Rabu, 7 Oktober 2015

Mee Kari Railway Rasah S2


Pagi tadi selepas selesai rawatan rehabilitasi kat klinik rehabilitasi HTJ Rasah, teringin pula nak makan mie kari railway Rasah kat Seremban 2.

Lama juga tak kesana rasanya dah setahun lebih... Selalu jugak anak sulong ajak kesana tapi bila pergi kedai makan tu tutup.
Hari ini sampai hajat kami nak makan mee kari railway.

Asalnya kedai mee kari ni terletak berhampiran jambatan ke Rasah melintasi jalan keretapi, bersebelahan dengan quarters railways jalan tembuk...

Sejak jambatan dan jalan rasah melalui proses pembangunan dan pembangunan komplek komuter seremban menyebabkan kedai makan mee kari terpaksa berpindah dan dirobohkan.


Kini ianya beroperasi di Seremban 2 berhadapat Station Petronas jalan ke Komplek pejabat kerajaan S2., juga laluan ke Jaya Jusco S2 dan Maidin S2.


Menu utamanya mee kari ayam dan memang dah terkenal di Seremban ni , selalu pengujungnya yang ramai membuatkan kita terpaksa menunggu giliran untuk mendapat tempat duduk.
bagi yang nak cepat dan tak sabar untuk menunggu giliran terpaksalah "take away" jer...
Nasi lemak ayam nya juga tak kurang enaknya bagitu juga dengan kueh mueh tradisi yang dijual disini.
Dengan harga mampu bayar membuatkan ia antara kedai makan yang mrnjadi pilihan untuk penduduk seremban yg berbilang kaum bersarapan terutamanya pada hujung minggu.


Tu dia tak sedar dah licin tak sempat nak tembak satu gambar sebelum makan...mmm memang terbaek....

Sekian catatan buat kali jumpa lagi di lain masa dengan catatan lain.

Jumpa lagi lain masa....nak minum air dulu...

Layannnnnnn.....

8 ulasan:

  1. Pergh... seurat mee pun tak tinggal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.....tu kes kebulor mie....hahaha

      Padam
  2. Mesti special ni sampai kena beratur... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagitu lah kira kira nya wa.....terima kasih banyak kerana sudi singgah disini...

      Padam
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  4. Dulu masa blajar kat OUM somban, situlah tmpat mkan febret

    BalasPadam
  5. Kedai ni tutup hari apa yea...

    BalasPadam