Memaparkan catatan dengan label Tokoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tokoh. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Disember 2011

Antara Ulama tersohor - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.






IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH.


Beliau yang bernama Abdurrahman bin Ali bin Muhammad Al-Jauzi Al-Qursy Al-Baghdadi Abu Al-Faraj. Seorang alim pada zamannya dalam Ilmu Sejarah dan Ilmu Hadith....dilahirkan di Baghdad dalam tahun 508 Hijriah bersamaan 1114 masihi.

Mempunyai kepakaran diperbagai bidang dan disiplin keilmuan. Beliau sangat berlainan daripada mereka yang seusianya, byk mengarang buku-buku yang bermutu dalam ukuran berjilid-jilid juga dalam bentuk buku nipis dan kecil yang mencapai jumlah 300 buah karangan beliau dan 200 tajuk buku yang ditulis tangan beliau sendiri.

Juga memiliki kelebihan dalam bidang seni tausiah/mauziah yang belum pernah didahului oleh sesiapa pun sebelumnya dan juga belum pernah diserupai dalam cara dan bentuk penyampaian, beliau juga sangat fasih dalam retorik bahasa dan kata-katanya sangat mendalami makna-makna dengan jelas dan pandai membuat pendekatan terhadap masalah-masalah yang asing dengan pendekatan persaksian dan bukti-bukti sampai pada urusan yang berperasaan, dengan ibarahnya yang cepat dan mudah difahami dan mudah diketahui, beliau juga mampu mengumpul makna-makna yang banyak dalam kalimat-kalimat yang mudah.



Di dalam antara karangan beliau yang bertajuk "PENYAKIT DAN PENAWARNYA"   ( adalah terjemahan dari kitab asalnya berbahasa arab ) membincangkan kesan dan akibat daripada dosa-dosa, namun beliau menghuraikan ehwal penawarnya melalui kaedah Al-Quran dan as-sunnah.

Dosa merupakan akibat dari suatu pelanggaran hukum Allah yang dilakukan oleh makhluk , namun sekalipun setiap seseorang mempunyai dosa yang bilangannya mencapai bilangan buih di lautan namun Allah dengan ZatNYA Yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani, maka tetap ALLAH akan mengampuni dosa-dosa selagi hamba-hamba NYA sedar dan bertaubat dari melakukan dosa , samada dosa besar mahupun dosa kecil sengaja maupun tidak.

Persoalannya, apakah dengan bagitu seseorang itu boleh melakukan dosa secara terus menerus atau sengaja melakukannya?...

Dosa adalah sesuatu yang amat merbahayakan dan merupakan malapetaka yang mengundang dan bakal menimpa pelakunya sama ada di dunia maupun di akhirat.

Buku ini boleh menjadi panduan bagi pembaca yang berminat dan ingin mengetahui hakikat tentang dosa dan pengaruhnya bagi kehidupan dunia dan akhirat...Allahua`lam.

Sekian buat perkongsian infomasi buat kali ini sehingga berjumpa lagi dilain masa ..Insyaallah.
Yang baiknya dtg daripada Allah dan yg buruknnya dari kelemahan saya sendiri...
saya sudahi dengan wabilahitaufik walhidayah serta tasbih kifarah...


Jumaat, 25 November 2011

Al-Imam Hasan Al Banna - Pejuang Islam, Pendakwah tulin dan Mujadid abad ke 20.



Salam Sejahtera buat Muslimin dan Muslimat sekalian , sempena hari Jumaat yang mulia ini saya mengajak semua pengunjung blog saya ini untuk menghayati kisah hidup dan perjuangan pejuang Islam, Pendakwah tulin dan Mujadid terulung abad yang 20 iaitu   Al-Imam As syahid Hasan Al-Banna.

Hasan Al Banna dilahirkan pada tahun 1906 di pekan Mahmudiyah, negeri Buhairah, Mesir. Ayahnya, Ahmad Abdul Rahman Al-Banna, graduan Universiti Al-Azhar, adalah seorang alim dalam bidang hadis dan merupakan penulis beberapa kitab mengenai hadis terutamanya kitab Fathul Rabbani li Tartib Musnad Imam Ahmad bin Hanbal. Hasan Al-Banna dibesarkan didalam keluarga yang taat kepada perintah Allah s.w.t.


Al-Imam Hassan Al-Banna

Setelah mendapat pendidikan rendah dan menengah di Mahmudiyah dan menghafal Al-Quran, beliau melanjutkan pelajarannya pada tahun 1923 di Darul Ulum (Fakulti Islam Universiti Kaherah), seperti di Mahmudiah, beliau terlibat dalam gerakan dakwah Islam di Kota Kaherah dalam berhadapan dengan arus budaya barat yang melanda kotaraya itu, sepertimana jugayang sedang melanda tempat-tempat lain di seluruh Dunia Islam yang sedang dijajah oleh barat dan komunis ketika itu.

