Selasa, 24 Mei 2011

Bagan Lalang - 2 hari 1 malam, last day, Sukaneka dan aktiviti berendam...

Hari ni hari terakhir di Bagan Lalang....lepas solat subuh tinjau keliling hotel sambil hirup udara pagi yang dingin lagi segar sementara tunggu hari cerah.., pukul 7.00 pagi breakfast baru ready kat dewan khas ala buffet.... kalau tak salah menurut kata penyelia HSM tu...

suasana awal pagi di Hotel Seri Malaysia

7.15 pagi aku pun terus ke Dewan tersebut untuk melihat apakah juadah breakfast pagi ni....wahhh byk juga menunya ... seperti biasa ada nasi lemak kukus, bubur nasi, bee hoon goreng, mee goreng..... buah betik potong... roti bakar....   lontong dan beranika kueh mueh.. tapi yang specialnya ialah lempang cicah kari ayam memang terangkat... kalau tak salah cakap orang putih nya "pan cake "....tak tau lah yer ker tidak.... saya rasa semua benda yg terhidang makan sikit tapi byk jenis...hehehehehe..

air pulak disediakan teh panas dan kopi panas terpulang lah masing-masing nak buat O ker campur susu....air sejuknya pula disediakan air oren... layannnn diri dan layannnnnnnn semua yang ada....hehehe. 

 nasi lemak,bee hon/mee hon goreng dan lontong


 ni lah dia lempeng (pan cake) sedang dimasak oleh pekerja hotel


roti,buah-buahan potong dan cicahnya

Lepas jer selesai sarapan balik kebilik buat apa yang patut kerana 8.30 pagi ni nak ke Padang dihadapan Hotel untuk bersenam panaskan badan mengikut irama lagu.

Tepat kul 8.30 pagi semua telah pun berkumpul  dipadang dan semua diminta membuat beberapa barisan untuk memulakan senaman memanaskan badan yang di pimpin oleh En Abu staff hotel tersebut.

En.Abu yang menjadi kondaktor semasa senaman memanaskan badan

bersunguh-sungguh masing-masing nampaknya

warm-up jangan tak warm-up

lepas selesai aktiviti senaman pemanasan badan, En Abu memulakan acara kanak-kanak dahulu... acara kanak-kanak yang pertama ialah isi air dalam botol menggunakan span.... acara kedua masukkan bola dalam bakul....acara ketiga bawa bola ping pong dalam sudu dan acara akhir ialah tiup belon sampai pecah....seronok tengok keletah dan gelagat peserta-peserta....

cepat penuhkan botol tu hadiah no 1 sampai nombor 3 jer

baling bola dalam bakul nampak senang berani cubalah...

perlukan tumpuan dan keseimbangan yang tinggi

tiup dik kasi pecah...ehh yang mama tu jauh sikit jangan nak tolong pula

 



 









antara pemenang-pemenang acara kanak-kanak

selesai acara kanak-kanak dan acara penyampaian hadiah oleh pengerusi Kelab Kebajikan Jabatan.... maka bermulalah pula acara untuk dewasa pula....anak-anak pula tengok keupayaan dan kesungguhan ibubapa masing-masing...

acara - acaranya ialah terompah gergasi, lari dalam guni, lari ikat kaki berpasangan, tarik kelapa dengan gelung rotan,pindah belon air dan baling belon air, semua acara ini dijalankan secara berkumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli...bersungguh-sungguh betul semua peserta tambahan di depan anak-anak yang menyaksikan ketangkasan ibubapa mereka...

terompah gergasi...ada kumpulan tak berganjak dari start point...


tarik kelapa dengan gelung rotan...nampak senang cubalah kalau berani


yang ni tu si baju hitamlah yang juara....dasyat...


kumpulan baju biru ni memang handal dapat hadiah setiap acara...


Acara kemuncaknya  ialah music chair.. yang ni acara individu berapa ramai orang pun boleh menyetainya....tak kurang hebat juga peserta-peserta yang menyertainya untuk memenangi acara ini yang ditawarkan hadiah bagi juara dan naib juara...

finalis acara "music chair" ni...juara sapa lagi kalau tak cik aidahani


Selesai acara kemuncak ni dan dah tahu siapa pemenang, acara penyampaian hadiah pun dijalankan ... majlis disempurnakan oleh Dr Suhaimie.... acara berikutnya apa lagi gi berendam kat swimming pool sampai 11.30 pagi... kul 12.30 nanti dah lunch hours, santapan disediakan kat dewan makan waktu sarapan tadi.

swimming pool ni kira Ok lah...sempat gak sejam kat sini sebelum lunch


12.30 tengahari gi lunch lebih kurang sejam kemudian naik bilik kemas barang , lepas solat zuhor terus angkat barang ke kereta check-out kul 2.00 petang....balik sampai rumah lebih kurang 1.15 minit kemudian.

laman berdekatan lobi hotel


Sekian catatan perjalanan buat kali ini..., jumpa lagi dilain catatn perjalanan..,

layannnnnnn.....




8 ulasan:

  1. Acara ni kena buat tiap tahun dan lokasi yg berlainan.. mmg best, hadiah pun melambak... family aku angkut balik 12 hadiah... hehe

    BalasPadam
  2. Salam mie...,

    hehehe... mmemang patut dan kena buat setiap tahun.., aku camera men dpt juga laa 2 hadiah sukaneka sempat masuk 2 event, 1 dpt no.1 satu dapat no.3...OK laa tu...

    kau bebaloi sgt...hehehehe

    BalasPadam
  3. Salam Miec..,

    betul mie...happening....lama dah tak buat aktiviti cam ni..

    BalasPadam
  4. Salam..baru berkesempatan datang...Ni sekali dengan Mie ke, atau lain2 program.hehhe..tapi acara macam ni memamng enjoy kan walaupun penat sikit la...hehe

    BalasPadam
  5. salam Fadzli..,

    that OK tau busy tu....hehehe..haah sama denagn mie...memang enjoy sungguh dah lama kitaorg tak der aktiviti macam ni..

    BalasPadam
  6. salam en_me..,

    memang meriah sungguh....hehehehe semua orang puas hati..

    BalasPadam