Rabu, 14 September 2011

Sabtu dan Ahad..penuh ngan jemputan raya...









Sabtu dan Ahad lepas bahang perayaan Aidil fitri masih hangat lagi, aku pun ada beberapa jemputan yang tak boleh tidak perlu di penuhi hajatnya walau seletih mana badan bagai tak terbawa rasanya...

Jeputan pertama di Sendayan taman baru disitu kalau tak silap Taman Nusari Bayu 1 , tuan rumah buat open house aidil fitri dan dalam waktu yg sama mengambil peluang mengadakan majlis membaca yassin, doa selamat dan tahlil arwah sekali bersempena memasuki rumah baru yg mana beliau baru saja berpindah kesitu sebelum rammadhan lepas.





Jemputan kedua di Bandar Seremban Selatan, rumah kawan lama yang dah 3 kali aidil fitri tak dapat nak ke jemputan rumah terbuka beliau kerana bertindih dengan majlis lain yang terpaksa didahulukan...boleh tahan jugak meriahnya dan juadahnya kira berat juga.... makan lah sekadar kemampuan sebab lepas ni nak ke Nilai pula...



Sebelah malamnya pula ada marhaban aidil fitri di rumah jiran saya di taman kediaman saya tinggal.
3 buah rumah kena bersama-sama marhaban dan aktiviti seterusnya makan, makan dan makan.... hai mewahnya disini makan jer kerjanya.



Keesokannya pula ke Gemas dan selepas itu ke Jasin serta ke Bukit Beruang memang meletihkan .... apa nak dikata dah hari raya layan jer lah.... pada malamnya pula selepas Isyak 2 jemputan lagi di Taman kediaman saya dan malam tu saya tidor awal kerana esoknya dah nak bekerja semula...




Minggu depan ni cuti lagi dari hari jumaat itu pun sudah ada beberapa lagi jemputan yang perlu di penuhi .. org sudah berhajat kenalah kita tunaikan...

Sekian catatan buat kali ini..
Jumpa lagi di catatan yang lain..
Wabillahitaufik walhidayah



8 ulasan:

  1. wah..memang betul2 byk jemputannya...
    susah nak kawal godaan makan ni!

    BalasPadam
  2. Tapi ingat, makan untuk hidup je, kesihatan kena maintain...

    BalasPadam
  3. salam ujie..,

    yer lah ujie ...tp pandai-pandai lah makan mana yg patut jer..

    BalasPadam
  4. salam mie..,

    memang selalu ingat ...makan mana yg patut jer mie, memang kesihatan itu yg terpenting...

    BalasPadam
  5. ammvoiii bergaya abg azmnor tewww.. ekeke

    BalasPadam
  6. murah rezeki raya2 nie kan

    BalasPadam
  7. Salam en_me

    masyaallah....terima seadanya en_me, bagiteww adanya...hehehehe.

    BalasPadam
  8. salam cikgu.,

    barakat dari ramadhan kareem..,
    bila syawal ni rezeki melempah ruah...alhamdulillah..,

    adakala nya teringan juga kepada yg tak benda nak di makan disudut globe yg lain..

    BalasPadam