Beliau tamat pada tahun 1927 dengan mendapat tempat pertama dan ditugaskan sebagai guru di bandar Ismailiyah, tebing Terusan Suez yang menjadi tumpuan penjajah British kerana kedudukannya yang strategik di peringkat antarabangsa. Disana beliau melihat sendiri penghinaan yang tertimpa keatas umat ISlam kesan dari kejahilan dan kelemahan umat itu sendiri di satu pihak dan kekuatan penjajah kafir yang mencengkam umat Islam di satu pihak yang lain.

Sheikh Ahmad Abdul Rahman al-Banna
ayahanda Al-Imam Hasan AL-Banna

Di Ismailiyah, beliau berdakwah di kedai-kedai kopi yang menjadi kunjungan orang ramai yang leka di zaman itu, kemudian membawa dan mendidik mereka ke masjid-masjid sehinggalah pada suatu hari dalam bulan Mac 1928 (Zulkaedah 1347 Hijriah) bersama-sama dengan enam orang yang ikhlas dan bersungguh setelah mendapat pengajaran-pengajaran Hasan Al-Banna, mereka menubuhkan Jemaah Ikhwan Muslimin. Pada dekat 1940an, dakwah Ikwan Muslimin telah tersebar keseluruh negara-negara Arab dan selepas itu hampir keseluruh dunia.


Ciri terpenting pemikiran dan usaha-usaha Hasan Al-Banna dan jemaah Ikhwan Muslimin dari hari pertam ia ditubuhkan ialah kembali kepada ajaran Islam yang asal berdasarkan dua sumbernya yang asli iaitu Kitab Allah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w dan adalah menjadi satu kemestian menumpukan usaha dan tenaga ke arah membina suatu generasi beriman yang memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar. Islam adalah agama dan negara, ibadah dan jihad, syariah dan peraturan yang menyusun manusia disemua aspeknya. Islam merangkumi kesemua bidang pendidikan, kemasyarakatan, ekonomi dan politik.

Isu penjajahan keatas Palestin oleh musuh-musuh Islam dengan dokongan Kuasa-Kuasa Barat mendapat perhatian yang penting di dalam dakwah Ikhwan Muslimin berdasarkan kedudukan Palestin dan Masjidil AQsa didalam aqidah Islam serta faktor-faktor geografi, sejarah, ekonomi, sosial dan ketenteraan. Sejak Revolusi Palestin yang tercetus oleh umat Islam dalam tahun 1936, Ikwan Muslimin menjadi faktor utama dalam usaha penetangan terhadap Israel Yahudi dan Kuasa-Kuasa Barat yang mendukong penubuhan negara haram tersebut.

perang Arab-Israel 1948


Pada tahun 1948 negara HARAM israel diistiharkan dan perang Arab-israel meletus. Hasan Al Banna turut menghantar sebahagian anggota IKwan Muslimin seramai 12 000 orang berjihad dan terlibat bertempur dari arah Mesir di barat, dari arah Syria di timur dan mengalahkan tentera yahudi dalam banyak pertempuran-pertempuran strategik. Ini membuka mata Kuasa-Kuasa Besar penjajah yang sedang menguasi dunia arab dan Islam ketika itu akan bahayanya Ikwan Muslimin terhadap matlamat mereka untuk menguasai umat dunia dan menghapuskan Aqidah Islam.

Pihak penjajah mengarahkan raja Mesir, Raja Farouk dan Kerajaan Mesir untuk mengharamkan pertubuhan Ikwan Muslimin dan memenjarakan kesemua ribuan anggotanya yang pulang jihad tersebut.

Pada 12 Februari 1949 M bersamaan 14 Rabiul Akhir 1368 H, setelah bersolat Magrib dan keluar dari bangunan pejabat pertubuhan Syubban Muslimin, Hasan Al Banna ditembak di Jalan Ramses dan dibiarkan tanpa rawatan di Hospital Qars Aini, Kaherah sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Maka pergilah salah seorang pendakwah dan mujaddid terulung di Abad ke 20 ini, menemui Allah sebagai salah seorang syahid setelah mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin yang memberi sumbangan besar kepada umat Islam dan sangat berpengaruh di zaman ini.



Sekian perkongsian maklumat sehingga berjumpa lagi dilain catatan
saya sudahi dengan
Wabillahitaufik Walhidayah

Jumaat, 21 Oktober 2011

Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaily - penulis Tafsir al-Munir yg masyur.


Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaily

Seorang ulamak dari Syiria. Dilahirkan di satu daerah di Damsyiq pada tahun 1932. Pengajian menengahnya di Syria, kemudian ke peringkat Universiti di al-Azhar (Mesir). Memperolehi Ijazah ‘Aliyah (B.A) di al-Azhar pada tahun 1956 dalam bidang Syari’ah Islam. Kemudian menyambung pengajian ke peringkat M.A (tahun 1959) dan Phd (tahun 1963) di Universiti Kaherah (Cairo University). Sejak selesai Phd (tahun 1963) beliau menjadi pensyarah di Universiti Damsyiq dan pada tahun 1975 dianugerahkan gelaran Profesor. Beliau merupakan pakar dalam Ilmu Fiqh, Usul Fiqh dan Fiqh al-Muqaran (Fiqh Perbandingan). Telah menghasilkan banyak penulisan dalam pelbagai bidang ilmu Islam. Karya beliau yang termasyhur ialah al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu yang merangkumi semua bab Fiqh meliputi 9 jilid besar.Karya-karya beliau yang lain ialah

1. Tafsir al-Munir
2. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami
3. al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh
4. Qissah Quraniyyah
5. at-Tafsir al-Wajiz




Biografi beliau.

Dr Zuhayli dilahirkan di bandar Syria Dair Atiah, utara Damsyik,   bapanya adalah seorang petani. Zuhayli menuntut ilmu syariah di Universiti Damsyik selama enam tahun, tamat pengajian pada tahun 1952 dimana mejadi pelajar terbaik dalam kelasnya. Zuhayli melanjutkan pendidikan Islam di Universiti al-Azhar yang berprestij dimana beliau sekali lagi mendapat ijazah sarjana kelas atas beliau pada tahun 1956. Selepas tamat pengajian pada tahun 1956, beliau juga menerima pengajaran ijazah  dalam bahasa Arab dari Al-Azhar.

Ketika sedang belajar di al-Azhar, Dr Zuhayli mempelajari undang-undang di Universiti Ain Shams di Kaherah, Mesir di mana beliau menerima ijazah Sarjana Muda magna cum laude pada tahun 1957. Pada 1959, beliau menerima ijazah sarjana dalam undang-undang dari Kolej Undang-Undang  Universiti Kaherah. Pada tahun 1963, beliau menerima ijazah kedoktoran beliau dalam undang-undang dengan Kepujian dengan utama dalam syariah Islam, tesis beliau ialah " Pengaruh Perang di Fekah Islam:. Satu Kajian Perbandingan Termasuk Lapan sekolah undang-undang Islam dan undang-undang antarabangsa sekular"

Semenjak tahun 1963 beliau telah mengajar di Universiti Damsyik di mana dia mendapat profesor sejak tahun 1975. Beliau memberi kuliah di kedua-dua kolej syariah dan undang-undang dan dia pakar dalam undang-undang Islam, falsafah undang-undang Islam, dan Perbandingan sistem undang-undang. Juga Beliau telah di lantik sebagai profesor pelawat di fakulti undang-undang di Universiti Benghazi di Libya (1972-1974), fakulti undang-undang syariah di Universiti Emiriah Arab Bersatu (1984-1989), Universiti Khartoum, Sudan , dan Universiti Islam Riyadh. Dr Zuhayli juga mengajar prinsip-prinsip Islam menulis undang-undang dan zikir untuk pelajar siswazah di Sudan, Pakistan, dan tempat lain. Dr Zuhayli adalah seorang pakar tentang undang-undang Islam menyebabkan beliau dipilih untuk mereka bentuk kurikulum Kolej Universiti Damsyik Syariah pada 1960-an.

Beliau merupakan ahli Persatuan Diraja bagi Kajian Tamadun Islam di AAL al-Bayt Yayasan di Amman, Jordan serta lain-lain negara di seluruh dunia Islam serta badan undang-undang  Majis Syria al-IFTA, Islam Fiqh Academy di Jeddah, Arab Saudi dan Akademi Fiqh Islam di Amerika Syarikat, India, dan Sudan. Beliau juga adalah Pengerusi Institut Penyelidikan bagi Institusi Kewangan Islam.

Banyak buku-buku dan Tulisan kebimbangan beliau tentang sistem undang-undang sekular,  seperti undang-undang antarabangsa atau undang-undang Emiriyah Arab Bersatu.

