Rabu, 17 Ogos 2011

Umrah dan Ziarah Jun 2011 - Bah 12

 Masjidil Haram pukul 3.00 pagi
Kota yang hidup 24 jam tanpa henti senantiasa dipenuhi oleh mereka yang mencari keredhoan Allah s.w.t








Hari ketiga di Makkah Al-Mukaramah, seawal 3.00 pagi  aku dah ke Masjidil Haram bersama isteri untuk melaksanakan tawaf sunat, kerana disini tawaf sunat adalah lebih afdal dari solat sunat tahayatul masjid... sedang melaksanakan tawaf jam menunjukkan pukul 3.11 pagi dan kedengaran azan pertama yang sgt merdu dan indah di pagi yang syahdu itu....

kami selesai tawaf lebih kurang 40 minit kemudian dan setelah berdoa di mutazam serta solat sunat di belakang Makam Ibrahim a.s, aku terus mengambil tempat/saf berdekatan kaabah....rasa ku itu jarak paling dekat aku dapat besolat dihadapan kaabah... isteri ku terpaksa kebelakang ke ruangan yang dikhaskan untuk kaum hawa.

Pukul 4.11 minit masuk waktu solat subuh selepas solat sunat dan solat suboh berjemaah kami pun balik ke hotel penginapan untuk bersarapan pagi...seperti semalam hari ini pun ada aktiviti ziarah kota Mekkah Al-Mukaramah.




Pagi pada hari ketiga ini kami akan ke miqat Tanaim bagi umrah kami yang ketiga.... semuanya telah siap ber ihram pada pagi ini dan sebelum itu kami dibawa menziarahi tanah perkuboran Maa`la atau nama lainnya Ma` barak Al-Maa`la. Luas kawasan perkuburan ini dan ianya merupakan tanah perkuboran yang terbesar di Makkah Al-Mukarramah ni...
Makam Saidatina Khadijah r.ha  pun terletak disini di belakang pintu hijau ditengah-tengah kawasan AL-Maa`la ni....adalah di riwayatkan bahawa makam datuk Rasulullah s.a.w, Abdul Mutalib juga terletak di Al-Maa`la ni.
  

 Tidak jauh dari Ma` barak Al-Maa`la terdapat sebuah lagi makam berdekatan lebuhraya ke Tanaim, makam tersebut ialah makam salah seorang   dari isteri Rasulullah s.a.w, beliau ialah Maimunah bt Hariz.

makam Maimunah bt Hariz ( salah seorang isteri Rasulullah s.a.w )


Berhenti sebentar saja disana dan terus ke Masjid Saidatina Aishah r.ha  yang mana lebih dikenali sebagai Masjid Tanaim yang merupakan perbatasan tanah haram dan miqat bagi penduduk Mekkah bagi menunaikan umrah. Menurut Ustaz Halim disini juga dijalankan hukuman  hukum hudud bagi pesalah-pelasah yang sabit kesalahannya , biasanya dilaksanakan hukuman hukum hudud pada hari jumaat selepas solat jumaat.


Tanaim - perbatasan tanah haram Makkah Al-Mukaramah

Setelah berwuduk dan menunaikan solat sunat ihram dan berniat umrah, kami pun pulang semula ke tanah haram- Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah kami yang ketiga.
kami selesai mengerjakan umrah hampir masuk waktu zuhor seperti semalam dan kami terus menunggu utk bersolat jemaah di Masjidil Haram. selesai solat kami balik ke hotel , mandi dan makan tengahari .... petang itu kami tak ke mana-mana cuma berehat di Hotel Asia Palace.
kami tidak turut serta dalam lawatan ke Gua Hira` yang terletak di atas Jabal Nur yang dijadualkan pada pukul 3.00 petang kerana tak berdaya dan keletihan menunaikan umrah pada tengaharinya....kami dapat tahu mereka yang mengikuti ziarah gua hira` hanya sebahagian dari jemaah sahaja dan sampai semula ke Hotel pukul 7.00 malam. 
 


Selepas makan malam lebihkurang pukul 10.30 malam  kami miqat Tanaim dengan taxi bersama kawan dan isterinya dan kakak ipar dua beranak..., nasib baik taxinya besar dan luas boleh lah kami ber enam menaikinya dengan tambang SR 50 pergi dan balik...OK lah.. selapas selesai solat ihram dan niat umrah kami terus balik ke Hotel..., saya terus ke Masjid Haram untuk mengerjakan umrah kami yang ke 4 dan selesai pada pukul 2 pagi dan kami terus menunggu sehingga solat suboh....

Selesai sarapan pagi hari jumaat kami tak kemana-mana dan tiada ziarah kemana-mana kerana jumaat merupakan cuti hujung minggu di sini dan sudah pastinya penduduk setempat dan berdekatan Makkah akan mengambil peluang hari cuti melaksanakan umrah dan bersolat Jumaat di Masjidil Haram.

Petangnya kami berjalan-jalan dan membeli serba sedikit cendrahati dan buahtangan yang akan di bawa balik ke tanah air nanti...

Malamnya selepas makan malam kami ke miqat Tanaim lagi untuk berniat dan laksanakan umrah kami yang ke lima..... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walau pun kaki ku mulai pecah- pecah dan sakit-sakit...



 
Sekian catatan buat kali ini, semuga bertemu lagi di catatan yang lain...
Wabilahitaufik walhidayah....




4 ulasan:

  1. salam...azmnor...doakan sy sampai kat sini ye..amin

    BalasPadam
  2. Pengembaraan diteruskan, ibadah diperbanyakkan... padat jadual nampaknya...

    BalasPadam
  3. Alaikumsalam kemang...

    Insyaallah...ada rezeki pasti akan sampai kesana...aaminnn...

    yg penting ada niat kesana...

    semuga Allah pilih dan percepatkan .... aaminnn..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum mie..,

    Itulah bezanya perjalanan ini dengan perjalanan-perjalanan lain yg terdahulu....

    dah nak sampai kehujung dah....
    mudah2an apa yg dilakukan di berkati dan diterimaNYA..Insyaallah.

    BalasPadam