Dilahirkan di Damsyik, Syria pada tahun 577 Hijriah dan dinamakan Abdul Aziz bin Abdul Salam al-Sulaimi al-Dimasyqi al-Misri al-Syafie. Beliau dikenali dengan panggilan al-Izz atau Izzuddin bin Abdul Salam. Meninggal dunia di Mesir pada tahun 66o Hijriah.
Seorang tokoh ilmuan yang hebat dalam sejarah Islam. Ulama` mazhab Syafie yang masyur dengan ilmu "Maqasid Al-Syariah" / objektif syarak. Karya-karya beliau berjumlah lebih daripada 30 buah, antara yang termasyhurnya ialah "Qawa'id al-Ahkam fi Masolih al-Anam".
Beliau terkenal dengan gelaran Sultan Ulama` dan Penjual Raja-Raja. Beliau mendapat gelaran tersebut kerana beberapa sebab, antaranya ialah ;
1. Keberaniannya berdepan dengan pemerintah Syam yang ingin bersekongkol dengan Rom untuk menjatuhkan kerajaan Islam di Mesir sehingga digelar Sultan Ulama`.
Pada tahun 638 Hijriah, berlaku peristiwa perbalahan di antara pemerintahan Damsyik, al-Saleh Ismail dan pemerintahan Mesir, Najmuddin Ayyub. Apabila al-Saleh berasa gentar dengan acaman Ayyub, beliau telah membuat satu pakatan dengan tentera kafir Salibiyyah untuk membantunya menentang saudaranya Ayyub dengan menjanjikan beberapa negeri dan kawasan kepada Salibiyyah. Malah beliau juga membeli senjata bagi memerangi Muslimin.
Setelah berita ini sampai kepada al-Izz yang merupakan khatib dan Mufti Damsyik pada waktu itu, beliau terus mengeluarkan fatwa haram menjual senjata kepada mereka. Beliau kemudian menaiki mimbar Masjid al-Umawi mengutuk dan mengecam tindakan al-Saleh tersebut, yang merupakan suatu penghianatan besar terhadap umat Islam. Beliau tidak lagi berdoa untuk Sultan di dalam khutbahnya, sebaliknya berdoa dengan doa yang menunjukkan bahawa beliau telah menarik kembali bai`ahnya (taat-setianya). Pada masa itu al-Saleh berada di luar Damsyik. Apabila berita ini sampai kepadanya, baginda terus mengeluarkan arahan memecat al-Izz dari jawatan khatib dan Mufti Damsyik serta mengarahkan supaya al-Izz ditangkap.
Beliau menerima perlucutan jawatannya itu dengan tenang dan sedia bekorban demi menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.
Setelah dibebaskan dari penjara, al-Izz mengambil keputusan keluar dari Damsyik dan menuju ke al-Quds, baginda menghantar seorang wakil untuk bertemu al-Izz serta memujuknya agar datang mengadap Sultan dan mencium tangannya. Sekiranya beliau berbuat demikian, akan dikembalikan kepada beliau jawatan asalnya. Al-Izz dengan tegas menjawab: " wahai si miskin! aku sekali-kali tidak meredhai beliau mencium tanganku, bagaimana pula aku sanggup mencium tangannya."
Utusan itu menjawab: " jika tuan tidak menerima cadangan ini tuan akan ditangkap kembali."
Al-Izz menjawab: "buatlah apa yang kamu suka."
Lalu al-Izz pun ditangkap kembali dan dikurang di dalam sebuah khemah yang berhampiran dengan khemah yang didiami oleh Sultan dan ketua tentera Salibiyyah. Pada waktu malam terdengarlah suara al-Izz mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan zikir-zikir. Ketika itu al-Saleh Ismail memberitahu ketua Salibiyyah bahawa inilah ulama' yang ditangkap kerana enggan bekerjasama dengan baginda. "Beliau ditangkap demi kepentingan kamu", ceritanya dengan bangga. Ketua tentera Salibiyyah itu sebaliknya menjawbnya ; "Kalaulah ulama' ini di dalam agama kami, kami akan basuh kakinya dan meminum air basuhan tersebut".
Selepas itu datanglah tentera Ayyub dari Mesir lalu mengalahkan tentera al-Saleh Ismail dan sekutunya Salibiyyah. Akhirnya al-Izz dibebaskan dan dibawa ke Mesir.
Sekian perkongsian informasi sehingga berjumpa lagi di catatan bahagian ke 2.
saya sudahi dengan,
Wabillahitaufik walhidayah,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan