Rabu, 3 Ogos 2011

Umrah dan Ziarah Jun 2011 - Bah 8



Masjid Kuba` Madinah Al-Munawarah.


  
Ziarah Luar 2

Seperti semalam kami bergerak dari Hotel Aous Palace pukul 6.30 pagi dan Ustaz tetap berpesan kepada jemaah supaya berwuduk dahulu kerana sebelum menziarah lokasi lain kami akan dibawah singgah dahulu di Masjid Kuba` untuk menunaikan solat sunat dua rakaat bagi mendapatkan pahala satu umrah seperti semalam.....Alhamdulillah semua mengambil kesempatan ini...

Setelah semuanya bersedia, bas yang kami naiki menuju ke distinasi berikutnya, kilang mencetak kitab suci Al-Quran yang terbesar di dunia terletak 10 KM dari Kota Madinah Al-Munawarah menuju ke Kota Tabuk yang dikenali sebagai "Mujamma`  Al-Malik Fahd " yang telah beroperasi sejak Safar 1405 Hijriyah bersamaan Oktober 1984 yang mampu menghasilkan 30 juta naskah setahun. 


Syukor Alhamdulillah.., beruntungnya kami hari ini menjadi kaum adam kerana hanya kaum adam saja yang dibenarkan masuk untuk menyaksikan proses pencetakan dibuat di dalam Mujamma` Al-Malik Fahd ini, memang canggih dan sistematik..... setelah berada didalam Mujamma` ini dalam lebihkurang 20 minit, masa ziarah bagi kami pun tamat, selepas itu kami dihadiahkan setiap seorang senaskah Al-Quran sebagai cenderahati tanda telah sampai menjejak kaki kesini.... Alhamdulillah walaupun hanya senaskah Al-Quran yg kecil tapi masih boleh di baca dgn jelas....syukor,syukor, syukor ya Allah...

Kaum hawa hanya sekadar melawat geleri / kedai yg berada di hadapan bangunan bersebelahan pintu masuk ke Mujamma` tersebut, disini terdapat pameran berbagai-bagai jenis Al-Quran dalam berbagai bentuk. ... bagi sesiapa yang berhajat untuk mewakafkan Al-Quran ke Masjid Nabawi dan Masjidil Haram bolehlah membuat tempahan disini. 

....setelah sejam di Mujamma` tu kami melawat ke satu lagi ladang kurma, ini kira ladang yang kedua.. disana kelihatan buah kurma nya sedang masak mencelah... tetapi belum lagi dipetik....teringin juga nak makan yang baru mencelah tu....tp apa kan daya tak der rezeki nak merasa, kerana mereka hanya akan mula memetik buah kurma pada minggu berikutnya...

Setelah membeli serba sedikit kurma dan kekacang , kami bergerak keluar dari ladang tersebut menuju ke lokasi berikutnya  iaitu Telaga Saidina Uthman, menurut kisahnya telaga tersebut dibeli oleh Saidina Uthman Affan dari seorang yahudi bagi menampung keperluan orang-orang islam ketika itu kerana mereka senantiasa saja mendapat tekanan dari orang-orang musyrikin  dan orang-orang yahudi di Madinah., semasa kami menziarahi kawasan tersebut telaga Saidina Uthman Affan ini masih lagi boleh digunakan dan didalam keadaan baik disesuaikan pula dengan penggunaan pump menyedut air nya keluar. ( Tiada foto yang ditangkap disini....rugi lah pulak tinggalkan kamera dalam bas tadi... pasal jauh juga bas dengan lokasi telaga ini...kesilapan yg selalu berulang..)



 
Telaga Saidina Uthman Affan - Madinah Al-Munawarah.
(terima kasih cik nani atas ehsan gunakan foto ini)


30 minit kemudian kami semua bergerak ke lokasi Masjid Jumaat, Masjid ini merupakan tempat solat jumaat yang pertama di laksanakan Rasulullah s.a.w sewaktu hijrah ke Madinah, Baginda singgah besolat jumaat disini setelah 3 hari beriktikaf di Masjid Kuba`.


