Selasa, 22 Februari 2011

TANGKAK ANTARA SYURGA TEXTILE D` SELATAN TANAHAIR.

Isnin lepas gi hantar anak ke Jasin, sebab waktu sampai masih awal lagi jadi terus ajak wife terus gi jenguk Tangkak, tambahan anak baitau dekat jer dari Jasin  tu.... apa lagi layannn jer laa..

Saya memang tak pernah sampai sini sebelum ni.. kalau ke Johor selalunya ikut PLUS jer jadi dah "bypass" Pekan Tangkak ni....

..dari Jasin lebih kurang 10 KM kalau tak salah lebih kurang 15 minit perjalanan ..... sampai jer Pekan Tangkak  terus pusing-pusing cari tempat pakir.... sebab sampai belum masa orang balik kerja kira senang juga la dapat tempat pakir.. besar juga Pekan Tangkak ni...


Disini kebanyakannya kedai menjual textile, boleh dikatakan sepanjang jalan Pekan Tangkak ni kedai kain jer semuanya, harga pun boleh tahan juga .... dan yang telah siap dibuat baju lelaki atau perempuan kebanyakannya fesyen terbaru dan harga boleh ditahan serta boleh tawar menawar dengan tuan yang umpunya kedai.

Kebanyakan kedai disini taukey nya orang cina dan ada juga beberapa pemilik melayu yang mempunyai kedai yang agak setanding dengan orang cina yang pada pandangan saya secara kasar di monopoli oleh orang cina.


...sementara isteri saya window shoping kat gedung kain yang banyak kat sini, saya pula servey kawasan  kat Pekan Tangkak ni.. disini kemudahan yang disediakan kira OK laa... tempat makan pun boleh tahan banyaknya.... tp malam rasanya kawasan terminal bas dan taxi Tangkak ni banyak stall makanan cina... melihatkan mereka membuat persiapan untuk mula meniaga ditapak berdekat teminal tersebut...



Sebelum balik sempat laa kami bertiga beranak makan mee bandung "Muar" kat Tnagkak dan bee hoon sup special...mmmm boleh tahan jugak rasanya tapi aku tak leh makan lebih lebih pasal risau nanti tak pasal pasal balik terdingkut dengkut pulak.... mmmm, ( dah tua tua ni dah ada gout pulak )....





Lebih kurang pukul 6.00 ptg kami pun berangkat pulang  setelah singgah di Jasin untuk menghantar anak balik ke hostel....

Jumpa lagi dilain catatan....
Layannnnnnnnnnn.........

5 ulasan:

  1. Selain kedai kain yang banyak, Tangkak juga terkenal dg air terjun Gunung Ledangnya di Sagil. Bolehlah gi terjah sesekali.. hehe

    BalasPadam
  2. Memang ada bercadang nak terjah kesana...... tuari cuma servey jer.. :)
    memang kena pegi sok tu... mesti best nyer.

    BalasPadam
  3. Assalammualaikom wtb tuan, Khaifahaluka. Ana saja-saja jengah ke sini. Waktu banyak mengizinkan ana untuk menziarah blog2 rakan2 maya. Maklum jua kondensi ana yang kurang elok.

    Tangkak memang terkenal dengan gedong kain dan pakaian. Selain itu juadah2 yg terdapat disana sedap jua. Ana selalu jua singgah kesana jika hendak ke bandar Muar.

    Mee Bandung Muar dan satey muar yang paling sedap ada di tanjung. Bisa mampir kesana nanti.

    JazakaAllah

    BalasPadam
  4. Waalaikumsalam wtb Tuan, Alhamdulillah bihair....,

    OH ye ker... ana memang nak kesana lagi cuti sekolah bulan depan ni dan nak ke Muar juga keesokan harinya kerana ada jemputan walimatul urus kat Muar..
    Insyaallah..

    Jazaka Allah.

    BalasPadam
  5. Klu dri tampin nk prgi ke tangkak lalu mne dekat ye

    BalasPadam