Beliau juga berkhidmat sebagai perunding undang-undang Islam kepada Institusi Kewangan Islam dan Syarikat Termasuk Bank Islam Antarabangsa. Beliau Juga Pengkhutbah terkenal agama di dunia Islam, kerap muncul di kaca televisyen dan program radio, Juga kerap muncul dalam akhbar Arab. Dia adalah seorang imam dan bekas khatib di Masjid Othman pada musim panas dan sekarang ini sebagai khatib di Masjid Badar, Dair Atiah di Damsyik. 

Sekiana perkongsian maklumat sehingga bertemu lagi dilain catatan,

Wabilahitaufik walhidayah

Khamis, 13 Oktober 2011

Sheikh Izzuddin Abdul Aziz bin Abdul Salam - Tokoh Ilmuan Islam, bah. 2

antara kitab beliau yang telah diterjemahkan kedalam bahasa melayu


sambungan dari bah 1...

2 . Ketegasan berdepan dengan pemerintah Mesir untuk melawan kemungkaran sehingga mendapat gelaran "Penjual raja-raja".

Kedatangan ke Mesir pada tahun 639 Hijriah telah disambut oleh Sultan Najmuddin Ayyub dengan penuh penghormatan. Namun di Mesir al-Izz berhadapan dengan kemungkaran-kemungkaran yang mesti ditentang dan dihapuskan. Al-Izz dilantik menjadi ketua hakim (Qadhi al-Qudhah) dan khatib Mesir.

Ketika melaksanakan tugasnya, al-Izz mendapati wujud beberapa kepincangan dalam pemerintahan, antaranya beberapa orang Umara`(pemimpin) masih lagi daripada golongan hamba yang menjadi milik Baitulmal Muslimin.

Mengikut hukum syara` perlantikan mereka ke jawatan-jawatan tersebut tidak sah dan tindakan mereka terbatal, antara mereka ialah Naib Sultan sendiri. Al-Izz lalu memaklumkan kepada mereka tentang kedudkan mereka di sisi syara` dan mengambil tindakan memebekukan segala tindakan mereka. Keputusan tersebut telah menimbulkan kemarahan dan tidak puas hati dikalangan umara` yang masih merupakan golongan hamba, tetapi al-Izz mengambil sikap tegas dalam keputusannya bahawa nereka hendaklah dijual secara lelongan terbuka, kemudian dibebaskan mengikut hukum syara`.

Keputusan tersebut bukan sahaja ditolak dan ditentang bahkan al-Izz diberri layanan kasar oleh Sultan Mesir sendiri. Oleh kerana itu al-Izz membuat keputusan meninggalkan negeri yang enggan melaksanakan Syariah Allah itu. Keputusan tersebut dilaksanakan serta merta. Setelah berita al-Izz keluar dariKaherah diketahui umum, orang ramai dari segenap lapisan masyarakat mengambil keputusan untuk keluar bersama-sama al-Izz dari negeri tersebut, sebagai penentangan terhadap pemerintah yang enggan melaksanakan syariat Allah.

Sultan telah diberi nasihat oleh seorang yang jujur denagan kata-katanaya: "Selamatkanlah kerajaanmu! jika tidak ia akan binasa dengan pemergian al-Syeikh".

Mendengar nasihat itu bergegaslah Sultan menunggang kuda mendapatkan al-Izz untuk memujuknya supaya kembali semula ke Kaherah.

Beliau setuju dengan pemintaan Sultan itu, dengan syarat semua pegawai kanan kerajaan dikalangan hamba itu hendaklah dijual secara lelong terbuka. Kembalilah al-Izz bersama-sama pengikutnya. Benarlah, sesungguhnya kebenaran dan keadilan mengalahkan kebatilan dan kezaliman.

Dari peristiwa inilah as-Syeikh al-Izz rahimullah dikenali sebagai "Penjual Raja-Raja". Masyurlah kisah ini keseluruh dunia. Pendirian unggul yang belum pernah disaksikan oleh alam ini, telah menjadi satu catatan sejarah. Suara kebenaran kembali berkumandang, ulama` di martabatkan, syariah Allah dilaksanakan dan kebatilan dikalahkan.
Al-Izz telah mengamalkan kehendak hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"JIHAD YANG PALING AFDHAL IALAH MEMPERKATAKAN KEBENARAN DI HADAPAN PEMERINTAH YANG ZALIM" ( Ibnu Majah ).

Semoga Allah mencucuri rahmat NYA keatas  Sultan Ulama al-Izz rahimahullah...aaminnn.

