sungguh tenang bila duduk beribadat di depan Kaabah , Masjidil Haram.
Selama di Makkah Al- Mukaramah, aktiviti dipenuhi dengan aktiviti melaksanakan ibadah umrah, pada hari pertama di Makkah Al Mukarramah kami tak kemana-mana berehat dan petangnya ke kedai berdekatan Hotel kediamamn kami.
Kawasan berdekatan Hotel adalah kawasan perniagaan yang di monopoli oleh peniaga berbangsa bangladesh dan peniagaan yang besar di miliki oleh orang arab setempat tetapi operasi pengendaliannya dijalankan oleh orang bangladesh dan orang mesir.
pekan sekitar hotel kediaman di Makkah Al-Mukaramah
Pada hari keduanya kami pergi menziarahi keluar dari Kota Mekah, seperti biasa selepas sarapan pagi kami semua diminta bersedia untuk menaiki bas pukul 6.30 pagi, setelah semuanya bersedia kami bertolak dari Hotel Asia Palace ke distinasi yang akan diziarahi...
Distinasi pertama yang kami lawati dan ziarahi ialah bukit Thur , mengikut riawayatnya bahawa Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar As - Sidik bersembunyi di dalam gua yang terletak dipuncak bukit Thur ini sewaktu Baginda Rasulullah s.a.w hijrah pertamanya ke Yastrib ( Madinnah Al-Munawarah ) bersama amirul mukminin r.a..selepas bersembunyi disini beberapa hari.... tetapi kami tak berpeluang ke gua tersebut kerana sdg dijalankan pembangunan di kaki bukit Thur tersebut.
Distinasi berikutnya kami ke Padang Araffah yang dibuka hanya 2 minggu setahun selepas itu ditutup rapat tanpa apa-apa aktiviti sehingga jemaah yang ingin menziarahinya sewaktu musim umrah juga tak di benarkan menziarahinya sekadar kawasan sekitar Jabar Rahmah sahaja yg lainnya hanya dilihat dari jauh.
Adalah dikisahkan bahawa Nabi Adam a.s dan Siti Hawa dipertemukan di sini selepas di keluarkan dari syuga dan diturunkan ke alam Dunia ini.... ada yang menyarankan disini sebaiknya mendoakan hal-hal berkenaan kasih sayang dan jodoh....allahualam...
aku juga tidak melepaskan peluang mendaki bukit ini hingga kepuncak walau pun kaki teramat lah sakit namun bagitu berjaya juga sampai ke puncaknya..... alang-alang dah sampai kesini..entah bila tahunnya dapat berkunjung kesini lagi.. Alhamdulillah.
berikutnya kami terus menuju Musdalifah..., yang mana pada musim haji jemaah haji mesti berada di kawasan ini walaupun hanya seminit mulai tengahmalam sehingga masuk waktu suboh, adalah lebih baik jika mereka kalau dapat bermalam disini.... kawasan ini juga merupakan kawasan dimana jemaah haji mengumpul anak batu (kelikir) yang akan digunakan semasa melontar di 3 jamratul nanti.
kemudian kami semua dibawa melawati Mina dan disini lah terdapatnya tempat melontar jamrah bagi jemaah haji , banyak penambahbaikan yang telah dibuat oleh kerajaan Arab Saudi bagi memberi keselesaan kepada jemaah haji dari seluruh dunia. .... perkhemahan jemaah dari Malaysia ditempatkan di sebalik bukit ini yang dikenali juga sebagai Mina 2.
setengah jam kemudian kami terus ke Ja`ranah bagi miqat kedua kami dalam mengerjakan ibadat umrah..., sesampainya disini kami pun bersiap mengenakan ihram yg dibawa sama semasa lawatan tadi dan menunaikan solat sunat ihram serta berniat umrah bagi melaksanakan ibadah umrah kami yg berikutnya... seslesai saja kami pun bertalbiah dan besiapsedia untuk pulang semula ke Masjidil Haram untuk perlaksanaan ibadah umrah...
setelah selesai kami terus pulang ke Kota Mekkah bagi melaksanakan ibadat umrah, sewaktu kami tiba di Masjidil Haram waktu solat zuhor sudah hampir dan kami terus ke dewan solat untuk menunaikan solat zuhor berjemaah bila-bila masa saja lagi.
setelah selesai solat aku dan isteri terus melaksanakan ibadat umrah kami dan selesai lebihkurang pukul 3.00 petang...
Sekian catatan buat kali ini sehingga berjumpa lagi di lain catatan...
wabilahitaufik walhidah
Bila la agaknya dapat ke sini lagi...
BalasPadamKalau dapat gi dlm bulan Ramadan tentu lebih berkat...
membaca catatan ini terus kerinduan pada kota ini membara..
BalasPadamsaya baru sahaja ke sini awal ramadhan yang lalu..
Assalamualaikum mie...,
BalasPadamInsyaallah akan diberi peluang lagi oleh Allah .... aku pun teramatlah teringin dan rindu hendak kesana lagi..
umrah pada ramadhan memang dituntut Rsulullah s.a.w dan sudah tentu besar ganjarannya...
Assalamualaikum axim..,
BalasPadammemang kerinduan dan keinginan kesana tak pernah padam malahan tambah menbara...memang teramat rindu walaupun sudah 2 bulan berlalu kenangan disana..