ladang unta dalam perjalanan ke Masjid Hudaibiah
Hari ini hari terakhir ziarah dan lawatan ke luar Kota Makkah Al-Mukarramah, hari ini kami akan menziarahi Masjid Hudaibiah yang mana pernah suatu masa dulu menjadi tempat persetujuan perjanjian Hudaibiah dimetrai oleh Rasulullah s.a.w bersama kaum musyrikin Makkah.
susu unta
Sebelum itu sempat kami singgah di ladang unta yang terdapat diantara perjalanan dari Makkah ke Hudaibiah..., melihat unta lebih dekat yang tinggal di habitatnya yang sebenar dan peluang menikmati susu unta yang ada dijual disitu dengan harga SR 5 sebotol....aku beli 4 botol untuk di bawa balik ke Malaysia nanti.
Miqat yang paling jauh dari Makkah Al-Mukarramah - Hudaibiah
30 minit di ladang unta kami terus meneruskan perjalanan ke Masjid Hudaibiah yang merupakan miqat yang ke 4 kami kunjungi, kami bersolat dan berniat umrah di Masjid Hudaibiah yang di bina semula ...sempat seketika menjengok tapak Masjid Hudaibiah lama yang hanya tinggal bekas temboknya masih tegak disitu sebahagian dari nya telah runtuh....
sesampai nya ke Masjid Haram terus saja aku dan isteri ber tawaf , ber saie serta bertahalul tanda sempurna lah ibadah umrah kami yang kelima sepanjang di sini.... dan bertekad akan melaksanakan 2 kali lagi ibadah umrah malam ini dan pagi esok sebelum pulang ke tanahair pada tengah malam esok... Insyaallah.
Selepas solat asar aku dan isteri berjalan-jalan disekitar kota Makkah yang berdekatan Hotel penginapan kami untuk mencari sedikit lagi buah tangan yang masih tidak sempat dibeli semalam, sempat singgah menikmati makanan di restoran makanan arab dan minuman yg dibuat dari buah-buahan segar ...sungguh lazat...
Jus Mangga dari buah sebenar
Malam lepas Isyak tak jadi nak ke Tanaim, ingat nak buat umrah ke 6 tapi terpaksa dibatalkan kerana perlu mengemas barang-barang dan beg yang akan di bawa pulang ketanah air tengahmalam esok.... tapi walau bagaimana pun pagi esok lepas sarapan kami ke Tanaim lagi untuk niat umrah yg terakhir dan melaksanakan umrah yang terakhir pada hari terakhir di sini.
Pagi esoknya seperti yang dirancang kami ke Tanaim lagi untuk berniat umrah dan menunaikan ibadat umrah yang terakhir kerana pada malam nanti pukul 10 malam kami akan melaksanakan tawaf Wida` dan akan meninggalkan Makkah Al- Mukarramah tepat pukul 11.50 malam ke Jeddah.
Alhamdulillah pukul 10 pagi kami telah selesai menunaikan ibadah umrah yang terakir tersebut dan segera pulang ke hotel untuk membuat persiapan bagi meninggalkan Kota Makkah Al-Mukarramah pada tengahmalam nanti.
jemaah bergambar ramai sebelum ke miqat Tanaim
Selesai Tawaf Wida` kami terus menaiki bas yang sedia menunggu untuk berlepas ke Jeddah bila-bila masa saja, semua beg dan barang-barang telah dimuatkan kedalam perut bas seawal 9 malam lagi.
Sedih dan sayu sekali lagi meninggalkan baitul il haram seperti meninggalkan Madinah dulu tapi kali ini lebih sayu lagi tapi aku senantiasa berharap , berdoa agar dapat datang lagi kesini untuk menunaikan ibadat yang lebih penting lagi iaitu ibadat haji..... Insyaallah ada rezeki dan peluang yang dikurniakan Allah aku pasti kesini lagi suatu hari nanti... semuga kau permudahkan dan segerakan harapan ku itu ya Allah......aaminnn.ya rabbal alaminnn..
Sekian catatan buat kali ini sehingga berjumpa lagi di lain catatan...
Wabillahitaufik walhidayah...,
Salam Man,
BalasPadamMoga kita semua akan sampai lagi ke sini suatu hari nanti.. InsyaAllah..
Alaikum Salam mie..,
BalasPadamMudah-mudahan ..memang teringin sgt....Insyaallah...aaminnn.
Tq so kerana terus memberi sokongan kepada blog aku ni...
Jazakallah...