Selasa, 10 Ogos 2010

Sistem Kenderaan Seremban - Kuala Lumpur.

Beroperasi sejak tahun 1977 dan telah memudahkan beribu - ribu warga Seremban yang bekerja di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan kawasan sekitarnya.... secara tidak langsung telah menyumbang kepada pembangunan hartanah di Seremban., terutamanya pembangunan dalam pembinaan rumah kediaman...
Aku sendiri telah berulang-alik dari Seremban ke lembah Pantai sejak 1993 lagi hingga ke hari ini...dekat 17 tahun dah.... kalau jumlahkan tambang yg dah aku bayar untuk ulangalik tu ...kalau diambil sebahagian sebagai saham.... byk dah saham aku kat situ...mmmm.

Memang tak dinafikan bahawa SKS adalah antara syarikat bas milik bumiputra yang punya kredebiliti dan teguh... walaupun mendapat saingan yang bertaliarus dari beberapa syarikat bas yang lain sejak aku mula berulang-alik dengannya... namun ianya masih boleh bertahan dan memperbaiki perkhidmatannya dari masa kesemasa.

Bagi aku memang perlu persaingan yang sihat dari syarikat bas yang lain yang mana ini dapat memecahkan monopoli satu syarikat dlm sesuatu perkhidmatan dan seterusnya berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna dan pengguna boleh memilih yang terbaik....
...walaupun Sausana Edaran mempunyai bas bas yang baru besar dan canggih..., aku masih setia menggunakan perkhidmatan SKS kerana beberapa sebab yang masih relevan dan dapat dipertahankan oleh SKS ... salah satu contohnya " backup" yang segera datang jika berlaku kerosakan teknikal atau apa-apa kesulitan dalam perjalanan. kerana bagi aku itu amat penting bagi tidak menjejaskan perjalanan pengguna perkhidmatan ke KL atau sebaliknya.

Sejak minggu pertama bulan Ogos 2010 ni SKS turut menaiktaraf perkhidmatannya dengan kehadiran 2 choach Double Decker yang setaraf dgn yg dimiliki oleh Suasana Edaran.... dan aku setiap hari menggunakannya sewaktu ke KL diperjalanan terawal ke KL.



Semuga SKS terus maju dan berusaha memberi yang terbaik untuk pelanggan-pelanggannya...
sampai disini dulu hingga jumpa lagi dilain catatan ...
Layannnnnnnnnn.......

13 ulasan:

  1. Kau patut dapat anugerah penumpang setia, lama tu sampai 17 tahun..

    BalasPadam
  2. Tambahan sikit, SKS telah beroperasi semasa lebuhraya kl-seremban dibuka dan merupakan bas ekspress pertama mengguna highway tu untuk perkhidmatan seremban-kl. Teringat saya semasa nak naik bas masa kecil2 dulu, bukan macam sekarang, beratur. Berebut2 sampai saya dihulur oleh arwah abah naik bas melalui tingkap, persitiwa ini sampai sekarang masih dalam ingatan saya. byk lagi cerita menarik mengenai sks

    BalasPadam
  3. Salam amnabas..'

    TQ dtg kunjungi saya dan komen disini....

    memang pun macam-macam kisah yg jadi kenangan pahit manis sepanjang menggunakan perkhidmatan sks ni...

    dok seremban ker..?

    BalasPadam
  4. salam,

    kalau keje di petaling jaya, turun bas sks ni di mana?

    BalasPadam
    Balasan

    1. Kalau keja PJ turun bas kat Pasar Seni lepas tu naik LRT Putra ke Desa Jaya atau Asia Jaya....atau naik bas RapidKL dr Pasar Seni..

      kalau dok Senawang atau kawasan berdekatannya, pagi boleh naik bas SKS kat depan Giant pukul 6.20 pg, 6.35 pg dan 6.50 pg.... balik naik bas kat Pasar Seni berdekatan stesen keretapi KL pukul 6.00 ptg dan 6.30 ptg terus ke Senawang...

      Padam
    2. sekarang bas dari pasar seni ke seremban dah tiada ke??terpaksa dari kl sentral kena pergi masjid jamek utk ke plaza rakyat utk ambil bas dari sana..

      Padam
  5. Alaikumsalam maya,

    turun kat Pasar Seni lepas tu naik lrt ke PJ... atau naik bas rapidKL..

    BalasPadam
  6. Salam Azmnor, nk tnyla klau naik bas SKS dri senawang boleh tak klau kite gune pass bulanan die?

    BalasPadam
  7. Salam en azmnor,klu sy dri pj nk ke seremban pg2 ada ke bus?tiba2 dpt arahan keje sna..penat drive ulang alik..

    BalasPadam
  8. Dahulu menaiki bas berebut, masuk bas memanjat melalui tingkap perkara biasa. Macam monyet. Tetapi operator bas SKSlah pertama-tamanya membudayakan rakyat Malaysia beratur, sebelum itu di Malaysia 1970an hanya Syarikat bas Singapura Johor Bahru sahaja beratur untuk membeli tiket di kaunter dan seterusnya beratur menaiki bas.

    BalasPadam
  9. Dahulu menaiki bas berebut, masuk bas memanjat melalui tingkap perkara biasa. Macam monyet. Tetapi operator bas SKSlah pertama-tamanya membudayakan rakyat Malaysia beratur, sebelum itu di Malaysia 1970an hanya Syarikat bas Singapura Johor Bahru sahaja beratur untuk membeli tiket di kaunter dan seterusnya beratur menaiki bas.

    BalasPadam
  10. Kalau dari seremban 2 ada di mana ya bas sks ni?

    BalasPadam