Rabu, 11 Mac 2015

Kota Wisata Batu - Museum Angkut & Pasar Apong - Masjid Ajaib Turen




Dalam perjalanan dari ladang eppal ke Meseum Angkut kami singgah dulu di Kota Wisata Batu, jalan-jalan meninjau sekitar Kota Wisata Batu, ada pasar pagi di situ...ala-ala macam pasar tani...

Kami menyusuri kawasan tersebut terdapat taman rekreasi di tengah pekan Kota Batu ini

Taman rekreasi dan mercu tanda Kota Wisata Batu

Kereta Kuda bagi siapa yg berminat.

Kami singgah sebentar di pasaraya Plaza Batu berdekatan untuk membeli serba sedikit bekalan untuk di makan semasa perjalanan ke Turen dan Bromo malam ini... In Shaa Allah.

Plaza Batu dept.store & supermarket.

Masjid Agung Annuur, Kota Batu

Selepas berada dan bersiar-siar kurang lebih 30 minit kami pun bergerak ke distinasi berikutnya. Pasar Apung dan Museum Angkut...terletak tidak berapa jauh dari Kota Wisata Batu...ruangan pakir yang luar dan kelihatan ramai pengunjungnya hari ini



Pasar Apung

Gerbang Pasar Apung
Pasar Apung yg terdpt disini
Terdapat berbagai jenis makanan dan barangan kraf ada dijual disini...perkhidmatan perahu juga disediakan bagi sesiapa yang berminat unutk mencuba menjamu selera didalam perahu sambil di bawa mengelilingi kawasan pasar Apung ini...bayarannya tak pasti kerana kami tidak berniat untuk mencubanya...

Pintu masuk Meseum Angkut

Museum Angkut pula bersebelahan Pasar Apung ini di dalam bangunan 3 tingkat, ianya mempamirkan semua jenis pengangkutan dari sekecil-kecilnya hinggalah ke sebesar-besar kenderaan. Bayaran masuk agak mahal juga 75.000IdRp Satu kepala + 35.000IdRp utk bg yg membawa kamera.

Ramai pengunjung Meseum Angkut ni...ketika kami sampai mereka sedang beratur membeli tiket masuk, kerana melihatkan barisan yang panjang untuk membeli tiket jadi kami batalkan niat untuk sama masuk ke Museum Angkut tersebut dan hanya bergambar di bahgian halamannya sahaja.

Museum Angkut

Setelah bergambar disitu kami pun beredar dari Museum Angkut dan kembali semula ke pakir dan bergerak keluar meninggalkan kawasan tersebut menyambung kembara kami ke distinasi berikutnya .... dikala itu hujan telah mula turun dan sepanjang perjalanan kami ke distinasi berikutnya Masjid Ajaib Turen....

sepanjang perjalanan ke Turen hujan turun dengan sederhana dan lalulintas yang agak macet juga melalui kawasan pekan dan desa silih berganti...perjalanan yang panjang itu aku banyak berinteraksi dan bertukar-tukar maklumat dengan Mas Alex supir kami

bermacam-macam topik dan isu kami bualkan dan bincangkan dari hiburan,budaya hingga ke bahasa, agama dan masalah negara masing-masing persamaan dan perbedaan dengan cara terhormat dan resional tanpa menyentuh hal yang sensitif....jika tidak pastinya bosan mengharungi perjalanan selama kurang lebih 3 jam dalam cuaca hujan dan jalan yang macet...

Masjid Ajaib Turen


Masjid Ajaib Turen


Gerbang Utama Ke Masjid Ajaib Turen
Akhirnya pukul 3.00 ptg waktu JATIM kami sampai ke gerbang utama Masjid Ajaib Turen, ketika kami sampai langit mendung dan hujan akan turun bila-bila masa....sungguh ramai pengunjungnya, mula-mula ku lihat Masjid ini macam ada keganjilan dengan ukiran nya yang seolah-olah ukiran hindu....tapi bila diamati semuanya dipenuhi oleh seni khat Al-Quran bila di amati lebih dalam lagi kelihatan kehalusan seni khatnya dan sungguh unik sekali... disini juga terdapat Pasantren...

Di khabarkan Masjid ini dibina tanpa menggunakan jentera berat tapi di bina secara manual oleh tenaga manusia dan ketinggiannya saja tika itu telah mencecah ketinggian 10 tingkat...sayangnya aku enggak bisa untuk masuk dan melihat lebih dekat lagi ...dan menyusuri setiap inci dinding dan lantai serta binaannya bahagian dalam  kerna terlalu ramai pengunjung dan ketiadaan kami membawa beg untuk menyimpan kasut...jadi hasrat untuk melihat lagi dekat terpakssa kami lupakan...

Masjid Ajaib Turen dari sudut lain...


hujan mulai turun lebat dan aku terus memanggil supir Mas Alex untuk membawa kami keluar dan mencari masjid berdekatan untuk menunaikan solat jamak qasar kerana perjalanan seterusnya ini pastinya lebih panjang lagi untuk ke Bromo....

sepanjang perjalanan ke Bromo hujan tak henti-henti sekejap lebat sekejap perlahan dalam kurang lebih jam hampir delapan malam kami singgah di sebuah kedai makan untuk dinner kami hari tersebut sebelum menyambung kembara untuk 2 jam lagi ke Bromo...


Makan Malam kami sebelum sampai ke Bromo
Sampai disini dulu untuk catatan kali ini, hingga jumpa lagi lain catatan kembara kami...
Bromo National Park.....

Layannnnnnnnnnn.

Isnin, 9 Mac 2015

Sepanjang Hari Di Malang - Kota Batu 2

Seketika disini meninjau kawasan sekeliling, menebak beberapa sudut yang menarik ( pada pandangan kami ) dan menjamu selera mata melihat "landscape" dengan flora yang sedang berkembang menyerap cahaya mentari yang terang memancar melingkup seluruh kabupaten ini...hehehehe.
Kami pun bergerak meninggalkan BNS menuju ke Jawa Timur Park 2 (JATIM PARK 2), Alhamdulillah cuaca cerah dan sungguh baik sekali, mudah-mudahan hari ini kami boleh meneruskan kembara kami menyusuri lebih banyak kawasan dan daerah yang cantik dan indah ini.

Dari BNS ke Jawa Timur Park 2

..tu kan simpang depan tu kami akan belok ke kiri dan naik keatas.... kami akan ke Station Jawa Timor Park 2 ...yang mana   disitu terdapat  Meseum Satwa, Pohon Inn dan Batu Secret Zoo...semua nya unik belaka dan memang boleh menarik perhatian pengunjung kesini... juga disini tersedia lapangan pakir yang luas dan selesa...

Ramai kelihatan pengunjung tempatan mahu pun dari luar Jawa..masing-masing mengambil kesempatan bergambar di hadapat Meseum Satwa yang bangunan hadapannya menyerupai "White House" Amerika Syarikat...


Museum Satwa - berkenaan Binatang dan Fosil.


Pohon Inn - Hotel macam pokok.

Aku sempat menyusuri beberapa kedai cendrahati dan T-shirt...kalau ada yang berkenan nak juga membeli sehelai dua buat buah tangan... setelah terjumpa yang berkenan dihati dan setelah tawar menawar akhirnya aku beli 2 helai dengan harga 75.000 IdRp...OK lah agak murah juga...

setelah berada disitu kurang lebih 30 min , kami pun bergerak semula ke distinasi berikutnya Ladang Apple dan Strawberry KUSUMA AGRO WISATA....bayaran masok untuk kedua dua tempat ini 75.000 IdRp.



Pintu Depan Kusuma Agro Wisata.


Kos biayaan utk keseluruhan ladang.

dengan package itu kami diberi percuma strawberry juice dan strawberry pan cake , kami juga dibenarkan memetik 4 biji strawberry dan satu bekas plastic 300 grams sayuran organic...

Pancake + Strawberry juice

selepas memetik strawberry dan melawat kebun dayur organic kami di hidangkan dengan strawberry pan cake beserta strawberry juice + ais ...mmmmm memang sedap... selesai agenda disitu kami ke ladang apple pula...
Pintu Masuk Ladang Strawberry

ladang apple yang sedang menjalani musim luruh
Ladang Apple yang sedang berbuah

kami masuk keladang apple dengan kenderaan yang di sediakan dan ditemani oleh "pemandu wisata"  yang disediakan khas kepada pengunjung bagi memberi penerangan berkenaan ladang ini dan operasinya...






















disini kami hanya dibenarkan memetik 2 biji apple saja setiap seorang dan ladang apple yang kami lawati dan boleh dipetik buahnya ini adalah jenis hijau  kekuningan....kalau ingin membeli

lebih banyak lagi kami boleh mendapatkannya kalau tak salah sekilo dalam 35.000 IdRp...mungkin....
kami hanya sekadar memetik 2 biji apple seorang dan tidak membeli lebih kerana kembara kami ada 3 hari mendatang lagi tak boleh nak disimpan sebagai "buah tangan"... bukan takut busuk tapi habis di makan.

