Rabu, 23 Februari 2011

SANTAI KAT GOLDEN STRAITS VILLAS BEACH RESORT, PD

Lama dah tak santai dan berehat serta bermalam kat PD  , Saya sekeluarga bersama kakak ipar sekeluarga dan anak buah isteri sekeluarga bergerak ke PD dari Seremban pukul 12.30 tengahari secara konvoi melalui Lebuhraya Seremban Port Dikson... dengan 3 buah kenderaan.... Pada penghujung Disember lepas 2010...

Setelah 45 min perjalanan kami pun tiba diperkarangan GSV beach resort, mencari tempat pakir kenderaan dan saya terus ke lobi untuk membuat pengesahan untuk masuk "check in " serta mengisi borang pendaftaran serta menjelaskan bayaran penginapan... kat sini boleh bayar "duit plastik" atau pun tunai....setelah segala urusan selesai saya pun terus ke apartment bernombor 9-1... kat tingkat satu .... nasib ada lift kalau tak kena laa dukung "mentua" naik ikut tangga...


Apartment 3 bilik dengan perabut penuh juga ada dapor untuk menyediakan makanan , untuk memasak disini adalah dilarang... tapi kami masak juga laa nasik guna rice cooker, panaskan makanan dgn travel stove.
bila semua keperluan telah dibawa naik ke apartment... berehat sekejap .... mandi dan terus tunaikan solat zuhor yg agak sudah hampir tergelincir waktunya...





Lepas solat zuhor dan semua makanan yg dibawa telah dipanaskan dan nasi pun dah masak jadi kami semua pun menjamu selera stail buffet jer.... senang gitu..... bila perut dah kenyang apa lagi mata pun mengantuk.... nak tidor rugi pulak rasanya ....sementara tunggu masuk waktu asar tenguk TV jap...








Lebihkurang kul 5.15 ptg kami pun turun ketingkat bawah untuk mandi manda kat kolam renang ... tambahan pulak tak ramai pengunjung yg mandi ketiak itu... apa lagi beremdam laa sepuas puasnya..... aku sekejap jer, 15 minit lepas tu keluar kolam sebab nak kena bawa mak mentua ke pantai dia nak rendam kaki dalam pasir laut..... apa nak kata layannnnnnnnn jer laa.



Bila matahari mula terbenam dan hari mulai senja maka kami pun balik semula ke resort ..... tp susah juga nak melintas jalan dari beach ke resort tu... boleh tahan sibuk nya..

Malam tu lepas isyak sempat juga keluar pergi kepasar malam PD yg terletak tak berapa jauh dr resort yg kami sewa tu... kat sini ada jugak yer pokok berlampu kelip-kelip macam kat Putra Jaya tu...kul 10 mlm kami pun balik ke resort .







Sampai jer kat resort apa lagi siap siap nak tidor laa...badan pun letih tak sampai 5 minit aku dah dibuai mimpi......zzzzzzzzzzz....
Kita orang check out kul 2.30 ptg esoknya..

Jumpa lagi di lain catatan
 layannnnnnnnnn....

4 ulasan:

  1. Berapa kos utk satu apartment tu? Boleh gak menyinggah satu hari nanti....

    BalasPadam
  2. aku tuari pasal kawan yg "book"an so ada discount laa sikit,...
    kalau tak salah tuari harga biasa RM230/= semalam....

    BalasPadam
  3. 2hari 1malam weekend 2bilik.. rm260 xsilap

    BalasPadam
  4. berapa org boleh masuk?ada limit tak?

    BalasPadam