 Masjid Jumaat terletak diperataraan Masjid Kuba` ke perbatasan Kota Madinah.

setelah bergambar kenangan dihadapan Masjid Jumaat, kami semua berangkat pula ke lokasi seterusnya yang punyai kesinambungan kisah hijrah pertama Rasulullah s.a.w bersama Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a ke Yathrib yang kini di kenali sebagai Madinah Al-Munawarah. Lokasi tersebut ialah Bukit Thaniyatil Wadak, tanah tinggi di pintu masuk Madinah, tempat orang-orang Madinah menyambut kedatangan Rasulullah saw dan Abu Bakar ra semasa Hijrah. Gabungan Muhajirin dan Ansar ini memulakan dan bersama mencipta keagungan dan tamaddun Islam yang sukar ditandingi generasi sebelum dan selepas mereka.

Bukit Thaniyatil Wadak, tanah tinggi di pintu masuk Madinah


kemudian kami bergerak melawat ke tapak asal masjid di zaman Rasulullah s.a.w hanya binaan dinding sekadar paras dada tidak berbumbung dan mempunyai mihrab berbentuk lekuk dihadapan menghadap qiblat, masjid ini tidak digunakan lagi, menurut ustaz..., Rasulullah s.a.w pernah bersolat disini sewaktu datang menziarahi seorang sahabat Baginda yang sakit dan beliau adalah penduduk perkampungan ini.


bentuk masjid semasa zaman rasulullah

20 minit kemudian sebelum pulang semula kehotel kami sempat melawat salah sebuah rumah musuh Rasulullah s.a.w waktu sezaman Baginda yang hanya tinggal tapak dan sedikit binaan dinding rumah beliau dan kami kesana sebagai mengambil iktibar supaya tidak menjadi seperti beliau.

Sebelum pulang ke Hotel, Ustaz membawa kami ke Pasar Kurma Madinah, disana kami diberikan masa selama 40 minit untuk membeli kurma dan yang sewaktu dengannya. Luas juga kawasan komplek pasar kurma ni. aku dan isteri tak melepas kan peluang membeli kurma dan kekacang untuk di bawa pulang ke tanahair nanti, tambahan pula esok kami akan berangkat Mekah Al Mukaramah selepas makan tengahari lebih kurang pukul 3.00 petang.

pasar kurma Madinah AL _ Munawarah.

Segala keperluan telah dibeli dan tiba masa nak punggah ke bas , hai gitu lah bila sedap membeli tapi bila nak angkat ke bas masyaallah...larat ker tak, kena bawak juga ke bas... sampai di Hotel , azan Zuhor sedang berkumandang, aku angkat barang-barang ke bilik dan terus saja ke Masjid Nabawi...takut tertinggal Zuhor berjemaah pulak nanti.... Alhamdulillah solat jemaah disini ditunaikan sesudah 20 minit azan di kemundangkan, jadi aku terus berwuduk di Masjid dan segera ke Dewan Utama  Maasjid Nabawi untuk sama-sama bersolat jemaah bersama imam dan para jemaah sekelian.


Sekian catatan kali ini semuga bertemu lagi di lain catatan.





4 ulasan:

  1. vahh ramainyer jurufoto.. ehehe

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum en_me..,

    mmmmmm... masing-masing tak lepas peluang mengasah bakat dan merakam apa yg patut sementara ada disana.....susah nak sampai sana tu en_me

    BalasPadam
  3. Wah, banyak kemajuan.. hehe.

    Tempat yang aku pergi dulu banyak yg tak sama dg yg kau pergi. Lain pakej lain haluan... hmm

    BalasPadam
  4. Assalamualikum mie..,

    Hehehehe..TQ,TQ.....atas berkat nasihat dan tunjuk ajar "sifu"

    Haah... lain pakej lain lah pulak kawasan lawatannya...kalau pergi lagi sok kena ambik pakej lain lah pula...utk mencapai seluruh kawasan lawatan dan ziarah..

    BalasPadam