Isnin, 23 Februari 2015

Surabaya - 1/2 hari pusing-pusing Kota Raya Surabaya.


Pagi ini kami bangun awal kerana supir kami semalam terpaksa pulang ke Bali kerana mendapat berita kematian neneknya dan pagi ini supir lain akan mengantikan beliau.
Selepas solat subuh dan bersiap , kami ke cafe hotel untuk bersarapan...memang class laa buffet breakfast nya macam nak makan tengahari banyak nya...selesai breakfast 7:30 pagi waktu JATIM kami check out dan menunggu supir di lobi hotel.

Seperti di janjikan tepat pukul 8:00 pagi supir pun sampai dan supir kami kali ini bernama Alex, memang orang asal Surabaya dan muslim.

Lawatan   kami pada pagi itu ialah di sekitar bandar Surabaya bermula dengan melawat Museum Sampoerna~ muzium rokok.


 

 

 
kami hanya sekadar melihat dari luar sahaja kerana museum mula beroperasi pukul 9:00 pagi jadi kami hanya sekadar menembak gambar sahaja disini.
Dalam perjalanan ke Museum Rokok ni yg lebih dikenali sebagai House of Sampoerna...kami melalui bangunan lama penjara yang dibina sejak zaman penjajahan Belanda suatu ketika dulu.
 

 
kerana tidak mau membuang masa untuk menunggu di House of Sampoerna kami pun bergerak ke Monumen Kapal Selam yang lebih dikenali disini sebagai MONKASEL terletak di tepi tebing Sungai Kalimas...bersebelahan Jalan Pemuda dan berhadapan   Gubeng Pojok.
Kapal selam ini adalah kapal selam sebenar yang pernah digunakan oleh Armada RI Kawasan Timur suatu waktu dulu...Kapal Selam buatan Rusia ini pernah bertempur dengan angkatan laut Belanda dalam peperangan membebaskan Irian Barat dari Penjajah Belanda.
 

 
 
Disini pengunjung berpeluang melihat keadaan dalam kapal selam ini dan teknologi peralatan dan persenjataannya yang canggih pada zamannya. Kerana Negara Indonesia ini dikelilingi oleh laut maka tidak hairanlah negara ini mempunyai Armada Laut yang besar dan mempunyai kapal selam seawal tahun 40an lagi.
 


 
kami berada di MONKASEL tersebut lebih kurang sejam dan selepas itu kami pun mula bergerak semula menyambung ekspidisi kami ke Lokasi berikutnya.
Sampai disini dulu untuk kali ini, jumpa lagi di lain entry...
Layannnnnnnn...


Jumaat, 20 Februari 2015

Surabaya ~ Sunan Ampel.



Sekembalinya dari Madura, supir kami mas Nyoman terus membawa kami menziarahi makam Sunan Ampel yang terletak bersebelahan Masjid Agung Sunan Ampel, sangat ramai pengunjung kawasan ini.

Kami sampai ke kawasan ini lebih kurang pukul 4:10 waktu JATIM dan kami mengambil keputusan untuk menunaikan solat Jamak Qasar disini.

Masjid nya dari luar nampak agak lama binaan nya tapi di dalam nya sangat bersih dan indah, batu mar-mar besar yang menjadi lantainya besih dan berkilat dan suasana didalamnya sangat nyaman sekali 

Jalan masuk ke Masjid Agung Sunan Ampel ini dipenuhi kedai-kedai menjual berbagai keperluan beribadat dan makanan.... Kawasan ini dikenali juga kawasan pelancungan Agama atau dlm bahasa Indonesianya dikenali sebagai Wisata Religi.
 


Selepas solat kami berhasrat untuk menziarahi makam Sunan Ampel yang teletak disisi hadapan Masjid Agung Sunan Ampel ini...tapi tidak kesampaian kerana kawasan itu telah ditutup sementara kerana menghormati waktu Magrib yang akan masuk bila-bila masa saja lagi. 

sebentar kemudian kedengaran azan magrib menandakan telah masuk waktu magrib di Surabaya, kami pun bergegas keluar dan bersiap untuk menuju ke hotel yang telah dijanjikan oleh Mas Nizam orang tengah yang menguruskan berkenaan penginapan kami.


 
 
Dalam menyusuri lorong yang dipenuhi oleh berbagai jenis barangan, sempat seorang daripada rakan bersama dalam ekspidisi kali ini memberi kupiah...boleh tahan buatannya dan berbalaoi dgn harganya. kami bergerak meninggalkan kawasan tersebut menuju ke Hotel Penginapan yang di cadangkan  pada awalnya iaitu Hotel Quest...
Tapi apabila kami sampai ke perkarangan hotel namanya berlainan dan persekitaran dan lobinya menampakan hotel yg mahal....mmmm
 
 

 
 
Setelah menghubungi mas Nizam yang menguruskan tempahan Hotel sepanjang pengembaran kami ini, akhirnya beliau menyatakan bahawa  Hotel Quest yang dicadangkan nya penuh dan kami terpaksa menginap di Hotel Santika premier di tengah Kota Surabaya ini.
 
setelah segala urusan penginapan selesai kami pun menyimpan beg di bilik dan bergegas keluar untuk mencari kedai makan untuk dinner kami hari tu..

 
 
Kebetulan ketika itu hujan turun sangat lebat ini menyukarkan lagi untuk mencari kedai makan atau warong berdekatan hotel dan hotel tersebut terletak di kawasan yang hanya mempunyai restoran yang mahal...
 
Dalam rasa agak sedikit kecewa kami pun mengambil keputusan balik ke hotel dan cuba untuk mendapatkan sedikit makanan berupa roti atau biskut dan air untuk makan malam itu.
 
sedang menyusur jalan sibuk di kawasan hotel tersebut kami terlihat ada sebuah kedai makan yang menjual mee/nasi dalam beberapa cara masakan. kami pun terus makan disitu dengan hidangan pilihan kami malam itu ialah Mee Kluntung dan Teh Wangi...
 
 
Sampai disini dulu untuk kali ini jumpa lagi dilain entry.
 
Wassallam.....Layannnnnnnn.

 



Ahad, 15 Februari 2015

Surabaya - Madura - Surabaya.


Lepas selesai lunch kami beredar dan bergerak ke Masjid kaum Tionghwa yang terkenal di Surabaya ini khasnya dan Indonesia amnya.

Agak tersorok juga kedudukan nya, kalau cari sendiri agak sulit juga kerana kami menggunakan perkhidmatan supir ini telah memudahkan pencarian tersebut dan menjimatkan banyak masa.

Akhirnya kami sampai diperkarangan masjid tersebut, Masjid Muhammad Cheng Hoo. kisahnya berkait rapat dengan kisah pelayaran Laksama Cheng Hoo yang juga pernah singgah di Pelabuhan Melaka sewaktu Pemerintahan Kesultan Melaka suatu waktu dulu.















Setelah berada disitu selama setengah jam maka kami pun bergerak keluar dari perkarangan Masjid Mohamad Cheng Hoo menuju ke lebih timur lagi menuju ke jln masuk utama ke Pulau Madura sebelum dapat memasuki nya perlu melalui Gerbang Tol Surabaya untuk ke Jabatan Suramadu.


 
Jambatan yang melintasi Selat Madura yang menyambungkan Surabaya dengan Pekan Bangkalan di Pulau Madura. Ianya merupakan Jambatan Stayed Cable juga merupakan jambatan yang terpanjang di Indonesia.

Telah di gunakan dan dirasmikan oleh Presiden SBY pada tahun 2009 dengan jaraknya sejauh 5.44 KM, mempunyai jalan sehala 2 lorong ke dua dua belah keluar masuk dan pemandangan yang indah boleh dilihat apabila melalui kawasan tertinggi (peak point ) jambatan Suramadu tersebut.








Sewaktu kami sampai ke pintu masuk Pulau Madura ketika itu gerimis dan supir terus membawa kami masuk sehingga berhenti disebuah toko batik , namun kami tidak berhajat untuk membeli batik tapi sebaliknya mencari cendrahati  yg bersaiz kecil dan boleh dibeli dengan harga mampu milik.

kerana kami hanya sekadar hendak melihat lihat persekitaran pulau Madura ini dan tidak bermalam disini maka kami mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Surabaya, memang disepanjang jalan terdapat banyak kedai cendrahati dan buah-buahan terutamanya durian dan "binjai"....



 

Sempat juga kami singgah di salah sebuah gerai buah-buahan untuk merasa durian Madura, disini durian dijual tidak ditimbang tapi dinilai dengan saiznya . Kami hanya makan sebiji durian sahaja dan sebijik lagi diberikan kepada supir kami....mungkin kerana kami "pendatang" pada istilah mereka harga bagi 2 biji durian tersebut agak mahal dan tidak berbaloi jika dibandingkan dengan isi durian yang telah kita makan....namun kami bersyukor kerana dpt berkongsi rezeki bersama mereka penduduk Madura.
 
Cukup sampai disini dulu, sambung lagi dilain post...
 
Assalamualaikum....
Layannnnnnnnnnnnnn.






Sabtu, 14 Februari 2015

Tunggu aku dtg Surabaya


Sekian lama dah tak menulis terasa agak kekok dan ketandusan kata-kata..... seawal tujuh pagi aku bergerak keluar rumah bersama cucu saudara ku menuju ke KLIA2 untuk memenuhi impian ku untuk ke Surabaya pada tahun ini.... tak sangka pulak bagitu awal ianya terjadi...

Mau ke Surabaya ni memang sudah lama aku idamkan tambahan pula punya rakan maya di sana yang selalu mempelawa untuk kesana... dan tahun ini berkesempatan ke sana... Alhamdulillah...

Pagi itu agak risau juga dengan aliran traffic yang agak banyak di Lebuhraya PLUS arah ke Utara .... tambahan pula dengan cuaca hujan yg agak rintik rintik.

Namun bagitu atas kesabaran dan mencari laluan alternative yg agak kurang sibuk akhir nya sampai ke KLIA2 pukul 8:00 pagi.... dan aku terus bergegas ke ruangan "Check in" kerana pesawat yang akan kami naiki pukul 9:15 pagi berlepas ....

Selesai urusan passport dan keselamatan kami menunggu di Bay 17 untuk menaiki penerbangan QZ322 AirAsia Indonesia dan pesawat berlepas mengikut jadual.

Sepanjang perjalanan cuaca keseluruhan nya baik hanya bila menghampiri Juanda Airport atau lebih dikenali sebagai Bandara Juanda..cuaca agak berawan namun bagitu akhirnya....

Pesawat mendarat dengan selamat tepat pukul 11:37 pg waktu Jawa Timur (JATIM) lebihkurang bersamaan pukul 12:37 tengahari waktu Malaysia...Jumaat 30 Januari 2015.

Surabaya tunggu aku datang dan kini telah ku injak kan kaki ku dibumi pun Surabaya.


























Setelah selesai segala urusan Imigrasi kami pun keluar ke Gerbang Keberangkatan menghubungi supir yang akan membawa explorasi kami di JATIM ini nanti,

Supir kami hari ini bernama Nyoman orang Bali tapi dah menetap di Surabaya sejak 20 tahun dulu dan jiwanya lebih ke Surabayaan dari ke Balian...

Setelah memuatkan semua luggage kedalam mobil Awanza kami bersama supir terus beredar keluar dari Bandara Juanda menuju ke Kota Surabaya untuk membuat lawatan awal sebelum check in hotel pada malamnya...

Tempat pertama kami kunjungi untuk bergambar dan membuktikan bahawa kami telah menjejaki Kota Surabaya ialah monument Suro Boyo walau pun kami hanya bergambar di monument di hadapan Taman binatang di sini yg lebih dikenali sebagai Taman Suro ing Boyo...








Kami berada disini selama lebihkurang setengah jam kami beredar dari kawasan tersebut dan berpusing pusing melalui kawasan sekitarnya mencari tempat untuk makan tengahari kerana perut pun dah mula keroncong.

Setelah berpusing-pusing beberapa kali akhirnya supir kami berhenti di sebuah Restoran China Muslim for ours lunch today at Surabaya.

Tak tau nak order apa, pasal kos nya Nampak macam mahal sangat beribu ribu Rupiah...tergamam juga kerana mentality masih lagi RM....hahahaha.,

Akhirnya kami mengambil keputussan memesan Nasi Goreng dan Alpukat Jus....
Not bad sedap juga walaupun pada awalnya merasa agak keliru dgn Cara dan persekitaran disini.



Oklah  sampai disini dulu buat kala ini, sehingga berjumpa lagi di post lain lawatan kami selepas lunch ni selesai...

C U Next Time...
Layannnnnnnnn....