Khamis, 24 Mac 2011

Medan Ikan Bakar Permu-Umbai, Melaka


Selepas mandi dan bersolat kami pun mula bergerak dari Pemaisuri de` Lisbon Hotel ke Permu-Umbai pukul 8.00 mlm.... kena on kan GPS...tapi menurut pekerja Hotel tu dekat jer dari situ lebih kurang 10 KM...tapi al-maklum jer la malam susah nak nampak "trademark" nak kesana...atas rasa lapar dan dah sampai ke Melaka ni terutamanya Bandar Hilir macam tak sah pulak tak kesana.

Sebaik saja kami sampai ke simpang keluar ke arah Umbai hujan dah pun turun agak lebat.....susah juga la nak memandu dalam hujan diatas jalan yang kita tak biasa tambahan pula hari malam...jadi sekarang ni hanya bertawakal pada Allah dan usaha aku ialah mengikut jer arahan GPS yg menunjukkan jalan ke Umbai tu.

Akhirnya sampai juga ke simpang masuk ke Medan Ikan Bakar Permu-Umbai tu....ramai pengunjungnya, lama juga aku berpusing-pusing mendapatkan pakir...pakirnya dikenakan bayaran RM 1 per entry ...kalau tak silap...akhirnya dapat juga aku rezeki satu petak kebetulan sebuah kereta berdekatan kereta aku keluar dari pakir tersebut....depan dan belakang aku kereta lain beratur panjang mencari pakir..... makin malam makin banyak kereta masuk pastinya makin ramai pengunjung....



Ramai pengunjung disini datang dari Negara Jiran Singapura dan Negeri Johor, tak kurang jugak dari KL, Selangor dan Negeri Sembilan juga warga tempatan Melaka.
Terdapat 10 Gerai Ikan Bakar dan semua gerai menyediakan hidangan yang lebih kurang sama. Kami telah memilih Gerai yang pertama bernama D`Muara Ikan Bakar.... disini terdapat lebih banyak pilihan ikan dan makanan laut , kita juga boleh memesan makanan lain seperti nasi goreng, mee goreng, tom yam dan macam-macam lagi.

Kebanyakan pengunjung kesini adalah untuk menikmati ikan bakar dan makanan laut yg lain, kebiasaannya dimakan bersama nasi lemak bungkus.

Sementara menunggu pesanan siap kami dihidangkan dengan otak-otak dan jelly kelapa....sedap rasanya , anak bongsu saya makan 8 keping otak-otak dari sepuluh yang dihidangkan....memang lebih sedap jika dibandingkan dengan yang dimakan di Tangkak siang tadi...


Kami telah memilih 2 ekor ikan kerapu , seekor dimasak masam manis dan seekor lagi dimasak 3 rasa, sotong goreng tepong, kerabu sotong, tom yam campur, kailan ikan masin dan sup cendawan...disini ikannya lebih segar dan besar-besar jika dibandingkan dengan yang pernah kami pesan di Port Dikson satu masa dulu....harganya pun lebih murah dan berpatutan.


Selepas selesai menjamu selera   sempat kami berjalan-jalan sambil "window shoping" di sekitar kawasan tersebut yang mana terdapat beberapa gerai menjual barang-barang kraftangan dan makanan ringan serta makanan tradisional.



Tidak jauh dari  gerai-gerai  tersebut terdapat penjaja berangan goreng yang nampak sedap juga. Setelah lebih kurang 30 minit kami disitu , kami pun berangkat pulang ke Hotel, kerana esok perlu ke Muar untuk menghadiri jemputan kenduri perkahwinan adik jiran kami.


Kami sampai ke Hotel lebih kurang 30 minit kemudian, sebelum naik ke bilik sempat sekejap kami berjalan-jalan menikmati keindahan permandangan malam di sekitar Hotel tersebut.


Sekian catatan untuk kali ini...jumpa lagi dilain catatan....
Layannnnnnnnnn.....



6 ulasan:

  1. Yum yum sodapnya.. Macam best je tempat ni.. nantilah satu hari aku sampai ke sana..

    BalasPadam
  2. sampai jangan tak sampai...lagi murah dari kat PD tu....

    BalasPadam
  3. pagi-pagi membaca catatan dan gambar2 awak, terasa segar badan.
    saya pernah makan ikan bakar di umbai kalau tak silap .. medan ikan bakar terapung. bukanlah terapung betul, cuma bangunan itu menjulur ke laut. banyak kedai dalam kompleks itu !

    BalasPadam
  4. Salam Tuan..
    Terima Kasih Tuan...
    saya pergi malam tak perasan pulak komplek tu terapung...hehehe..
    teringatkan ikan dan hasil laut yg segar tu jer....

    BalasPadam
  5. salam...penah datang makan sini...tapi makan tak puas, sebab anak nak main...so kena jaga dia...hhehhee

    BalasPadam
  6. Salam Fadzli...

    Tak per... besar lagi sikit diaorg sok leh pergi lagi....mesti dia org sibuk dok makan kat meja makan..... masa tu......
    bapak laa kena jaga " poket " pulak....hehehehehe

    BalasPadam