Sekian perkongsian info berkenaan ilmuan Islam yang telah berjuang menegakkan syariat Islam. sehingga berjumpa lagi di lain catatan..
disudahi dengan..,
Wabillahitaufik walhidayah

Rabu, 12 Oktober 2011

Sheikh Izzuddin Abdul Aziz bin Abdul Salam - Tokoh Ilmuan Islam, bah. 1


  
 



Dilahirkan di Damsyik, Syria pada tahun 577 Hijriah dan dinamakan Abdul Aziz bin Abdul Salam  al-Sulaimi al-Dimasyqi al-Misri al-Syafie. Beliau dikenali dengan panggilan al-Izz atau Izzuddin bin Abdul Salam. Meninggal dunia di Mesir pada tahun 66o Hijriah.

Seorang tokoh ilmuan yang hebat dalam sejarah Islam. Ulama` mazhab Syafie yang masyur dengan ilmu "Maqasid Al-Syariah"  / objektif syarak. Karya-karya beliau berjumlah lebih daripada 30 buah, antara yang termasyhurnya ialah "Qawa'id al-Ahkam fi Masolih al-Anam".

Beliau terkenal dengan gelaran Sultan Ulama` dan Penjual Raja-Raja. Beliau mendapat gelaran tersebut kerana beberapa sebab, antaranya ialah ;

1. Keberaniannya berdepan dengan pemerintah Syam yang ingin bersekongkol dengan Rom untuk menjatuhkan kerajaan Islam di Mesir sehingga digelar Sultan Ulama`.

Pada tahun 638 Hijriah, berlaku peristiwa perbalahan di antara pemerintahan Damsyik, al-Saleh Ismail dan pemerintahan Mesir, Najmuddin Ayyub. Apabila al-Saleh berasa gentar dengan acaman Ayyub, beliau telah membuat satu pakatan dengan tentera kafir Salibiyyah untuk membantunya menentang saudaranya Ayyub dengan menjanjikan beberapa negeri dan kawasan kepada Salibiyyah. Malah beliau juga membeli senjata bagi  memerangi Muslimin.

Setelah berita ini sampai kepada al-Izz yang merupakan khatib dan Mufti Damsyik pada waktu itu, beliau terus mengeluarkan fatwa haram menjual senjata kepada mereka. Beliau kemudian menaiki mimbar Masjid al-Umawi mengutuk dan mengecam tindakan al-Saleh tersebut, yang merupakan suatu penghianatan besar terhadap umat Islam. Beliau tidak lagi berdoa untuk Sultan di dalam khutbahnya, sebaliknya berdoa dengan doa yang menunjukkan bahawa beliau telah menarik kembali bai`ahnya (taat-setianya). Pada masa itu al-Saleh berada di luar Damsyik. Apabila berita ini sampai kepadanya, baginda terus mengeluarkan arahan memecat al-Izz dari jawatan khatib dan Mufti Damsyik serta mengarahkan supaya al-Izz ditangkap.

Beliau menerima  perlucutan jawatannya itu dengan tenang dan sedia bekorban demi menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.

Setelah dibebaskan dari penjara, al-Izz mengambil keputusan keluar dari Damsyik dan menuju ke al-Quds, baginda menghantar seorang wakil untuk bertemu al-Izz serta memujuknya agar datang mengadap Sultan dan mencium tangannya. Sekiranya beliau berbuat demikian, akan dikembalikan kepada beliau jawatan asalnya. Al-Izz dengan tegas menjawab: " wahai si miskin! aku sekali-kali tidak meredhai beliau mencium tanganku, bagaimana pula aku sanggup mencium tangannya."

Utusan itu menjawab: " jika tuan tidak menerima cadangan ini tuan akan ditangkap kembali."
Al-Izz menjawab: "buatlah apa yang kamu suka."

Lalu al-Izz pun ditangkap kembali dan dikurang di dalam sebuah khemah yang berhampiran dengan khemah yang didiami oleh Sultan dan ketua tentera Salibiyyah. Pada waktu malam terdengarlah suara al-Izz mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan zikir-zikir. Ketika itu al-Saleh Ismail memberitahu ketua Salibiyyah bahawa inilah ulama' yang ditangkap kerana enggan bekerjasama dengan baginda. "Beliau ditangkap demi kepentingan kamu", ceritanya dengan bangga. Ketua tentera Salibiyyah itu sebaliknya menjawbnya ; "Kalaulah ulama' ini di dalam agama kami, kami akan basuh kakinya dan meminum air basuhan tersebut".

Selepas itu datanglah tentera Ayyub dari Mesir lalu mengalahkan tentera al-Saleh Ismail dan sekutunya Salibiyyah. Akhirnya al-Izz dibebaskan dan dibawa ke Mesir.

Sekian perkongsian informasi sehingga berjumpa lagi di catatan bahagian ke 2.

saya sudahi dengan,
Wabillahitaufik walhidayah,