Khamis, 20 Oktober 2011

Tesco Extra Seremban Jaya mula urusniaga hari ni.( 19.10.2011 )



Hari ni Rabu 19.10.2011 , Pasaraya Besar Tesco Extra cawangan Seremban Jaya memulakan perniagaannya, terletak betul-betul bersebelahan dengan pekan Seremban Jaya fasa 1 dan berhadapan Simpang tiga jalan utama masuk ke Taman Seremban Jaya tersebut.

Ianya beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 pagi.... kiranya buka hari khamis tutup awal pagi jumaat dan bagitu lah seterusnya...tak tau lah camana sibuknya nanti disitu...patut pun malam tadi aku balik jalan kat situ sesak banget.... luar biasa dari selalunya.

Dengar citernya lagi besar dari Tesco Extra yang terdapat di Seremban 2.... tapi aku tak heranlah sebab Seremban Jaya tu jer dah berbelas fasa rumah kediaman..... penduduknya pun tak kurang dari 20 000 orang...belum masuk lagi Bandar Seremban Selatan ada 4 fasa.... Pinggiran Senawang ada 4 fasa juga kalau tak salah aku...Taman Tuanku Jaafar ada 6 fasa kalau tak salah aku dan Taman Tunku Najihah

Bagusnya ada dan tak bagus nya pun ada, yang bagusnya pengguna-pengguna di sekitar kawasan ini ada banyak pilihan tempat untuk mendapat keperluan harian dengan harga yg berpatutan dan mutu yg munasabah dan tak perlu lagi berjalan jauh utk mendapatkannya.....yang tak bagusnya ramai  peruncit berhampiran akan merosot perniagaannya dan mungkin ada yang terpaksa gulung tikar cari tapak perniagaan yang lain pula...

satu lagi keburukannya .. nanti tempat ni jadi tempat melepak bebudak sekolah yg memoteng dan aktiviti yang tak bermoral....aiii pening juga tu nak ditangani... yg dah sedia ada pun masih tak dpt dikawal tambah lah pulak lagi yg ini.

tapi harapan aku dengan adanya Tesco ni ainya lebih memberi manafaat kepada penduduk setempat  walau pun ujud serba sedikit kesulitan kepada penduduk disini

Sekian saja perkongsian infomasi pada catatan ini sehingga berjumpa lagi di lain caatatan
saya sudahi dengan

Wabillahitaufik walhidayah




8 ulasan:

  1. saya ingatkan dah buka lama dah .. saya jarang lalu ikut situ. kalau nak pergi kl pun lebih suka ikut lekas.

    setiap benda ada baik buruknya.. contohnya pisau, boleh potong sayur dan boleh juga potong orang.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Tn Hj,

    memang diaorg "target" nak Depavali ni sbb kawasan tu boleh tahan jugak ramainya org india dan hindu.

    saya pun kekadang ikut Lekas gak kalau nak ke Nilai atau ke Putrajaya.

    memang saya tak nafikan tuan bagitulah kejadian mahluk ada kelebihan dan kekurangannya

    * Abg Alias ke Tanah Suci hari kan, Isyak semalam ingat nak ke surau lavender tu ada rezeki boleh jumpa dia sebelum berangkat tapi semalam bas sampai lewat ke Giant Senawang tu tentunya jemaah dah bersurai- tak der rezeki nak jumpa tak perlah saya doakan semuga segala urusan beliau disana berjalan dengan lancar dan mendapat Haji Mabrur...Insyaallah...aaminnn

    BalasPadam
  3. Boleh menyoping sampai tengah2 malam tu. Dulu Tesco di Shah Alam dibuka 24 jam lagi.

    Memang ada buruk baiknya. Baiknya kita boleh pergi bila-bila masa, buruknya, boleh membunuh kedai2 runcit yang terletak berhampiran dengannya...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum mie..,

    gitulah mie, lepas balik kerja pun aku leh gi nyoping....

    memang tak dinafikan baik dan buruknya tu..

    BalasPadam
  5. lama dah tak tak rayau seremban.
    s'ban jaya pun tak tau kat mana.

    BalasPadam
  6. Salam Ujie,

    Seremban jaya tu dekat dgn exit senawang....lepas jer tol jumpa simpang 3 ada trafic light masuk kanan...

    Pekan Seremban pun saya jarang dah pergi sbb segala kemudahan ada kat senawang ni..

    BalasPadam
  7. Salam...memang betol tu, walau ada kebaikan, keburukan dia kena di tekankan jugak....

    BalasPadam
  8. Alaikum salam Fadzli..,

    memang kena fikirkan fadzli itu antara tanggungjawab kita kepada masyarakat...

    BalasPadam