Hari ini merupakan hari sambutan Hari Malaysia mengambil sempena peristiwa pembentukan Negara Malaysia dengan persetujuan Sarawak dan Sabah bergabung dan seterusnya mendapat kemerdekaan dari Kerajaan Inggeris yang telah menjajah Borneo lebih 300 tahun.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Tarikh terbentuknya Malaysia perlu lebih dihayati, dikenang dan dihargai bukan sahaja oleh rakyat Sabah dan Sarawak tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Merdeka pada 31 Ogos bagi mengingatkan rakyat akan perjuangan mencapai kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan dan persefahaman antara kaum.
Jika tahun 1981 pemisahan itu dirapatkan melalui penyeragaman waktu dan kini dimantapkan dengan sambutan Hari Malaysia. Pengertian Hari Malaysia perlu disebar luaskan kepada rakyat supaya pemahaman mengenainya lebih mendalam. Kita perlu fahami, emosi menyambut Hari Malaysia adalah berlainan dengan perasaan menyambut Hari Kemerdekaan.
Namun begitu sambutan hari tersebut perlu ada pengisian yang bermakna dan berkesan. Tanggal 16 September diraikan sebagai memperingati hari bersejarah bagi rakyat Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak kerana pelbagai kaum dan etnik bersatu untuk mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia.
Pada hari tersebut seharusnya rakyat di seluruh negara dapat merapatkan lagi hubungan antara kaum dalam suasana muhibah. Gagasan 1Malaysia akan bertambah mudah jika semua kaum dapat bersatu menjadi sebuah masyarakat yang kukuh jati dirinya. .
Oleh kerana sambutan Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada 30 dan 31 Ogos pada tahun ini, maka sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 telah di rayakan serentak bersama Hari Malaysia ke 48 bagi menghormati sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 31 Ogos tersebut. Maka pada tahun ini Hari Malaysia disambut serentak dengan Hari Kemerdekaan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA DAN HARI KEMERDEKAAN...
Semuga negara kita terus maju makmur dan hidup dalam harmoni serta selamat kepada semua rakyatnya...
Insyaallah....aaminnn.
Sekian catatan kali ini sehingga berjumpa lagi di catatan yang lain.
Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w
Wabillahitaufik walhidayah
salam kemerdekaan..semoga Allah melimpahkan rahmatnya utk kita semua!
BalasPadamDalam pada tu ada pulak yang kata komunis yg sebenarnya pejuang tulin..
BalasPadamhamPAS betul...
slmt merdeka ;)
BalasPadamSalam kemerdekaan ujie..,
BalasPadamInsyaalah asal kita ikhlas pasti Allah berkati....aaminnn
Salam mie,
BalasPadamtak tau lah mie apa agenda mereka...
Selamat Merdeka utk kemang juga..
BalasPadamselamat menyambut hari Malaysia..:)
BalasPadamAssalamualaikum PM,
BalasPadamSelamat Hari Malysia juga utk PM
salam bang azmnor..
BalasPadamMuger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn ya robbal alaminn
salam kemerdekaan..semoga kita semua bersyukur atas keamanan Malaysia kita ini
BalasPadamAlaikum salam en_me,
BalasPadammudah-mudahan, Insyaallah ....aaminnn ya robalalamin...
Salam kemerdekaan sharom..,
BalasPadammudah-mudahan Allah beri kita kekuatan untuk terus bersyukor dan tidak kufur nikmat....Insyaallah...aaminnn..
Salam Kemerdekaan!..bangga jadi anak Malaysia
BalasPadamSalam kemerdekaan utk AK,
BalasPadamsaya amat-amatlah bangga dan bersyukor menjadi anak Malaysia, kita semua ini amat-amat beruntung dikurniakan apa yg kita miliki sekarang....mudah2an kita kekal menjadi org yg bersyukur kepa NYA...Insyaallah...aaminnn..