Selasa, 20 September 2011

Sambutan Hari Raya .... tak habis-habis selagi ada syawal.





Semalam tempat kerja aku mengadakan jamuan sempena sambutan Aidil Fitri, acara bermula seawal pukul 11.00 pagi yang di adakan di hadapan foyer bangunan pentadbiran baru organisasi kami... tapi aku dan teman-teman lewat sedikit kesana kerana cuaca hujan sejak awal pagi lagi dan berhenti pada tengahari nya.

kami kesana pukul 11.30 pagi dan ketika itu majlis telah pun bermula , tapi tak kisahlah asalkan datang memeriahkan dan memenuhi jemputan ke majlis tersebut itu pun dah banyak-banyak syukur.




Banyak juga juadah yang disajikan untuk jemputan dan banyak juga khemah di dirikan bagi menjayakan majlis tersebut. .... antara menu hidangannya ialah nasi putih dan nasik baryani, lauknya pula rendang ayam dan daging masak kurma, juga disediakan lemang , nasi impit dan kuah kacang. ... berbagai-bagai jenis kueh-mueh dan buah-buahan turut dihidangkan. air minumannya pula ialah sirap limau sejuk.... OK lah  tak payah nak makan tengahari kat cafe mana-mana.....mmmmm

  

Majlis di meriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi yang terkenal suatu ketika dulu iaitu Roy  yang mengalunkan lagu-lagu raya serta diiringin oleh kumpulan kombo organisasi kami sepanjang majlis tersebut yang berlangsung dari pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang.


Sejam sebelum majlis bersurai CEO kami sempat beramah mesra dan bermaaf-maafan dengan tetamu dan kakitangan yang hadir dalam memeriahkan majlis sambutan aidil fitri peringkat organisai kami, Insyaalah mudah-mudahan diberi kesempatan   untuk bersama-sama lagi di majlis yang sama tahun depan.

Sekian catatan buat kali ini sehingga bertemu lagi di lain catatan..
Wabilahitaufik walhidayah

8 ulasan:

  1. assalamualaikum..

    yg laki nape tak pakai baju melayu??? tak meriah la huhuhhhhh

    BalasPadam
  2. Eh macam kenal je CEO tu walau terlindung. Apa-apa pun memang best dapat menjamu selera di tempat baru ni... :D

    BalasPadam
  3. Salam AK..,

    kekadang tu sampai terbabas hingga ke Zulkaedah....huhuhu..

    BalasPadam
  4. Alaikumsalam sahrom,

    ramai gak yg pakai, tapi yg tak pakai pun ramai juga....memang pun kuranglah meriah nya...tapi hari kerjakan isnin pulak tu macam tak kena jer nak pakai...

    BalasPadam
  5. yer laa... macam kenal jer..., tak kisah asal semua org gumbira... :D

    BalasPadam
  6. sejak budaya open house wujud..raya memang sampai habis syawal.

    bagus utk eratkan silaturrahim..tapi mencabar utk kita kawal pemakanan.

    BalasPadam
  7. Salam ujie..,

    bagitulah disini .... pandai-pandailah control..hehehe..
    setiap sesuatu tu ada baik dan buruknya....allahuallam

    BalasPadam