Isnin, 8 Jun 2015

Surabaya Jumpa lagi next time...


Setelah selesai makan tengahari di Wong Solo ni dan bersolat jamak qasar kami pun menyambung semula perjalanan pulang ke Surabaya....agak jauh juga perjalanannya, sepanjang jalan hujan dan sejuk membuatkan aku lena kerana keletihan pagi tadi dan kekenyang selepas "lunch" di Wong Solo tu.
sedar-sedar mobil kami telah pun memasuki Sidoarjo dan bergerak terus ke pusat bandar Surabaya, berpusing beberapakali di laluan yang sama akhirnya mobil kami sampai ke Hotel Shariah Walan,Sidoarjo....Mas Nizam  memilih hotel ini kerana berhampiran berhampiran dengan Bandara Juanda , jadi mudah untuk perjalanan pulang kerana dikuatiri "macet Banget" tika waktu mau pulang ke Bandara Juanda nanti...


Add caption
Ok gak hotelnya, lebih murah bagi kami amat selesa , ala appartment 2 bilik, ada ruang tamu, 2 bilik tidur dan dapur, nak berenternet pergi jer ke lobi line clear...Hotel kepunyaan muslim dan pekerja rasa saya semuanya muslim, kami menetap disini 2 hari disini.
dua hari tu kami browse kotaraya Surabaya mencari cenderahati untuk dibawa pulang, saya mencari beberapa helai telekung yang dipesan isteri dan serba sedikit cenderahati utk teman rapat.

Toko kami memebeli cendrahati

Hotel hari pertam kita menetap

Gerbang ke Masjid Laksamana Cheng Ho
 
 
pemadangan dari depan Pasaraya Di Surabaya


Masjid Nasional AL-AKbar Surabaya
 Hujan lebat sangat tak ddapat nak turun untuk melihat Masjid Nasional AL-Akbar Surabaya lebih dekat lagi, hanya sekadar memerhati dari dalam mobil , akhirnya kami berlalu untuk keluar semua ke jalan Utama, terpaksa mengharung banjir kilat disitu....meras juga banjir di Surabaya....hehehe

Banjir kilat

Banjir kilat
Keesokan pagi nya selepas solat suboh kami ke lobi melayar enternet sebentar dan dalam sekitar pukul 8:00 pagi kami sarapan pagi di dewan makan hotel, selepaas sarapan kami pun bersiap dengan laguage masing-masing untuk ke Bandara Juanda untuk berangkat pulang ketanah air menaiki penerbangan pukul 12:00 tengahari waktu JATIM .... Selamat tinggal JATIM jumpa lagi lain masa...semuga perjalanan kami selesa dan selamat In Shaa Allah...

 
 
 
 
Bandara Juanda, JATIM

Kami tiba ke KLIA2 lebih kurang pukul 4:00 petang waktu Malaysia, collect luggages dan solat jamak qasar di terminal KLIA2 . Alhamdulillah selamat mendarat dan selamat kembali ke tanahair walaupun sepanjang penerbangan cuaca agak tak bebrapa baik, saya tidak dpt tidur sepincing pun tambahan pula sebulan yang lalu dilaluan yang sama pesawat QZ dari syarikat yang sama terhempas di perantaraan lalauan ini ke Singapura.

KLIA2
 Sekian Catatan perjalan kami ke JATIM ( Surabaya-Malang-Bromo-Surabaya ), semuga berkesempatan lagi kesana dengan pengembaraan ke distinasi yang berlainan pula... In Shaa Allah

Sekian, jumpa lagi
Layannnnnnnnnnnnnn.....




Khamis, 4 Jun 2015

Selamat Tinggal Bromo


Selepas selesai breakfast terus ke bilik mandi dan bersiap siap untuk check out pada 12:00 tengahari...sementara menunggu check out sempat mengambil gambar di sekitar Lodge yang kami menginap...rupa nya dari sini nampak jelas pemandangan Bromo National Park ini keseluruhannya.

Baru balik dari breakfast kat cafe bawah tu.
Cuaca nyaman pagi ni walau pun cuaca cerah tapi bila redup saja akan ada kabus yang tebal di persekitaran Lava Lodge ni...so jadi nyaman dan dingin...kawasan ini ditanam banyak pokok bunga yang bunga nya seakan loceng...sdg berbunga dengan banyaknya mungkin musim ianya berbunga..

Berkabus bila cuaca redup..
Banyak bunga loceng di tanam disini

Selepas check out pukul 12:00 tengahari .... kami pun bergerak meninggalkan Lava Lodge untuk pulang ke Surabaya...selamat tinggal Bromo...
Sepanjang perjalanan turun kelihatan aktiviti pertanian yang luas dan banyak sekali, tanaman utamanya ialah sayur-sayuran seperti Kobis, Kucai, bawang dan jagung...padi pun ada ditanah disini pada sawah yang berbentuk teres.

sayur sayur dilereng bumi

Ladang Sayuran Di Lereng bukit









Disini Industri Pertanian juga dijadikan sebagai penyumbang kepada sektor pelancongan.


sepajang perjalanan turun pemandangan ladang sayuran luas terbentang di lereng-lereng bukit, menurut supir kami komuniti disini memang telah menduduki wilayah ini sejak dahu lagi...dan majoriti penduduknya adalah petani dan yang terlibat dengan industri wisata.
 
Dalam pejalanan turun kepersimpangan jalan utama, supir kami mencadangkan kami singgah untuk melihat air terjun unik di Madakaripura , dimana menurut beliau airterjun nya seperti kabus atau air hujan yang halus...jauh juga dari persimpangan jalan utama itu untuk ke Madakaripura.
 
Sewaktu sampai kesitu hujan mulai turun rintik rintik jadi kami segera untuk naik keatas ke aiterjun tersebut secepat mungkin kerana dikuatiri jika hujan turun lebat mungkin kajadian air aliran besar akan terjadi dan akan mengundang padah...
 
Tugu Madakaripura
Menurut penunjuk jalan yang disediakan berkata di kawasan airterjun ini dulu pernah salah seorang dari Wali Sembilan yang terkenal di Nusantara ini berkhalwat ( bersunyi-sunyian dgn berzikir) di sebuah gua di bawah air terjun tersebut dan situ terdapat beberapa telaga yang airnya mujarab untuk menyembuhkan berbagai penyakit kalau diminum airnya....waullahua'lam....aku pun tak dapat nak mengeSAHkan kebenarannya...apabila sampai di kawasan air terjun pertama hujan sudah mulai turun lebat...jadi saya membatalkan niat untuk meneruskan perjalanan ke air terjun utama kerana khuatir air besar akan melanda kawasan tersebut.


air terjun di belakang.























Air terjun 1 stage
bila hujan mulai berhenti saya mulai bergerak turun kebawah semula dimana Mobil kami di Pakir dan kos bagi pemandu 100K IRp. agak mahal juga...pada hal kalau jalan sendiri tanpa beliau pun boleh bias biasa jer trek nya...kerana kawasan ini di bwh kawalan mereka terpaksa jugalah menggunakan perkhidmatan mereka, jika mengikut istilah supir kamia diaorg ni "mafia"....hehehehe. 
 
 
 
Kami pun mula bererak turun ke laluan utama untuk kembali ke Surabaya....hujan masih lagi turun aku yang keletihan telah tertidor didalam mobil sejak iannya bergerak masuk ke laluan utama...sedar sedar sudah sampai di Ayam Bakar Wong Solo untuk makan tengahari  dan berhenti untuk solat...
 
Sekian untuk kali ini, jumpa lagi dilain catatan ...In Shaa Allah..
Layannnnnn.....