Ahad, 21 Ogos 2011

Umrah dan Ziarah Jun 2011 - Bah 14 (Akhir)







Kami tiba ke KAIA lebihkurang pukul 3.00 pagi setelah terlewat bergerak dari Kota Makkah AL-Mukarram atas sebab yang tak dapat dielakkan..... al-maklum jer lah masing-masing sedih nak meninggalkan Tanah Suci ini dan luggage masing-masing bertambah satu kali ganda dibandingkan dengan masa baru sampai dulu...

Namun bagitu kami masih lagi awal sampai ke KAIA kerana pesawat kami dijadualkan berlepas dari Jeddah pukul 7.15 pagi, namun pagi itu terdapat sedikit kelewatan kerana kami baru saja dimaklumkan oleh wakil Syarikat penerbangan BIMAN bahawa pesawat mereka tidak dapat berlepas dari Dakka mengikut jadual atas masalah cuaca - hujan lebat di Dakka yang menafikan jadual penerbangan BIMAN yang telah dijadualkan sampai pada 5.00 pagi waktu Jeddah.

Selepas menunaikan solat subuh yang masuk pada pukul 4.11 pagi di Jeddah, kami telah dimaklumkan oleh Syarikat BIMAN pesawat kami delay sehingga pukul 10 malam nanti dan Syarikat menyediakan Hotel di Jeddah untuk kami berehat sehingga menunggu ketibaan pesawat tersebut yang dijadualkan mendarat pada pukul 9.15 malam waktu Jeddah ...dan kami akan berada di Jeddah lebihkurang 20 jam.

bas yang akan membawa kami ke Hotel Al Riyard utk berehat sementara

lori - utk punggah brg-brg kami ke Hotel

 Kami dibawa ke Bandar Jeddah yg terletak agak jauh kerana kami menaiki selama 1 jam untuk sampai kesana, di dalam perjalanan ke Jeddah bas kami puncit tayarnya dan diganti dengan bas yg lain...Alhamdulillah ... barang-barang kami di angkut dengan lori kalau tak terpaksalah pulak memindahkan ke bas gantian.

Sesampai ke Hotel kami terus check-in dan memasuki bilik masing-masing.... saya mengambil kesempatan untuk mandi dan selepa itu melelapkan mata sekejap.... pukul 9.00 pagi kami disediakan sarapan pagi berupa nasi lemak ala arab dan buah-buahan seta minuman panas dan sejuk. 


Hotel AL-RIyard - Jeddah


Selepas solat Jamak Zuhor Asar kami dihidangkan makan tengahari yang dimakan bersama roti pita berinti sardin, sedap juga makanan yang disediakan, minuman panas dan sejuk serta air bikarbonat "Pepsi" disediakan... mungkin kerana kelaparan masing-masing makan dengan berselera.... Alhamdulillah masih ada rezeki untuk hari ini untuk di makan..


hidangan tengahari tanpa kuah - diaorg ni memang tak makan nasi dengan kuah.

sementara menunggu bas yang dijadualkan tiba pukul 4.00 petang kami semua berkumpul di lobi hotel memeriksa barang-barang masing-masing , dan membaiki mana-mana kotak yang rosak dan bilangan air zam-zam yang mencukupi.



 Bas sampai seperti dijanjikan dan kami bergerak ke KAIA lebih kurang 30 minit kemudian dan sampai ke sana 1 jam kemudian dan mula memunggah barang-barang secara bergotong royong kerana "charge" yang dikenakan oleh buruh utk mengangkat barang-barang kami sgt mahal.


Pukul 6.00 petang kami mula "check-in" dan menguruskan segala urusan luggage dan passport....dan kami menunggu di sebuah dewan menunggu yg disediakan, selepas bersolat jamak magrib isyak kami diberitahu bahawa akan kepesawat dalam masa terdekat dan di minta bersedia...

