imej dari carian google
Hari minggu tuari aku ada terbaca satu sajak atau puisi sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia dalam akhbar arus perdana milik Syarikat kereta nasional kedua PERODUA, tertarik pulak aku dengan isinya dan gaya bahasanya yg kreatif dan sempoi jer... di sini aku salin semula sajak/puisi tu untuk kita kongsi bersama........
PENGHORMATAN BUAT SETIAP WARGA MALAYSIA.
BUAT MEREKA YANG SUKA ROTI CANAI CICAH SUSU PEKAT
YANG BILA RAYA DI LUAR NEGERI TERINGATKAN KETUPAT
JUGA MEREKA YANG SELESA TIDUR BERKAIN PELEKAT
BUAT MEREKA YANG BOLEH MENGUASAI LEBIH DUA BAHASA
YANG BERKUNJUNG KE BAZAR RAMADHAN DI BULAN PUASA
JUGA MEREKA YANG MAIN CONGKAK BERSAMA
BUAT MEREKA YANG TAK KENYANG KALAU TAK MAKAN NASI
YANG KALAU DI KAMPUNG SUKA SEKALI MANDI AIR PERIGI
JUGA MEREKA YANG KERAP BERULANG-ALIK MENAIKI FERI
BUAT MEREKA YANG SERING BERTANYA AWAK DAH MAKAN?
YANG BILA BERTEMU MEMBERI SALAM MENGHULUR TANGAN
JUGA MEREKA YANG PERAMAH WALAU BARU BERKENALAN
BUAT MEREKA YANG SETIA MENYOKONG PAASUKAN NEGARA
YANG SUKAKAN BUAH DURIAN, LANGSAT DAN BIDARA
JUGA MEREKA YANG MENGHARGAI KEINDAHAN ALAMNYA
BUAT MEREKA YANG BERKORBAN UNTUK MERDEKA
YANG MERINTIS KEBEBASAN KETIKA SEAWAL MALAYA
JUGA MEREKA YANG BANGSA BERGELAR WARGA MALAYSIA
BUAT MEREKA YANG CINTAKAN BUMI BERTUAH INI
YANG DI SEMENANJUNG, SABAH DAN SERAWAK SEKALI
JUGA SEMUA WARGA MALAYSIA
KERANA ANDA KEUTAMAAN KAMI
~ PERODUA~ building Cars Peolple First.
Antara kita, ada wira tak didendang yang berjuang demi kemerdekaan, antara kita ada mereka yang menggerakkan negara mencapai kemajuan.....kerana kita semua warga Malysia.
Ingatlah asal-usul kita ini dan pastikan jalur gemilang terus berkibar megah.
"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"
dari carian google.
Sekian perkongsian kita untuk kali ini sehingga berjumpa lagi di lain masa dan catatan.
wabilalhitaufik walhidayah,
cukup menarik!
BalasPadamTapi kalau pemerintahan bertukar tangan, tak tau apa akan jadi...
BalasPadamSalam AK..,
BalasPadamsaya pun suka...mmmmm
salam mie..,
BalasPadammudah-mudahan Allah beri perlindungan bagi kita disini ...Insyaallah...aaminnn
kalau kuasai >1 bahasa, sangat banyak faedahnya.. :-)
BalasPadamSalam tips..,
BalasPadammemang itu sepatutnya terutamanya bahasa arab yg besar faedahnya utk kita yg muslim..allahuallam
salam azmnor
BalasPadambersyukur dilahirkan sbg warganegara malaysia.. ;)
Salam kemang..,
BalasPadambetul kemang...alhamdulillah kerana kita menjadi warganegara malaysia yg hidup aman dan harmoni..
saya bangga menjadi rakyat Malaysia..Malaysia ku tercinta...
BalasPadamAssalamualaikum Sahrom..,
BalasPadamSaya pun Sahrom...bagitu lah sepatutnya...Bangga sebagai rakyat Malaysia...muga Allah berkati kita semua dan kekalkan keamanan dan keharmonian kita selama ini serta syukor atas semua ini...