Khamis, 18 Februari 2016

PPBGL - Jelebu N.Sembilan


Assalamualaikum teman-teman... lama sudah saya menyepi ..... kini saya telah berpindah ke daerah kelahiran ku untuk berbakti disini pula...

Baru sekarang dapat mencoret untuk en3 bagi tahun ini kerana kekangan tugas yang agak ketat dan perlu belajar benda benda baru disini...

Saya telah berpindah ke cawangan Jelebu, Negeri ni mulai 1 dec 2015 lepas , hampir 3 bulan berada disini byk juga perkara yang perlu dibuat dan di jagai ... walaupun hanya 1/3 dari kawasan keseluruhan nya yang baru dibuka dan diusahakan .... namun punya cabaran yang besar juga untuk mengendali dan memajukan nya....

Punya complex pentadbiran, makmal,café dan penginapan....kawasan ladang punya dua kandang kambing bagi dua jenis kambing yang berbeza iaitu Barbados dan Germasia.... 12 petak kawasan pembiakan dan penyelidikan ayam kampong hybrid dan 2 blok blok kajian ikan air tawar.




Disini terdapat juga complex kajian cendawan, terkini sedang menjalankan kajian atas pembiakan cendawan kukur dan black jelly mushroom...kedua-dua cendawan tersebut memberikan keputusan yang positif dan boleh dibiakkan secara besar-besaran serta mendapat permintaan yang tinggi terutamanya dari negeri Johor dan Negara Singapura..... ini kerana ianya berbeza dari yang diusahakan oleh negeri Thai, disini ianya dibiakkan secara semula jadi dan organic serta tidak menggunakan bahan kimia atau horman lain.




Disini juga terdapat dua buah tasik yang agak luas berhampiran complex pentadbiran dan didiami oleh lebih 23 jenis spisis ikan air tawar.....tanpa mengganggu specis yang telah sedia ujud di tasik ini , kami juga menbuat penyelidikan keatas pembiakan ikan dalam sangkar.



sebagai pilot projek bagi penyelidikan ikan dalam sangkar ikan ini , kami membina 2 sangkar ikan berkembar bersama platform operasinya.... kini terdapat lebih kurang seratus ikan talapia merah dalam sangkar percubaan kami ini.



Disini juga terdapat penyelidikan keatas perbagai jenis Baja compos yang sesuai bagi tanaman jagung. Juga penyelidikan keatas padi huma dan kajian keatas tanaman nanas.

Sekian saja buat kali ini...jumpa lagi dilain en3...

layannnnnnn....

2 ulasan:

  1. Selamat bertugas di tempat baru... sampai pencen agaknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah....waullahua`lam....syukor dan sabar...

      Padam