Isnin, 5 Oktober 2015

Shuttle service komuter KTM lanjut hingga ke Gemas.


KTM akan mula memperkenalkan dan menambah perkhidmatan komuter nya ke Tampin dan Gemas mulai 10hb Oktober 2015 ini.

Dengan adanya perkhidmatan laluan tambahan ini, laluan Seremban - Tampin - Gemas dapat memberi lebih pilihan kepada penduduk Negeri Sembilan , Melaka dan Johor untuk menggunakan kemudahan pengangkutan awam untuk ke distinasi Selatan Semenanjung atau mereka yang berulang alik dari Selatan ke Wilayah Persekutuan KL, Selangor dan negeri-negeri di bahagian utara semenanjung.

Secara tidak langsung ianya dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan dan usaha memajukan kawasan persekitaran laluan system pengangkutan komuter ini.

Dengan ujudnya shuttle service komuter ini, perkhidmatan komuter sediada yang biasa nya berakhir di Stesen Sungai Gadut akan berakhir di Stesen Seremban kemudian akan disambung oleh shuttle service komuter hingga ke Tampin dan Gemas.


Rajah laluan

Perkhidmatan  ini akan bemula seawal (0350)  3:50 pagi dari Stesen Seremban akan tiba ke Stesen Gemas pukul (0455) 4:55 pagi dan yang terakhir pada pukul (1935) 7:35 malam dari Stesen Seremban akan tiba ke Stesen Gemas pada pukul (2040) 8:40 malam.

Manakala dari Gemas pula akan bermula seawal pukul (0505) 5:05 pagi dan akan tiba  ke Stesen Seremban  pada pukul (0514) 6:14 pagi dan yang terakhir pada pukul (2130) 9:30 malam dari Stesen Gemas dan akan tiba ke Stesen Seremban pada pukul (2239) 10:39 malam.

Buat masa ini perjalanan shuttle komuter ini hanya 4 perkhidmatan sehari iaitu 2 perkhidmatan Seremban - Gemas dan 2 perkhidmatan dari Gemas - Seremban..

Bagi Perkhidmatan dari Seremban ke Tampin akan bermula seawal pukul (0350) 3:50 pagi dan tiba di Stesen Tampin / Pulau Sebang pada pukul (0427) 4:27 pagi serta berakhir pada pukul (2140) 9:40 malam dan akan tiba di Stesen Tampin / Pulau Sebang pukul (2217) 10:17 malam.
 
Manakala dari Stesen Tampin/Pulau Sebang pula akan bermula seawal pukul (0518) 5:18 pagi dan akan tiba di Stesen Seremban pukul (0556) 5:56 pagi dan perkhidmatan terakhirnya pada pukul (2235) 10:35 malam dan tiba di Stesen Seremban pukul (2313) 11.13 malam.
 
Perkhidmatan Shuttle komuter ke Tamping/Pulau Sebang adalah sebanyak 55 perkhidmatan sehari pergi balik Seremban - Tampin/Pulau Sebang - Seremban. 27 perkhidmatan dari Tampin/Pulau Sebang ke Seremban dan 28 perkhidmatan sebaliknya.
 
Perkhidmatan Shuttle komuter ini bermula dari Seremban melalui Stesen perantaran Senawang, Sungai Gadut,Rembau, Tampin/Pulau Sebang Batang Melaka dan akhir Gemas, bagitu juga sebaliknya.
 
Bagi perjalanan berikutnya ke Rawang / Tanjung Malim atau Perlabuhan Klang - Batu Caves, penumpang perlu mengambil Komuter ke Rawang/ KLSentral di Stesen Seremban untuk perjalanan seterusnya.

Jadual Tambang antara distinasi antara Seremban ke Gemas.
Tambang perjalanan bagi Shuttle Service komuter KTM dari Seremban - Tampin/Pulau Sebang - Gemas adalah seperti Jadual tambang tertera diatas.
 
Terdapat 5 jenis tiket iaitu
 
Sehala         : Perjalanan tiket sehala ke stesen destinasi yang tercatat di tiket.
Dua hala     : Perjalanan tiket pergi balik ke stesen destinasi yang tercatat pada tiket.
Konsesi      : Diskaun 50 % untuk OKU, warga emas,kanak-kanak berumur 4-12 tahun
Mingguan  : Diskaun 29 % daripada kadar tambang mengikut perjalanan.Hanya bayar untuk tempoh 5 hari pergi balik dan boleh digunakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembelian.
Bulanan     : Diskaun 33% daripada kadar tambang mengikut perjalanan. Hanya bayar tambang untuk tempoh 20 hari pergi balik dan boleh digunakan dalam tempoh 30 hari dari hari pertama setiap bulan sehingga hari terakhir bulan tersebut.
 
 
Stesen Sungai Gadut topek sey selalu naik dan tughun...

Diharapkan dengan adanya perkhidmatan Shuttle Komuter ini dapat memberi lebih kemudahan dan keselesaan kepada penduduk Negeri Sembilan, Melaka dan Johor khususnya dan untuk keseluruhan rakyat Malaysia amnya.
Semuga dimasa akan datang KTM akan terus membuat bermacam macam pembaharuan dan tambahan perkhidmatan bagi mendorong kepada kemajuan Malaysia.

Sampai disini saja catatan saya semuga jumpa lagi dilain masa ...
In Shaa Allah....aaminnn Ya Rabbalaalamin....

6 ulasan:

  1. Tunggu KTM operates bullet train pulak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah.... ETS dr KLSentral ke Pdg Besar dah operasi dah...3 jam perjlanan lebihkurang.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. biar boto... kl sentral - padang bosa 3 jam... laju tuuu... iyo ko...? samo mcm bullet train gak tu..

    BalasPadam
  4. Maksud 4 perkhidmatan sahaja? Masa yang tertera sahaja ya? Pagi dan petang sahaja. Bukan sentiasa ada macam ktm??

    BalasPadam