Selasa, 4 Oktober 2011

Walimatul urus dan Kenduri Doa Selamat ke Mekkah....




Sabtu dan ahad minggu lepas aktiviti aku di penuhi dengan  jemputan walimatul urus dan kenduri doa selamat dan bacaan Yassin untuk orang nak berangkat ketanah suci Mekah untuk menunaikan fardu Haji....

terkejar-kejar juga di buatnya , sebab waktu majlis dijalankan dan dilangsungkan adalah dalam julat masa yg lebihkurang sama jer... walau bagaimana pun semua jemputan perlu dihadiri untuk menunaikan tanggungjawab sosial....tambahan pula untuk bagi teman dan sahabat serta rakan taulan yang akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan fardu haji... mengambil keberkatan dan mendoakan kesejahteraan dan kesempurnaan ibadah di sana nanti juga mendapat keberkatan doa mereka yang akan kesana nanti... 


Sabtu tu aku ke Sendayan dulu hadiri majlis walimatul urus , perkahwinan anak sulong kawan isteri saya yang mana majlis berlangsung di rumah datuknya disitu...besar-besaran juga majlis tu ..yerlah anak pertama ...turut dijemput MB dalam majlis tersebut.

selepas selesai di majlis tersebut aku bergegas pula  ke Dewan orang ramai TTJ untuk meraikan "Tetamu Allah" yang berangkat ke Tanah suci pada hari-hari mendatang...moga-moga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan .


Keesokannya aku ke dusun nyior untuk menghadiri majlis walimatulurus anak lelaki kawan isteri dan kawan aku jugalah....meriah sungguh warna tema kuning diraja tu....yerlah menantu pun suku sakat raja gak...OK laa tu... mudah-mudah berbahagia dan jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat...Insyaallah...aaminnn.


petang tu pula bergegas ke Kg. Senamo, Rombau, untuk menghadiri majlis doa selamat dan bacaan yassin untuk teman lama yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekkah pada jumaat ni 7 hb Oktober 2011...mudah-mudah beliau sihat dan dpt melaksanakan ibadat haji dan mendapat Haji yang mabrur...Insyaallah..aaminnn.

Sampai disini saja catatan buat kali ini sehingga berjumpa lagi di lain catatan..
dan disudahi dengan..,
wabillahitaufik walhidayah..,
 

6 ulasan:

  1. samolah kita sibuknay di hujung minggu.

    ni baru balik dari pasar tani ampangan. beli ikan .. boleh kata setiap minggu naik harga. ikan senangin dah dekat sama dgn harga daging rusa pulak.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Tn Hj,

    nyampaikan ajat orang Tuan, ...tanggungjawab sosial..

    memang sekarang ni barang semakin maha tambahan pulak ado khoba angin ngobakan gaji kakitangan kerajaan naik belanjawan jumaat ni..
    sabtu tuari boli ayam pun dah RM 8.40 sekilo....
    camtu sok boli daging ruso yo laa gantikan ikan senangin....mmmmm.

    BalasPadam
  3. Sibuknya setanding MB tu. Ye lah orang dah jemput kenalah datang, lagipun tak payah masak lunch dua hari... hehe

    BalasPadam
  4. salam..amboi sibuk nyer encik azmnor ni ;)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum mie...,

    hehehe sibuk macam MB tapi tak bertanding pun...hehehehehe.

    2 hari tak payah nak cari menu apa nak masak....hehehehe.

    yg pentingnya sampaikan hajat org dah mengudang , itulah yg sebaiknya.

    BalasPadam
  6. alaikumsalam kemang..,

    memenuhi undangan tu tuntutan agama dan mengeratkan lagi silaturahim...allahualam...

    alhamdulillah lega bila dapat penuhi semua undangan sebaik mungkin.

    BalasPadam