Khamis, 29 September 2011

Selamat Menunaikan Fardu Haji , Selamat Pergi dan Selamat Kembali.






Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima bagi tahun ini ialah pada 29 September ini, kata Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Syed Saleh berkata 450 jemaah haji itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, melalui penerbangan sewa khas haji iaitu pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan Saudi Airlines pada hari berkenaan iaitu pada waktu pagi dan tengah hari.
Mereka adalah sebahagian daripada 28,000 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan mengikut kuota yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi pada musim haji tahun ini.
Bercakap kepada pemberita di Putrajaya malam tadi selepas menghadiri pelancaran Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim, beliau berkata jemaah haji Malaysia ketika ini sedang mengikuti peringkat akhir kursus haji iaitu kursus perdana di peringkat negeri selepas menghadiri kursus asas dan kursus intensif.
“Persiapan sudah lengkap. Sekarang cuma tunggu nak berangkat dan surat untuk memaklumkan jadual penerbangan telah dikeluarkan secara berperingkat sejak awal September,” kata beliau.
Syed Saleh berkata seramai 800 petugas Tabung Haji akan bertugas kali ini untuk menjaga kebajikan para jemaah dan mereka akan berangkat ke sana secara berperingkat bermula Rabu depan.
Penerbangan jemaah haji balik ke Malaysia dijadual bermula 12 November dan dijangka berakhir 11 Disember, kata Syed Saleh.
Sementara itu, Mashitah dalam ucapannya menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya menjaga kesihatan masing-masing, menjaga percakapan, tingkah laku dan disiplin masing-masing demi nama baik negara.
Sehingga hari ini, Mashitah berkata Tabung Haji dikenali sebagai antara agensi yang berjaya melahirkan jemaah haji yang terbaik di peringkat antarabangsa dan berharap pengiktirafan itu dapat dikekalkan melalui kerjasama semua jemaah haji Malaysia.

berita dipetik dari sumber BERNAMA.





Seronok bila baca berita ni tambahan pulak ramai kawan dan kenalan yang akan berlepas hari ini dan hari-hari berikutnya. Alhamdulillah syukor kerana mereka terpilih sebagai Tetamu Allah semuga mendapat Haji Mabrur....mudah-mudahan sihat selama berada disana dan dipermudahkan dalam segala urusan harian dan urusan ibadah..Insyaallah...aaminnn.

Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah serta dosa jika ada kepada semua terutama mereka yang akan ke Tanah Suci.


sampai disini saja perkongsian kita sehingga bertemu lagi di catatan lain, dan disudahi dengan
wabillahitaufik walhidayah

8 ulasan:

  1. salam sahrom..,

    mudah2an gitulah doa dan harapan kita...mereka semua mendapat haji mabrur....Insyallah.....aaminnn.

    BalasPadam
  2. Saya juga memasang impoin ingin mengerjakan Haji.

    BalasPadam
  3. semoga mereka semua selamat pergi n pulang..amin...

    BalasPadam
  4. Kena pasang impian tapi kalau ikut tempoh menunggu sekarang nampaknya lambat lagi lah. Nak kena pergi guna pakej nampaknya...

    BalasPadam
  5. Salam miec..,

    punyai impian dan azam untuk tunaikan Haji tu wajib bagi semua umat islam....mudah2an allah perkenankan ... insyaallah...aaminnn

    BalasPadam
  6. salam papa M,

    bagitulah hendaknya...Insyallah...aaminnn

    BalasPadam
  7. salam mie..,

    kalau ikutkan giliran memang jauh sgt mie..tapi niat dan azam ke sana tu wajib ada....nanti Allah permudahkan dengan usaha kita utk melaksanakan....Insyaallah....aaminn

    BalasPadam