Memetik Apple di bantu oleh Pemandu Wisata ladang

Ladang Apple yang sedang berbunga
 Selesai memetik apple  kami melawat sekeliling kawasan ladang dengan menaiki kenderaan yang disediakan....dan kami juga singgah sebentar di kawasan penanaman bunga dan tapak semaian bunga...disini kami telah membeli sedikit benih bunga dalam bentuk ubi utk ditanam di Malaysia sebagai kenangan ke sini.

15 minit kemudian kami pun keluar dari ladang apple dan mengucapkan terima kasih kepada "pemandu wisata" ladang atas kesudian nya membawa kami melawat ladang apple ini...panjang umur jumpa lagi lain masa.



selesai kunjungan  kami ke ladang apple maka selesailah kembara kami di KUSUMA AGRO WISATA... dan seterusnya kami akan ke Muziun Angkut, Kota Wisata Batu dan kalau sempat sebelum malam kami akan ke Masjid Ajaib di Turen...

Sampai disini dulu catatan kembara kami buat kali ini, jumpa lagi di lain catatan

Layannnnnnnnnnnnnn....

Jumaat, 6 Mac 2015

Sepanjang hari Di Malang dan Kota Batu 1



Kerana malam tadi tidak kemana-mana dan hanya menonton siaran di TV dan menghantar berita kepada keluarga di Malaysia menggunakan "whatsapp" ... selepas sahaja selesai menjamah dinner kami telah tidor awal  , tambahan pula telah keletihan dengan perjalanan siang tadi yang panjang dalam suasana hujan yang tak henti ....

pada pagi ini kami bangun awal....seawal jam 3:45 pagi waktu JATIM...terus mandi dan bersiap untuk solat subuh yang mana disini masuk waktu seawal pukul 4:20 pagi waktu JATIM...kedengaran sayup-sayup suara azan berhampiran dengan Hotel penginapan kami. 

terasa syahdu pula bila mendengarkan laungan azan tersebut...tiba-tiba timbul rasa kerinduan kepada tanahair tercinta lebih-lebih lagi "mesin jahit" kat ghumah hehehe...padahal baru jer 3 hari kat sini..




selesai solat suboh kami pun mengemaskan barang-barang dan beg masing-masing kerana hari ini kami akan check-out awal... hari ini kami akan menyambung kembara kami menjelajah seluruh wilayah Malang ini.

setelas semua nya selesai kami pun ke ruang makan hotel untuk bersarapan, baru pukul 6:30 pagi rasanya seperti masih awal, tapi disini sudah siang dan matahari sudah tinggi...

Pagi ni kami bersarapan dengan makanan sarapan ala Jawa, namanya pun aku tak pasti..tapi "no bad" sedap juga bagi tekak aku yang  tak banyak memilih ni bedal semua asalkan Halal ...minumannya juice durian belanda (juice pekat) memang terbaik, minuman panasnya teh susu dan kopi panas....kopi tu memang aku suka kaw terangkat beb sambil santai tepi swimming pool.... 




pukul 7:45 am selesai sarapan pagi aku terus menghubungi mas Alex, kalau-kalau dia dah siap untuk membawa kami seharian round sekeliling Malang dan Kota Batu...

8:00 pagi selepas check-out, kami pun berangkat untuk menyambung kembara hari ke 3 di JATIM, cuaca pun sangat baik pagi tu.


dalam perjalanan ke BNS dan JATIM PARK 2 permandangan sekeliling sungguh cantik dan cuaca nya yang sungguh nyaman dan sejuk, ala-ala sejuk macm kat Kundasang Sabah.

Jalan nya yang sedikit berbukit dan kawasan ini terdapat banyak Pusat Pengajian Tinggi yang lebih dikenali sebagai Univesitas disini....yang menjadikan permandangan sekitarnya lebih happening lagi kerana berlatar belakangkan Gunung Arjuna....yang dinyanyikan dalam lagu DEWA. 


