siakap dikira RM 4.50/100gram, manakala Ikan Cencaru dikira RM 2.00/100gram.
Kami juga memesan mee lakna, nasi putih, kangkung belacan, tomyam campur dan sup sayur.
Memang sedap makanan disini .... dan malam itu kami berbelanja RM 80++ untuk makanan tersebut...memang puas dan harganya yang berpatutan.
Malam tu memang ramai pengunjung ke Medan tersebut kerana semasa kami hendak keluar dari kawasan pakir terdapat barisan kenderaan menunggu untuk pakir disitu..Disini juga disediakan kemudahan tandas awam, cuma tiada kemudahan surau ..... sebelum balik sempat kami ber"posing" kat sekitar Medan tersebut.
Jumpa lagi dilain coretan.....
Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.......
Khamis, 25 November 2010
SANTAI KAT RESTORAN AL RAWSHA...... MAKANAN ARAB SOKMO...
Hari ni sembang pasal Santai kat Restoran Al Rawsha pula... Restoran ni teletak berdekatan dengan bulatan Kg Pandan, Kuala Lumpur... mudah nak kesana taklah berbelit sangat jalannya. Restoran ni pun terletak betul-betul tepi jalan sebelum sampai kat bulatan Kg Pandan tu dari arah Airport TUDM tu.
Senang nampak dan bangunan nya memang berlainan dari bangunan lain yang berdekatan nampak macam istana bata pasir 2 tingkat... warna putih.
Kat sini parking lot berlambak, tapi kalau lewat sgt penuh juga , almaklum laa KL kan bukan seribu dua umatnya.... tambahan "lunch hours" pulak ... tapi masa kita org sampai tu masih OK kira setengah parking lot tu dan terisi...
Lepas jer parking keta terus masuk dalam istana putih ni.... bila melangkah masuk jer terselah ala kearaban nya suasana dalaman nya... macam masuk masjid pun ada gak gayanya... yer laa restoran arablah katakan..
Pelayannya pun aku tengok cam arab jer sokmo .... tapi ada juga orang tempatan dan orang Indonesia pun ada yang bekerja disini.
Memang cantik suasana dalamannya meja makannya pun banyak dan ada ruang berhawa dingin untuk suasana lebih class...
Disini juga disediakan sebuah bilik sebagai play ground untuk kanak-kanak..... macam kat Mc D atau KFC...
Lepas jenguk apa yang patut .... pilih table mana nak dok santai sambil lunch... byk sgt susah nak pilih yang mana satu.... pilih nyer pilih kita org dok kat satu sudut tu.... tunggu pelayan restoran datang bawak menu...
Menu pun sampai selak satu satu tengok nak pilih yang mana...... mmmmm.... boleh tahan gak byknya menu nya... harga pun... masyaallah leh tahan...
mmmm..... nak pilih yg mana ni...
last pilih nasi ayam mandy ( bunyinya macam mandi jer..... hehehehe) aku memang tak pernah makan nasi mandy ni lagi, dengar khabar nya enak sungguh...tengok laa nanti.
Disini aku citer sikit laa pasal Restoran Al Rawsha ni macam tuan punya restoran ni nyatakan dalam buku menu dia...
"A history of the Rawsha......... our restaurant is named after the famous legendary rock in Beirut Lebanon, The cliff overlooking the rock is famous for its restaurants, which serves exquisite Lebanese cuisines, it`s with that in mind we are serving you irresistible Middle Eastern cuisines. We give you a taste of Middle Eastern dinning and we are sure that you will find the food here most exquisitely Middle Eastern........"
lebih kurang gitu laa tuanpunya restoran ni citer kat belakang buku menu dia tu....
.....lebihkurang 10 minit lepas tu nasi ayam mandy yg dipesan pun sampai ..... mmmmm... memang nampak lazat dan boleh tahan banyaknya... mau dekat 5 sendok besar nasi tu bersama setengah ekor ayam.... nasinya pun beras special panjang-panjang dan kasar-kasar butirnya..... tapi lembut nasi tu dan kering...
...... apa nak tunggu lagi doa makan lepas tu "basmalah.." terus start menikmati hidangan...
RM 20 ni sepinggan..... kira berbaloi jugak laa byk tu nasik ngan ayam tu...mengahh..nak mengabiskan..
kalau nasi kambing mandy RM 25 .... banyak gak nasi dan kambingnya...
... perkena pulak ngan "" lemon ais tea"satu gelas besar.... fuhhh.... rasa macam tak leh bangun beb... mengah sungguh.... Ok laa kalau nak sesekali makan makanan yang berlainan dari biasa bersama keluarga atau kawan-kawan....
Restoran ni pun dibuka 24 jam....(org sini memang kuat makan ..heheheheh..)
Di sini pun diaorg ada jual cendrahati kalau berminat leh laa beli buat kenang kenangan ..... arab nye cenderahati...
Makan pun sudah minum pun sudah ... .
berundur dulu laa.....
jumpa lagi dilain coretan...
Layannnnnnnnnnnnnnnnnnn......

Langgan:
Ulasan (Atom)