Khamis, 31 Mac 2011

Key Chain Terbaru dari Teman.....

 antara koleksi "key chain" yang dikumpul dari kawan-kawan yg
 rajin pergi makan angin.... ...... tahun ni dan tahun lepas 2010


Semalam kawan sepejabat yang baru balik dari  makan angin ke Sabah dan Serawak mulai dari hari Jumaat lepas,telah mula bertugas semula hari ini... jadi pagi tadi bila ke "Office Dept." sempat mengusik dia orang yang baru balik bercuti... " macam ada bau AA dlm office ni.....", semua nampak ceria dan gembira...yer laa baru balik dari bercuti..."santai....." memang laa best dan merehatkan...

Seperti biasa adalah serba sedikit buah tangan atau cenderamata hati yang diaorg bawak....antara yang favourite nya kalau ke Sabah apa lagi key chain, mutiara dan butang baju melayu.... kalau ke Serawak gitu juga kalau tak key chain yang favourite nya Kek Lapis Serawak yg teramat manis dan wangi tu....

"key chain" anak penyu - agaknya laa....kecik jer...

butang baju melayu bertahta mutiara biru

....yang ni dua objek ambik gambar sekali..... 

Bulan Fabruari lepas ada kawan pergi lawatan ke Medan dapat juga cenderamatahati berupa "key chain" juga ..... unik juga bagi saya "key chain" tu berupa rumah atap org Batak...rasanya laa...

... "key chain" yang saya rasakan unik dari ukiran kayu yang menggambarkan bentuk rumah orang Batak.........

Saya juga mendapat cenderamatahati berupa T-shirt berlogo " Lake Toba " yang juga agak unik tenunan dari kain kapas yang lebut dan licin... ( saya akan buat satu en3 khusus berkenaan itu pula nanti.....)

Pada hujung Fabruari itu juga seorang kawan rapat juga teman se "JORAN" telah ke Dubai atas urusan perniagaan ..... beliau juga ada memberi cenderamatahati berupa "fridge magnet decoration" cantik juga di mata saya walaupun buatan RPC.....mmmmm


....seorang lagi kawan pula ke Singapura ....., ( saya pun tak lepas lagi kesana.....huhuhuhu.) juga memberi cenderamatahati berupa "key chain" juga....


...key chain singapore...

Terima Kasih banyak-banyak kepada mereka semua yang masih lagi mengingati saya kalau bercuti makan angin kemana-mana....rasa sangat bersyukor kerana merasa diri masih lagi dihargai kawan-kawan.


 antara koleksi...

Sekian buat catatan kali ini, sehingga berjumpa lagi di catatan lain...
Layannnnnnnnnnn.......

Isnin, 28 Mac 2011

Bas Wanita dan Gerabak Khas Wanita.

Semalam semasa di Bas Stand Klang aku ternampak dalam deretan bas rapidKL yang sedang mengambil penumpang ada sebuah daripadanya memaparkan tanda sebagai " BAS WANITA"....bila di amati  pemandunya juga seorang wanita....kata dalam hati ku memang bas ini untuk wanita sahaja.


Nampaknya sudah ada dua kemudahan awam yang menyediakan kemudahan khusus untuk kaum wanita satu BAS WANITA dan KTMB juga telah melacarkan Gerabak Khas Wanita atau "Ladies Coach" dengan tanda ungu.... Syabas diucapkan kepada kedua-dua syarikat pengangkutan awam ini yang berani mengambil pendekatan membuat pengasingan bas mengikut gender.



Bagi aku banyak baiknya juga bagi kemudahan dan keselamatan para penumpang dan pengguna dari kaum hawa ini....sekurang-kurangnya mereka dapat merasa lebih selesa dan selamat terutamanya bagi mereka yang bekerja yang menggunakan kemudahan awam ini ditambah lagi dengan kebanjiran   orang asing yang bekerja di sini...bila-bila masa saja sesuatu perkara buruk boleh berlaku kepada mereka.



Bagitu juga dengan "ladies Coach" yang disediakan dalam perkhidmatan komuter yang diperkenalkan oleh KTMB cukup memberi menafaat kepada golongan wanita  ...cuma diharapkan pihak KTMB dapat menyediakan kakitangan khas dikalangan wanita untuk memantau penumpang lelaki supaya tidak menggunakan kemudahan ini dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah.


Aku sendiri pernah tersalah menaiki "ladies Coach" ini, tapi aku segera berpindah ke "coach" awam samada gerabak belakang atau depan  apabila menyedari memasuki "coach" bewarna "pink" itu.

Diharapkan dimasa depan lebih banyak lagi kemudahan bagi semua pengguna kemudahan awam yang diperkenalkan dan dipertingkatkan oleh Syarikat penyedia kemudahan awam.

Sekian untuk catatan kali ini jumpa lagi di lain masa...
Layannnnnnnnnnnnn....

Khamis, 24 Mac 2011

Medan Ikan Bakar Permu-Umbai, Melaka


Selepas mandi dan bersolat kami pun mula bergerak dari Pemaisuri de` Lisbon Hotel ke Permu-Umbai pukul 8.00 mlm.... kena on kan GPS...tapi menurut pekerja Hotel tu dekat jer dari situ lebih kurang 10 KM...tapi al-maklum jer la malam susah nak nampak "trademark" nak kesana...atas rasa lapar dan dah sampai ke Melaka ni terutamanya Bandar Hilir macam tak sah pulak tak kesana.

Sebaik saja kami sampai ke simpang keluar ke arah Umbai hujan dah pun turun agak lebat.....susah juga la nak memandu dalam hujan diatas jalan yang kita tak biasa tambahan pula hari malam...jadi sekarang ni hanya bertawakal pada Allah dan usaha aku ialah mengikut jer arahan GPS yg menunjukkan jalan ke Umbai tu.

Akhirnya sampai juga ke simpang masuk ke Medan Ikan Bakar Permu-Umbai tu....ramai pengunjungnya, lama juga aku berpusing-pusing mendapatkan pakir...pakirnya dikenakan bayaran RM 1 per entry ...kalau tak silap...akhirnya dapat juga aku rezeki satu petak kebetulan sebuah kereta berdekatan kereta aku keluar dari pakir tersebut....depan dan belakang aku kereta lain beratur panjang mencari pakir..... makin malam makin banyak kereta masuk pastinya makin ramai pengunjung....



Ramai pengunjung disini datang dari Negara Jiran Singapura dan Negeri Johor, tak kurang jugak dari KL, Selangor dan Negeri Sembilan juga warga tempatan Melaka.
Terdapat 10 Gerai Ikan Bakar dan semua gerai menyediakan hidangan yang lebih kurang sama. Kami telah memilih Gerai yang pertama bernama D`Muara Ikan Bakar.... disini terdapat lebih banyak pilihan ikan dan makanan laut , kita juga boleh memesan makanan lain seperti nasi goreng, mee goreng, tom yam dan macam-macam lagi.

Kebanyakan pengunjung kesini adalah untuk menikmati ikan bakar dan makanan laut yg lain, kebiasaannya dimakan bersama nasi lemak bungkus.

Sementara menunggu pesanan siap kami dihidangkan dengan otak-otak dan jelly kelapa....sedap rasanya , anak bongsu saya makan 8 keping otak-otak dari sepuluh yang dihidangkan....memang lebih sedap jika dibandingkan dengan yang dimakan di Tangkak siang tadi...


Kami telah memilih 2 ekor ikan kerapu , seekor dimasak masam manis dan seekor lagi dimasak 3 rasa, sotong goreng tepong, kerabu sotong, tom yam campur, kailan ikan masin dan sup cendawan...disini ikannya lebih segar dan besar-besar jika dibandingkan dengan yang pernah kami pesan di Port Dikson satu masa dulu....harganya pun lebih murah dan berpatutan.


Selepas selesai menjamu selera   sempat kami berjalan-jalan sambil "window shoping" di sekitar kawasan tersebut yang mana terdapat beberapa gerai menjual barang-barang kraftangan dan makanan ringan serta makanan tradisional.



Tidak jauh dari  gerai-gerai  tersebut terdapat penjaja berangan goreng yang nampak sedap juga. Setelah lebih kurang 30 minit kami disitu , kami pun berangkat pulang ke Hotel, kerana esok perlu ke Muar untuk menghadiri jemputan kenduri perkahwinan adik jiran kami.


Kami sampai ke Hotel lebih kurang 30 minit kemudian, sebelum naik ke bilik sempat sekejap kami berjalan-jalan menikmati keindahan permandangan malam di sekitar Hotel tersebut.


Sekian catatan untuk kali ini...jumpa lagi dilain catatan....
Layannnnnnnnnn.....