Arjuna Mencari Cinta - Dewa

sudah kudaki gunung tertinggi
hanya untuk mencari dimana dirimu
sudah kujelajahi isi bumi
hanya untuk dapat hidup bersamamu
sudah kuarungi laut samudera
hanya untuk mencari tempat berlabuhmu
tapi semakin jauh kumencari
cinta semakin aku tak mengerti
reff: akulah arjuna yang mencari cinta
wahai wanita cintailah aku
mungkin kutemui cinta sejati
saat aku hembuskan nafas terakhirku
mungkin cinta sejati memang tak ada
dalam cerita kehidupan ini  

 



Antara Universiti yang terbesar dan tersohor disini ialah Universitas Muhammadiah Malang, kawasan kampus yang besar dengan "landscape" yg indah serta cuaca yang nyaman ....sungguh tenang dan aman, sangat sesuai untuk mahasiswa mahasiswi menimba ilmu di sini... Ianya juga merupakan Universitas Islam yang terbesar di sini..


Akhirnya kami tiba di JATIM PARK 2 dan BNS  setelah mengharungi perjalanan yang mempersonakan kurang lebih 45 minit... persekitaran yang dingin dan cantik... tenang fikiran seketika Indahnya ciptaan Allah...Subhanaullah, Subhanaullah,Subhanaullah....


BNS ( Batu Night Spectacular), ianya merupakan taman thema ala-ala Sunway Lagoon kalau kat Malaysia , beroperasi malam saja....kerana kami tidak kesini malam tadi tiada apa yang dapat dilihat hanya bahagian pintu masuk dan pakir BNS ni saja, menurut Mas Alex jika malam memang happening.... dah terlepas biarkan saja.......

Setelah meninjau sekitar BNS kami pun bergerak ke lokasi betikutnya .... cuaca disini sungguh nyaman walaupun matahari memancar terang....Alhamdulillah cuaca baik hari ini untuk kami teruskan kembara hari ke 3 di JATIM ni.



Sampai disini dulu catatan kembara kami, jumpa lagi di coretan yang lain

Layannnnnnnnn....

Isnin, 2 Mac 2015

Sidoarjo - Tanggul angin - Lapido - Malang



Selepas selesai makan tengahari kami pun   menyambung semula kembara  kami hari ke dua di JATIM.....tujuan utama kami juga distinasi kami hari ini adalah Malang.

Tetapi kami   mengambil kesempatan ke Malang untuk singgah di Tanggul Angin untuk melihat hasil barangan kulit buatan tempatan yang tersohor, seperti beg, jaket, wallet, tali pinggang juga kasut...tambahan pula ada sahabat di Malaysia yang mengirim utk membeli sehelai jaket kulit...kebetulan...

Pada pemerhatian kami memang barangan kulitnya bermutu tinggi dan harganya yang berpatutan, jahitannya kemas dan potongan cantik dan terkini...pada mulanya memang saya ada berminat untuk membeli sehelai jaket atau sepasang kasut tapi apabila melihat budget yang tak berapa "cantik" saya hanya memendamkan hasrat tersebut....tak per lain kali aku dtg lagi dgn budgetnya sekali...

walaubagaimana pun saya bersyukor kerana dapat memenuhi hasrat sahabat di Malaysia untuk memiliki sehelai jaket sapi dengan harga 660.000 InRp.... that Ok masih murah jika dibandingkan dgn di Malaysia.

selepas berada disekitar Tanggul Angin selama 2 jam dan setelah selesai menunaikan kewajipan kepada yang Esa, kembara  kami bergerak semula ke distinasi seterusnya.


 
dalam perjalanan ke Malang dari Tanggul Angin , kami sempat singgah melawat dan melihat Wisata Lumpur Sidoarjo ( LUSI ) , yang lebih dikenali sebagai Lumpur Lapindo...
 
Adalah dikisahkan disini terdapat 16 perkampungan yang telah tenggelam dan musnah oleh limpahan lumpur dan air panas dari suatu lobang yang di korek oleh sebuah pengusaha carigali "emas hitam" di kawasan ini...bencana ini muncul apabila yang diharapkan lain tapi yang keluarnya lain...maka dengan kuantitinya yang banyak dan berterusan telah menyebabkan seluruh penempatan di sini dan berdekatan telah tenggelam dan musnah.

