antara kitab beliau yang telah diterjemahkan kedalam bahasa melayu
2 . Ketegasan berdepan dengan pemerintah Mesir untuk melawan kemungkaran sehingga mendapat gelaran "Penjual raja-raja".
Kedatangan ke Mesir pada tahun 639 Hijriah telah disambut oleh Sultan Najmuddin Ayyub dengan penuh penghormatan. Namun di Mesir al-Izz berhadapan dengan kemungkaran-kemungkaran yang mesti ditentang dan dihapuskan. Al-Izz dilantik menjadi ketua hakim (Qadhi al-Qudhah) dan khatib Mesir.
Ketika melaksanakan tugasnya, al-Izz mendapati wujud beberapa kepincangan dalam pemerintahan, antaranya beberapa orang Umara`(pemimpin) masih lagi daripada golongan hamba yang menjadi milik Baitulmal Muslimin.
Mengikut hukum syara` perlantikan mereka ke jawatan-jawatan tersebut tidak sah dan tindakan mereka terbatal, antara mereka ialah Naib Sultan sendiri. Al-Izz lalu memaklumkan kepada mereka tentang kedudkan mereka di sisi syara` dan mengambil tindakan memebekukan segala tindakan mereka. Keputusan tersebut telah menimbulkan kemarahan dan tidak puas hati dikalangan umara` yang masih merupakan golongan hamba, tetapi al-Izz mengambil sikap tegas dalam keputusannya bahawa nereka hendaklah dijual secara lelongan terbuka, kemudian dibebaskan mengikut hukum syara`.
Keputusan tersebut bukan sahaja ditolak dan ditentang bahkan al-Izz diberri layanan kasar oleh Sultan Mesir sendiri. Oleh kerana itu al-Izz membuat keputusan meninggalkan negeri yang enggan melaksanakan Syariah Allah itu. Keputusan tersebut dilaksanakan serta merta. Setelah berita al-Izz keluar dariKaherah diketahui umum, orang ramai dari segenap lapisan masyarakat mengambil keputusan untuk keluar bersama-sama al-Izz dari negeri tersebut, sebagai penentangan terhadap pemerintah yang enggan melaksanakan syariat Allah.
Sultan telah diberi nasihat oleh seorang yang jujur denagan kata-katanaya: "Selamatkanlah kerajaanmu! jika tidak ia akan binasa dengan pemergian al-Syeikh".
Mendengar nasihat itu bergegaslah Sultan menunggang kuda mendapatkan al-Izz untuk memujuknya supaya kembali semula ke Kaherah.
Beliau setuju dengan pemintaan Sultan itu, dengan syarat semua pegawai kanan kerajaan dikalangan hamba itu hendaklah dijual secara lelong terbuka. Kembalilah al-Izz bersama-sama pengikutnya. Benarlah, sesungguhnya kebenaran dan keadilan mengalahkan kebatilan dan kezaliman.
Dari peristiwa inilah as-Syeikh al-Izz rahimullah dikenali sebagai "Penjual Raja-Raja". Masyurlah kisah ini keseluruh dunia. Pendirian unggul yang belum pernah disaksikan oleh alam ini, telah menjadi satu catatan sejarah. Suara kebenaran kembali berkumandang, ulama` di martabatkan, syariah Allah dilaksanakan dan kebatilan dikalahkan.
Al-Izz telah mengamalkan kehendak hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"JIHAD YANG PALING AFDHAL IALAH MEMPERKATAKAN KEBENARAN DI HADAPAN PEMERINTAH YANG ZALIM" ( Ibnu Majah ).
Semoga Allah mencucuri rahmat NYA keatas Sultan Ulama al-Izz rahimahullah...aaminnn.
Sekian perkongsian info berkenaan ilmuan Islam yang telah berjuang menegakkan syariat Islam. sehingga berjumpa lagi di lain catatan..
disudahi dengan..,
Wabillahitaufik walhidayah
Salam...
BalasPadamMesir dulu memang gah kan...sekarang ni dah jadi sekular dan tak terbayang yang dulunya begitu berpegang kuat pada Islam....
Alaikum salam Fadzli..,
BalasPadamHarapan kita selepas kejatuhan kerajaan sekular pimpinan mubarak tidak dikekalkan kerajaan sekular tersebut mudah-mudahan berubah semula ke kerajaan seperti zaman Sheikh Hassan Al bana.... allahualam.
Negara-negara Arab ni kebanyakkannya tidak mengamalkan demokrasi. Kalau boleh nak memerintah seumur hidup...
BalasPadamterima kasih krn memceitakan tentang tokoh ilmuan islam dinegara arab.
BalasPadamsalam mie..,
BalasPadamtu yg sedih mie...,patut nya diaorg tu kita nak tiru...bumi tempat turunnya para anbia..
salam zue..,
BalasPadamsaya seronok kerana dapat sama-sama berkongsi pengetahuan dan mengenali tokoh ilmuan Islam dan Ulama` di kslangan masyarakat Islam seluruh dunia....
Terima kasih kerana suka berkongsi ilmu... mudah-mudahan kita semua mendapat menafaat darinya ..Insyaallah...aaminnn