Khamis, 4 Jun 2015

Selamat Tinggal Bromo


Selepas selesai breakfast terus ke bilik mandi dan bersiap siap untuk check out pada 12:00 tengahari...sementara menunggu check out sempat mengambil gambar di sekitar Lodge yang kami menginap...rupa nya dari sini nampak jelas pemandangan Bromo National Park ini keseluruhannya.

Baru balik dari breakfast kat cafe bawah tu.
Cuaca nyaman pagi ni walau pun cuaca cerah tapi bila redup saja akan ada kabus yang tebal di persekitaran Lava Lodge ni...so jadi nyaman dan dingin...kawasan ini ditanam banyak pokok bunga yang bunga nya seakan loceng...sdg berbunga dengan banyaknya mungkin musim ianya berbunga..

Berkabus bila cuaca redup..
Banyak bunga loceng di tanam disini

Selepas check out pukul 12:00 tengahari .... kami pun bergerak meninggalkan Lava Lodge untuk pulang ke Surabaya...selamat tinggal Bromo...
Sepanjang perjalanan turun kelihatan aktiviti pertanian yang luas dan banyak sekali, tanaman utamanya ialah sayur-sayuran seperti Kobis, Kucai, bawang dan jagung...padi pun ada ditanah disini pada sawah yang berbentuk teres.

sayur sayur dilereng bumi

Ladang Sayuran Di Lereng bukit









Disini Industri Pertanian juga dijadikan sebagai penyumbang kepada sektor pelancongan.


sepajang perjalanan turun pemandangan ladang sayuran luas terbentang di lereng-lereng bukit, menurut supir kami komuniti disini memang telah menduduki wilayah ini sejak dahu lagi...dan majoriti penduduknya adalah petani dan yang terlibat dengan industri wisata.
 
Dalam pejalanan turun kepersimpangan jalan utama, supir kami mencadangkan kami singgah untuk melihat air terjun unik di Madakaripura , dimana menurut beliau airterjun nya seperti kabus atau air hujan yang halus...jauh juga dari persimpangan jalan utama itu untuk ke Madakaripura.
 
Sewaktu sampai kesitu hujan mulai turun rintik rintik jadi kami segera untuk naik keatas ke aiterjun tersebut secepat mungkin kerana dikuatiri jika hujan turun lebat mungkin kajadian air aliran besar akan terjadi dan akan mengundang padah...
 
Tugu Madakaripura
Menurut penunjuk jalan yang disediakan berkata di kawasan airterjun ini dulu pernah salah seorang dari Wali Sembilan yang terkenal di Nusantara ini berkhalwat ( bersunyi-sunyian dgn berzikir) di sebuah gua di bawah air terjun tersebut dan situ terdapat beberapa telaga yang airnya mujarab untuk menyembuhkan berbagai penyakit kalau diminum airnya....waullahua'lam....aku pun tak dapat nak mengeSAHkan kebenarannya...apabila sampai di kawasan air terjun pertama hujan sudah mulai turun lebat...jadi saya membatalkan niat untuk meneruskan perjalanan ke air terjun utama kerana khuatir air besar akan melanda kawasan tersebut.


air terjun di belakang.























Air terjun 1 stage
bila hujan mulai berhenti saya mulai bergerak turun kebawah semula dimana Mobil kami di Pakir dan kos bagi pemandu 100K IRp. agak mahal juga...pada hal kalau jalan sendiri tanpa beliau pun boleh bias biasa jer trek nya...kerana kawasan ini di bwh kawalan mereka terpaksa jugalah menggunakan perkhidmatan mereka, jika mengikut istilah supir kamia diaorg ni "mafia"....hehehehe. 
 
 
 
Kami pun mula bererak turun ke laluan utama untuk kembali ke Surabaya....hujan masih lagi turun aku yang keletihan telah tertidor didalam mobil sejak iannya bergerak masuk ke laluan utama...sedar sedar sudah sampai di Ayam Bakar Wong Solo untuk makan tengahari  dan berhenti untuk solat...
 
Sekian untuk kali ini, jumpa lagi dilain catatan ...In Shaa Allah..
Layannnnnn.....


3 ulasan: