Isnin, 5 Disember 2011

BSS - BERKHATAN EDISI 2011.


Hari Sabtu lepas  aktiviti untuk memenuhi tanggungjawab sosial di taman kediaman tempat aku bermukim, Bandar Seremban Selatan.....ialah Majlis Berkhatan beramai-ramai bagi kanak-kanak yang layak dan mahu dikhatankan...mmmm.,

Seramai 12 orang kanak-kanak telah dengan bangga dan rela hati untuk berkhatan dan menjadi seorang yang lebih bersih dari taharah, kerana setelah berkhatan kesucian dari najis (kencing)   dapat direalisasikan...

Majlis bermula seawal pukul 8.30 pagi dengan menjalankan   undian bagi menentukan giliran siapa dahulu dan siapa yang kemudian, bagi memastikan semua pihak yang terlibat berpuashati dgn keputusan tersebut dan mengeratkan hubungan silatulrahim sesama kita serta redho dengan ketetapan qada` dan qadar Allah - allahua`lam.




Setelah proses pengundian selesai dan keputusan telah diperolehi serta semua yang terlibat berpuashati , acara berikutnya ialah membuat perarakkan 50 meter dari luar ke Surau An-Nur,Bandar Seremban Selatan 3A ,....untuk makluman Majlis Berkhatan tersebut akan disempurnakan di surau taman kediaman kami ini.

Mereka diarak dengan paluan kompang dan Selawat dari ibubapa dan semua yang sama-sama memeriahkan lagi Majlis ini dalam waktu yang sama dapat merapatkan lagi silatulrahim sesama penduduk BSS 3A.



Selesai perarakan, anak-anak yg akan dikhatankan bergambar kenangan bersama ibubapa dan JK penganjur Majlis berkhatan beramai-ramrai ini....tapi nampak gayanya ibubapa yang lebih bergambar dan berdebar-debar menantikan Majlis berkhatan ini berlangsung....





Selepas selesai bergambar, semua yang hadir berkumpul didalam Surau An-Nur untuk sama-sama mengadakan majlis doa selamat memohon kepada Allah semuga segala urusan yang dijalankan diberkati dan mendapat pelindungan serta berjalan dengan lancar dan selamat..... Insyaallah.....aaminnn...



Selepas selesai majlis doa selamat semua yang hadir dijemput untuk bersarapan pagi yang juadah sarapan paginya telah pun terhidang dikhemah yang disediakan.....banyak juga juadah yang disediakan....30 minit kemudian Doktor yang akan menjalankan pembedahan berkhantan pun tiba bersama pembantunya dan membuat persediaan perkakasan dan dewan bedahnya......yang nak berkhatan tidak dibenarkan masuk melihat dewan bedah yang sdg disiapkan.....seram sejuk tu....

15 minit kemudian jentera Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang bersama 5 orang anggota serta seorang pegawai pun tiba untuk membantu memeriahkan lagi majlis ini dengan menyediakan khidmat "shower" besar untuk mereka yang akan berkhatan " bersiram "..., seronok sungguh mereka....lupa sekejap akan kerisauan melalui detik berkhatan yang berjalan tak sampai setengah jam saja lagi....kanak-kanak lain yang berada disitu  turut teruja untuk turut serta "bersiram" tapi bila fikirkan berkhatan masing-masing menyimpan saja hasrat tersebut......mmmm budak-budak gitulah......


Selepas bersiram dan bergambar kenang-kenangan bersama anggota Bomba dan Penyelamat , mereka semua bersalin pakaian yang telah basah kuyup dengan berkain sarung dan berbaju t dan masuk semula kedalam surau untuk mendengar sedikit talimat dan kata semangat dari Doktor yang akan menjalankan proses berkhatan tersebut...
 
 
 
 



lebihkurang pukul 11.30 pagi peserta pertama berkhatan memasuki bilik pembedahan menandakan bermulanya acara kemuncak Majlis Berkhatan Beramai-ramai Edisi 2011, Bandar Seremban Selatan Fasa 3A, dan peserta terakhirnya selesai pada lebihkurang pukul 2.30 petang.
Syukor dipanjatkan kepada Allah swt atas limpah dan kurnianya atas selesainya majlis ini dengan lancar , selamat dan sempurna.....aaminnn..
Semuga dimasa akan datang pihak JK penganjur dapat melaksanakan aktiviti yang sama dengan lebih baik lagi serta dapat merapatkan ukhwah sesama muslim disini dan saliratulrahim pendudk setempat..
Sekian perkongsian pengalaman buat kali ini semuga bertemu lagi dilain catatan....
saya sudahi dengan
Wabillahitaufik walhidayah..

4 ulasan:

  1. meriah sungguh nampaknya majlis tu .. bagus muafakat orang di BBS ni.

    tahun depan boleh tambah 3 orang lagi kot !.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Tn Hj..,

    alhamdulillah tuan setakat ini permufakatan penduduk disini baik dan memuaskan byk aktiviti masyarakat dijayakan bersama secara bergoton-groyong....

    boleh saja.....

    BalasPadam
  3. Salam mie..,

    hidup bermasyarakat perlu muafakat,
    supaya hidup membawa berkat,

    p/s: tambahan bagi aku yg selalu pergi pagi balik petang tapi selalu balik malam.....

    BalasPadam