Rabu, 23 Mac 2011

rapidKL - Tiket Kertas tukar Kad Tambah Nilai.prt 2


Hari ni dah mula gunakan kad tambah nilai untuk mendapatkan perkhidmatan bas rapidKL T632 untuk aku ketempat kerja. Kad tu kad rabbitt namanya, buat pertama kalinya aku beli dengan nilai  RM 5 jer..... RM 3 Nilai debit dan RM 2 cagaran kad tu.


Kad ni sama jer fungsinya dengan kad sentuh dan lalu cuma kad rabitt ni tak leh digunakan untuk bayaran Tol lebuhraya. Tambah nilai boleh dibuat dalam bas atau di mana -mana kiosk kad sentuh dan lalu.

aku dah gunakan pagi tadi OK laa jika dibandingkan dengan tiket sebelum ni... pagi tadi aku cuma di kenakan bayaran 80 sen jika dibandingkan selalu RM 1 menggunakan tiket kertas.

Semuga perkhidmatan bertambah baik dan memudahkan pengguna serta kekerapan bas yang sesuai bagi keselesaan pengguna.

sekian untuk catatan kali ini..

Layannnnnnn......... 

Selasa, 22 Mac 2011

rapidKL - Tiket Kertas tukar Kad Tambah Nilai.


Hari ini hari terakhir penggunaan tiket kertas bagi perkhidmatan Bas rapidKL tempatan, antara bandar dan ekspress. Pada satu sudut memang baik kerana ianya meminimumkan penggunaan kertas dan dalam waktu yang sama dapat sama-sama menyumbang kepada pengurangan pergantungan kepada penggunaan kertas dan penebangan hutan...

Tetapi apabila difikirkan dari segi kemudahan kepada pengguna, bagi saya agak membebankan kerana bagi pembelian pertama kad tambah nilai tersebut harga minimumnya adalah RM 5 dan setiap tiket mesti mempunyai nilai minimum RM 3.... oleh itu setiap pengguna mesti mempunyai nilai debit RM 3 minimum pada satu-satu masa.

Jika dibandingkan dengan sistem lama yang mana dengan RM 1, kita sudah boleh menggunakan perkhidmatan bas tempatan tanpa perlu meletakkan nilai debit RM 3 bagi setiap penggunan perkhidmatan pada satu-satu masa.


Bagaimana pun setiap penambahbaikkan kepada sesuatu sistem perkhidmatan sudah pastinya memberi lebih banyak kemudahan dan keselesaan kepada pengguna walaupun ada beberapa kekurangan dan kesusahan kepada pengguna kerana ketidakfahaman terhadap sistem baru yang diperkenalkan.



Saya sebagai salah seorang yang menggunakan perkhidmatan rapidKL mulai esok 23 Mac 2011 akan menggunakan kad tambah nilai baru bagi mendapatkan perkhidmatan bas tempatan.

Saya berharap perubahan yang dibuat ini lebih memberi manafaat kepada semua pengguna dan tidak hanya memberi keuntungan pada sebelah pihak sahaja.

Khamis, 17 Mac 2011

Pemaisuri de` Lisbon....


Petang pukul 6.00 ptg baru kami sampai ke Pemaisuri de' Lisbon Hotel Melaka, itu pun setelah beberapa kali berpusing-pusing di sekitar Bandar Hilir Melaka. Walaupun pun aku cuba untuk mencari menggunakan GPS..... mungkin GPS aku tu yg tak canggih atau aku yang tak pandai menggunakan peralatan canggih... kerana tidak dapat menjejaknya, aku terus menghubungi PDLH tersebut....dan telah diberitau kedudukannya..


Rupa-rupanya ia terletak dihujung perkampungan Portugis, bila dah sampai baru perasan trademark nya Sekolah Portugis dihadapannya..


Sebaik jer sampai terus ke kaunter untuk membuat pembayaran dan proses check-in yang sepatut nya dibuat pada pukul 3.00 ptg..tak kisah lah....semuanya berjalan lancar.. setelah segala urusan selesai terus saja ke lobi dan naik lif ke bilik yg kami telah tempah...

 Hotel ni 2 tingkat jer... patut laa tadi puas mencari cari kalau kalau nampak dari tepi jalan.... rupa-rupanya kat tepi laut. Cantik pemandangan disitu dan persekitarannya. cuma hotel ni takder "swimming pool "..... bosan juga anak-anak aku ...sebab diaorg bercadang nak berendam sakan....


Kami telah menempah 2 bilik bersebelahan yang mempunyai pintu diantara bilik dengan kos RM 260 sehari dan bilik-bilik kami tu mengadap laut..... memang cantik pemandangan dari balkoninya.