Pukul 9.30 malam kami diarah kan ke pesawat BIMAN yang telah bersedia untuk berlepas pada pukul 10.30 malam.... dan kami melihat puas-puas tanah ini kerana kami akan berlepas pulang sebentar lagi...doa kami hanya mahu kesini lain dilain kali bagi mendapatkan ke redhoan NYA dan menziarah Rasulullah saw.


10.30 malam pesawat yang kami naiki berlepas dari KAIA menuju ke Dakka hanya lambaian dari kami untuk tanah bertuah ini, tanah tempat kelahiran para anbia... semuga kau terima kami lagi ya Allah untuk menziarah kekasih MU dan rumah Mu baitulil haram.....

Selepas terbang selama 5 jam lebih , pesawat yang kami naiki akhirnya mendarat dengan selamat di Dakka, jika mengikut jadual asalnya pakej umrah ini kami perlu transit disini lebih kurang 3-4 jamsebelum terbang semula dengan pesawat lain ke KLIA..... setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, kita merancang...Allah pun merancang tapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita...... delay 20 jam di Jeddah telah Allah gantikan dengan .....
: pertama tanpa transit di Dakka ... kerana sebaik saja kami tiba di Dakka pukul 7.30 pagi kami telah diarahkan menaiki pesawat yang akan berlepas ke KLIA dalam masa terdekat.                                    
: keduanya kami dapat menaiki penerbangan siang ke KLIA yang mana penerbangan siang pastinya tambang yang berbeza jika dibandingkan dengan penerbangan tengahmalam.
...apa pun kami semua redho dengan perancangan dan ketetapan Allah itu... ampunkan lah kami ya Allah jika ada dalam hati kami rasa kesal dan kecewa atas segala ketetapan MU ya Allah.




Pesawat BIMAN yang kami naiki selamat mendarat di KLIA pukul 3.00 petang setelah mengharungi penerbangan sepanjang 4 jam dari Dakka....seperti masa berlepas dahulu kami ke terminal satelite dan  kemudian ke terminal utama untuk urusan luggages dan imigresen.



Selepas urusan luggages selesai aku ke surau KLIA untuk tunaikan solat jamak asar dan zuhor serta mengganti solat suboh yang tak sempat haendak ditunaikan semasa penerbangan dari Jeddah ke Dakka dan Dakka ke KLIA.

Pukul 5.00 adik ipar dan adik ku tibadari Putrajaya membawa kereta aku yang ditinggalkan dirumahnya sewaktu kami hendak menunaikan Umrah dan Ziarah pada 31 Mei 2011 yang lepas, terima kasih banyak-banyak atas bantuan mereka dan semua yang terlibat dalam urusan Umrah dan Ziarah kami ini. mudah-mudahan kami mendapat Umrah yang mabrur....InsyaAllah....aaminnn..

Kami tiba dirumah sebelum magrib dan sebelum itu aku singgah sebentar di surau berdekatan rumah kami utk menunaikan solat sunat selepas selesai bermusafir dan mendoakan kebaikan untuk semua disini....aaminnn.

Sekian catatan perjalanan "Umrah danZiarah Jun 2011" sehingga berjumpa lagi di catatan lain..Insyaallah.
wabillahitaufik walhidayah


4 ulasan:

  1. Salam Man,

    Rekod tu sampai 14 posting, boleh buat buku. Namun semuanya dapat memberi panduan terutamanya kepada orang baru pertama kali hendak ke sana...

    BalasPadam
  2. alaikum salam mie,

    Alhamdulillah....nak buat buku tu tak cukup episode ...hehehehe.... lagipun nak kena cukup fakta..

    Insyaallah...harapan aku catatan aku tu dapat membantu serba sedikit bagi jemaah umrah kali petama...

    BalasPadam
  3. saya blm pernah ke sana. catatan ni selain boleh jd panduan kpd saya, ia jugak merupakan suatu perkongsian pengalaman.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Ujie..,

    Insyaallah sampai masanya akan sampai jua ujie kesana nanti...aaminnn..

    memang saya berharap catatan pengalaman ini boleh dikongsi bersama semua pembaca blog saya..

    Salam Ramadhan Al mubarak, ramadhan kariem...

    BalasPadam