Malam tadi kiranya rumah terbuka yang terakhir bagi syawal tahun ni dan merupakan juga malam terakhir bagi bulan syawal 1432 H... malam ni MB mengadakan majlis sambutan aidil fitri dan sambutan merdeka ke 54 juga malam ramah mesra pemimpin bersama rakyat... di kawasan pekan kawasan rumah saya diami
yang pastinya aku rasa PRU dah dekat kerana dalam ucapan beliau banyak menyentuh perkara-perkara berkaitannya ..kira-kira macam kempen juga lah... tak kisahlah apa motifnya yang pentingnya beliau punya masa untuk bersama rakyat utk menyampaikan apa-apa yang hendak dikatakan dan diadukan.
Berbalik semula kepada majlis sambutan aidil fitri dan kemerdekaan ke 54 tu, berbagai juadah disediakan dan ramai sungguh penduduk setempat dan kawasan sekitarnya yang datang menghadiri majlis tersebut dan ada antaranya datang seawal waktu magrib bagi mereka yang tak solat/uzur untuk mendapatkan meja dan tempat duduk yang disediakan, sedangkan majlis akan bermula selepas waktu isyak seperti yang di jadualkan.
masa aku melalui kawasan tapak tu semasa waktu magrib tu RELAWAN dan Polis dah pun berkampung disitu....aku terus jer balik kerumah pasal tak mandi dan tak solat magrib lagi...
Berbagai jenis hidangan juga disediakan tapi tak dapat nak tembak semua gambar sebab terlalu ramai orang yang hadir
MB sampai tepat kul 9.00 malam ,nak sampai kat stage yg disediakan utk VVIP ambil masa hampir 30 minit.... kira jenuh juga nak tunggu , lepas tu nak berucap lagi kurang-kurang 45 minit lepas tu baru lah sampai acara makannya....
yang bawak anak-anak kecil dah mula keluar cari tempat makan kat kawasan sekitar pasal anak-anak dah merengek lapar...
kiranya ni dpt amik gambar aje lah ya..mkn tak dpt.
BalasPadamPRU rasanya hujung thn ni...
Ye lah dah dekat jam sebelas baru nak makan, apahal. Jadi dapat cium bau aje lah ... :D.
BalasPadamMinggu depan bajet akan dibentangkan, harap banyak yg positif. PRU dah dekat kan.
salam Ujie..,
BalasPadamtujuannya bukan nak makan sgt..nak dengar apa yg MB nak bagitau...makan tu kalau ada rezeki adalah...
agaknya lah....allahualam
Salam mie,
BalasPadamtulah...minggu lepas diaorg buat kat TTJ belum sempat majlis mula benda makan dah selesai...so kali ni pengajur tukar format....jadi ramai lah yg kebulor tunggu...
harap2 gitulah belanjawan kali ni positif..tambah2 dah dekat PRU ni..
pergi memeriahkan majlis la yek.. ;)
BalasPadamSalam btk..,
BalasPadamgitulah nampaknya...tanggungjawab sosial...
ramai kanns.. uhuhu
BalasPadamSalam en_me,
BalasPadamhaah...ramai...melebihi dari yg dijangkakannns...huhuhu..