   
 



Selepas solat kami pun keluar ke Medan Ikan bakar berhampiran hotel...setelah tinjauan dibuat.. kami sebulat suara mengambil keputusan untuk makan malam di Umbai.....
pukul 8.00 mlm kami bergerak ke Umbai yang mana agak terkenal sebagai tempat makanan laut yang segar dan murah...




Jumpa lagi di catatan lain....

Layannnnnnnnnnnnnnnnn..........      


Rabu, 16 Mac 2011

TANGKAK - Festival Tekstil 2011 sepanjang bulan Mac.

Hujung minggu lepas kami sekeluarga ke Tangkak lagi kebetulan cuti sekolah baru saja bermula hari sabtu lepas, kami bergerak dari Seremban seawal 8.00 pagi, kami memilih untuk menggunakan jalan lama - Jalan Seremban Tampin.

Kami singgah sebentar di Kendong, Rembau untuk bersarapan pagi , kami bersarapan di Kendong lebih kurang 45 minit dan meneruskan perjalanan ke Melaka melalui Lebuhraya AMJ bermula dari Simpang Ampat dan melalui Pengkalan ke Durian Tunggal untuk ke Jasin.

Saya memang suka menggunakan jalan lama ke Jasin ini kerana jalannya yang baik dan tidak sibuk serta teduh dan suasana kg yang menyegarkan serta nyaman. Kami sampai ke Jasin lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi... berhenti sekejap   untuk mengambil seorang anak saya yang belajar disana...

Lebihkurang setengah jam kemudian kami bergerak semula menuju ke Tangkak melalui Cin Cin dan tiba kesana lebih kurang 15 minit kemudian dimana jarak Jasin ke Tangkak lebih kurang 11 KM.

Sesampainya ke Tangkak, saya terus mencari tempat pakir di sekitar Bandar Tangkak , agak susah juga untuk mendapatkannya.


Setelah berpusing-pusing beberapa kali disekeliling Bandar akhirnya dapt juga pakir yang berhadapan dengan sebuah gedung tekstil yang mengambil bahagian dalam "Kanival Tekstil Tangkak 2011"

Kali ini lebih banyak pilihan dan harga yang lebih murah berbanding dengan bulan Fabuari lalu. Berbagai jenis tekstil dari kualiti yang sederhana hinggalah ke kualiti yg terbaik dijual dengan harga yang lebih murah dari biasa.


Kami berada disana lebih kurang 3 jam, sementara isteri dan kak ipar membeli belah, saya bersama anak-anak berjalan disekitar Bandar Tangkak untuk melihat prasarananya. Kami menunaikan solat di Masjid Jamek Bandar Tangkak.



Sebelum berangkat ke Melaka Bandaraya Berejarah kami singgah dahulu di Gerai Makan Asam Laksa dan Mee Bandung Muar berhadapan Terminal Bas dan Teksi Tangkak. Pukul 3.30 petang kami bergerak meninggalkan Bandar Tangkak menuju ke Bandar Hilir Melaka.


Sekian catatan perjalanan kali ini , jumpa lagi di catatan berikutnya...

Layannnnnnnnnnnnn........

Selasa, 1 Mac 2011

Ketam Semalam...... bagitu laa ceritanya....

Ketam yang kami tangkap masa memancing kat Lagend Water Chalets semalam .... sebulat suara telah kami serahkan pada kawan kami untuk dibawa pulang....OK laa dari tak bawak balik apa-apa tambahan pula beliau bersungguh-sungguh sangat masa nak mancing dulu tu... lebih lebih lagi  geng yang  lain menolak untuk membawa balik ketam tersebut... harap-harap ketam tu tak busuk....


Siang tadi kawan tu forwardkan gambar terbaru ketam-ketam tersebut yang telah di bersihkan dan di goreng rangup.... boleh tahan juga rasanya rangup dan sedap menurut kawan tersebut...alhamdulillah ketam-ketam tu elok lagi dan boleh dimakan...



Dapat laa kawan tu sekeluarga merasa ketam yg boleh laa dikatakan segar dan baru tambahan pula ditangkap sendiri di Port Dikson semalam.
...dan beliau tak sabar-sabar lagi nak merancang misi memancing berikutnya untuk melepaskan dendam kerana gagal menaikan ikan semalam...

saya....layannnnnnnnnnnnnnn.... jumpa lagi dilain catatan.....