 
 
...bagi menghalang akan bencana ini menjadi lebih buruk lagi maka pihak berwajib dan yang bertanggungjawab telah mengambil anisiatif menambak  kawasan ini dari tidak menenggelami kejiranan lain yang berdekatan...dan takala saya melihatnya pada 31 Januari 2015 tembok berkenaan telah mencecah ketinggian 3 tingkat bangunan lebihkurang 45 kaki.
 
sewaktu kami menjejakkan kaki di tebing perbatasan kawasan lumpur angin bertiup dengan amat kencang dan merasakan seperti mau diterbangkan...kawasan lumpur kelihatan sangat luas dan kelihatan seperti telah keras dan pada kejauhan kelihatan asap putih masih lagi keluar dari lubang yang dipercayai bermulanya lumpur dan air panas ini keluar...


 
 
sungguh simpati dengan nasib yang menimpa penduduk di Lapindo ini, namun bagitu hasrat kami untuk berkongsi rezeki pada mula bertukar menjadi ketakutan atas sikap dan cara mereka seolah-olah seperti mendesak dengan tingkah laku secara fizikal yang agresif...
 
dan ketika kami ingin memasuki kawasan Lumpur Lapindo ini kami dikenakan bayaran sehingga 50.000 IdRp...bukan jumlah itu yang kami pertikaikan tapi cara nya seperti memeras itu menjadikan kami takut dan tidak akan mengunjunginya lagi pada kesempatan akan datang... dan sudah pasti memberikan imej yang buruk kepada industri Wisata di situ... 

 
 
 dan kami bergerak semula dari Lapindo ke arah Malang, perjalannya yang agak panjang juga sekitar kurang lebih 100 KM dalam keadaan hujan yang agak lebat tambahan dengan aliran kenderaan yang amat sibuk ( macet) dari kedua-dua belah arah samada masuk atau keluar walaupun ketika itu hari sudah petang (sore) tapi kenderaannya masih banyak dan ada dibeberapa tempat sehingga berhenti (macet banget)sepenohnya dan bergerak semula dalam jangka masa yg agak panjang...
 

 
Dalam perjalanan sebelum hujan bermula kami sempat singgah di sebuah Masjid Abdullah Cheng Ho yang agak besar yang terletak di Pasuruan, tetapi sebaik saja singgah dan ber"Posing" hujan pun turun dengan lebatnya, kerana tidak dpt berbuat apa-apa akhirnya kami mengambil keputusan menyambung perjalanan kembara kami ke Malang.


 
 
Sepanjang jalan ke Malang hujan turun berterusan ditambah lagi dengan aliran trafic yang sibuk dan bertali arus, perjalanan dirasakan amat jauh dan membosankan sekali tiada apa yang dapat dibuat dan tiada gambar yang dapat ditembak.....badan pun telah mulai merasa "capek" dan kelaparan.
 
 
 

 
kira kira pukul 4:20 petang waktu JATIM kami tiba ke distinasi kami Malang dan tiba ke tempat penginapan kami untuk malam kedua di JATIM ini dalam sekitar 10 miniit kemudian... Hotel Sahid Montana Dua, Malang....lega rasanya kerana kebosanan sepanjang perjalanan dapat di lupakan seketika...hmmmm...
 
Waktu kami memunggah keperluan utk malam ini ke lobi hotel hujan masih lagi turun walaupun tidak selebat sebelumnya.
 
setelah urusan check-in selesai , kami pun dibawa ke bilik yang telah sedia ditempah sebelum ini oleh Mas Nizam,   walaupun ada  serba sedikit kekurangan kami bersyukur kerana tempat berehat dan mandi telah tersedia .... sebelum ke hotel tadi kami singgah sebentar di kedai 24hours untuk memberi serba sedikit kudapan untuk kami jamah malam nanti. 

 
 
 
Pada awalnya kami ada berhasrat untuk keluar ke BNS ( Batu Night Spectacular) .... tapi akhirnya sebulat suara kami batalkan kerana hujan mulai lebat semula selepas waktu Magrib...maka malam tu kami hanya berehat di Hotel saja dan menghantar laporan kepada keluarga masing-masing di Malaysia.
 
hingga disini dulu untuk catatan kembara ini...
Jumpa lagi di lain coretan.
 
sekian, Layannnnnnnn....