bulan yang semakin mengecil menandakan ramadhan semakin ke penghujung.
Sudah sepertiga bulan Ramadhan Al-Mubarak berlalu meninggalkan aku, semakin ber erti setiap malam yang mendatang yang semakin menghampiran Aid fitri, semakin tinggi nilainya disisi Allah swt dan telah disediakan NYA bermacam-macam peluang dan kelebihan yang akan dapat dimiliki hamba-hamba NYA yang bertakwa.
Di manakah diri ku ini dan dimanakah kedudukan diri ku kini adakah sebagai pemain atau penonton dalam menghadapi Akedemik Ramadhan ini, andai aku hanya sebagai penonton maka alangkah malangnya aku kerana tidak mendapat tawaran-tawaran hebat yang telah Allah sediakan untuk semua hamba-hamba NYA.
.... yang mana pada sepertiga yang pertamanya Allah telah menyediakan kerahmatan NYA untuk kita dan sepertiga berikutnya Allah sediakan Magfirah NYA yang amat-amat kita perlukan ialah pembebasan dari api neraka tambahan pula kita ini hanya insan kecil bergelumang silap dan salah serta dosa yang tiada siapa yang dapat mengampunkan melainkan DIA.
... dan pencarian yang amat-amat kita semua dambakan pada ramadhan Al-mubarak ini ialah pelepasan dari api neraka itulah kemuncaknya pengabdian kita kepada yang maha pencipta kerana belum pasti Ramdhan akan datang kita bertemu lagi dengannya.....berdoalah supaya diberikan lagi peluang untuk merebut semua tawaran yang Allah sediakan sepanjang Ramadhan yang mendatang.
Andai kata aku ini adalah pemain dalam pencarian dan pengejaran kepada ganjaran tersebut sejauh manakah kemampuan dan kekuatan serta kualiti ibadatku menghidupkan setiap saat setiap ramadhan al-mubarak ini...
dapatkah aku keampunan dosa dan pelepasan dari api neraka......
dapatkah aku keampunan dosa dan pelepasan dari api neraka......
..bertambah lagi kesedihan ini apabila aku membaca sepotong hadis Baginda ,
Sampaikah aku kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.
Harapanku agar doaku ini diperkenankan Allah swt dan tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan Rasulullah s.a.w diatas.......
Harapanku agar doaku ini diperkenankan Allah swt dan tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan Rasulullah s.a.w diatas.......
inilah doa yang dianjurkan Rasulullah s.a.w kepada isteri baginda Saidatina Aishah r.ha bila bertemu malam Qadar dan kepada para sahabat baginda supaya selalu memohon keampunan dosa dari Allah swt.
semuga Allah memberi hidayah , keampunan dan pembebasan dari api neraka dalam segala amalan baik ku dalam menghidupkan Ramadhan Al-mubarak ini....Insyaallah...aaminnn
Sekian catatan buat kali ini sehingga jumpa lagi di lain catatan...Insyaallah
wabillahi taufik walhidayah
Salam Man,
BalasPadamMalam Lailatul Qadar pasti datang, jangan sampai ter'miss', rugi besar tu...
Alaikum salam mie..,
BalasPadamItulah yang menjadi idaman sejak sekian lama.... kalau termiss memang rugi besar...
semuga kita sama-sama dpt merebut peluang ini dan memanafaatkan nya...Insyaallah....aaminnn