Rabu, 1 Disember 2010

TESCO EXTRA OAKSLANDS Industrial Area SEREMBAN 2.


Sabtu lepas saya telah ke TESCO EXTRA yang baru jer dibuka dan mula beroperasi pada 22hb Nov 2010 yang lepas...

Walau pun telah dibuka seminggu yang lalu pengujungnya tetap ramai dan parking lot yg disediakan seluas setengah padang bola telah penuh separuh darinya semasa saya buat pertama kalinya berpeluang mengunjungi pasaraya tersebut.

Memang dah trend masa kini kebanyakan Pasaraya borong menyedia berbagai kemudahan dan prasarana yang canggih dan selesa untuk menarik pelanggan dan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan-pelanggan...

Mempunyai ruang niaga untuk penyewa - penyewa kecil kecilan yg lain menjalankan perniagaan dalam kawasan perniagaan komplek tersebut..

Ada berbagai perniagaan dijalankan oleh mereka dengan cara di lakukan untuk menarik perhatian pelangan pelangan yg dtg kesana samada untuk membeli keperluan atau sekadar "window shoping".

terdapat juga cafe untuk bersarapan atau makan tengahari disini... dengan ruang yang luas dan selesa serta harga makanan yang berpatutan.


Disini juga disediakan kemudahan surau untuk muslimin dan muslimat , agak luas juga dan kemudahan berwuduk disedikan dialam surau tersebut.

Kemudahan tandasnya juga memuaskan terdpt dlm  ketegori .... utk perempuan , laki-laki dan untuk kemudahan mereka yang mempunyai anak kecil atau bayi.... kemudahan untuk OKU juga disediakan.

Tidak lupa juga kemudahan ATM juga terdapat disini...... tu penting tu...


 




Kemudahan yg terdpt disini


                                         kawasan letak kereta yang luas dan berbumbung


Gitu laa serba sedikit pasal Pasar raya yg baru saja dibuka disini...

Ok laa beli pun sudah better belah....mmmmm
jumpa lagi di lain catatan

Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....