Sabtu, 1 Oktober 2011

Cepat masa memintas kita...




Hari ni dah masuk suku terakhir tahun masihi dan bulan-bulan terakhir dalam kalendar hijriah... terasa pantas nya masa berlari memintas dan meninggalkan kita dan entah banyak mana lagi berbakinya usia ini.., risau dan rusing juga memikirkan kerana masih banyak yang masih belum terlaksana sepenuhnya segala tanggungjawab dan janji pada NYA yang telah termetri sejak azali...

Sebak dan sayu bila terkenangkan dosa-dosa silam dan salah silap masa lalu yang entah terampun entah tidak..... dalam bertungkus lumus untuk membayar dan mengganti semula segala kekurangan dan kelompongan dalam usaha mengumpul bekalan untuk ke alam kekal abadi



yang pastinya tak dapat berpatah semula kemasa silam, tiada "time machine" utk semua itu yang pentingnya pergunakan setiap saat waktu yang masih berbaki lagi ini...

takut ianya tak kesampaian kerana tiba waktunya masa aku disini terhenti dan tranfomasi ke masa baru dan alam kekal abadi bermula....
Ya Allah berilah aku kasih sayang MUdan ehsan MU untuk ku menebus segalanya walau pun ku tau semua itu bisa ku gapai dengan izin MU dan belas MU..... ya Allah..
berikan lah aku kesempatan itu sesungguhnya aku senantiasa menzalimi diri ku ini....





Sekian coretan dan perkongsian ini dan sehingga berjumpa lagi di lain masa .... Insyaallah.
di sudahi dengan..
wabillahitaufik walhidayah...

8 ulasan:

  1. salam..

    ya benar..betapa cepatnya masa berlalu....moga kita beroleh rahmat Allah swt sering masa yg berlalu..amin..

    BalasPadam
  2. alaikumsalam SK,

    mudah-mudahan Allah memberi kita peluang dan rahmatnya...Insyaallah...aaminnn.

    BalasPadam
  3. semoga dosa2 kito semuo diampuni Allah SWT...amin...

    * kedai papa mifz kat C4 Bukit Rimau@Kota Kemuning,Shah Alam...dtg la..;)

    BalasPadam
  4. Salam Papa M,

    Insyaallah...itulah yg kita dambakan papa....aaminnn...

    * Insyaallah ada kesempatan saya akan kesana..

    BalasPadam
  5. Masa begitu pantas berlalu..sedar tidak sedar kita semakin berusia..adakah esok, lusa, tulat atau bila kita akan pergi buat selamanya...mmmm..mudah-mudahan kita semua ditempatkan di kalangan orang beriman bila tiba masanya

    BalasPadam
  6. assalamualaikum & salam singgah. masa? masa kejar kita atau kita yg terkejar-kejarkannya...yg penting kejarkan beribadat pd-Nya, jd yg lain insyaAllah beress..

    BalasPadam
  7. Salam abah K,

    Insyaallah...semuga doa kita dan usaha kita diterima NYA...aaminnn.

    BalasPadam
  8. Alaikumsalam nahmy,

    Terima kasih sudi singgah dan komen disini....

    Mudah-mudahan bagitulah hendaknya...Insyaallah...aaminnn..

    BalasPadam