Sabtu, 9 April 2011

4 Hari 3 Malam Sabah - Kota Kinabalu.




Tengahari kami dah pun berada di LCCT untuk mengambil penerbangan Air Asia ke Kota Kinabalu. Pesawat yang akan kami naik berlepas pukul 2.15 petang dari LCCT dan dijangkakan tiba ke KK tepat pukul 4.30petang. ..turut sama kesana 2 org anak kami serta kakak ipar dan suaminya.

Setelah semua urusan luggage selesai, pukul 1.30 tghari kami pun check-in, setelah semua keperluan kami selesai dan juga solat zuhor telah kami laksanakan.

Tepat pukul 2.15 petang pesawat kami pun berlepas dari LCCT , KLIA menuju ke KK, menurut Kapten, pesawat tersebut sedang terbang diparas 30 000 kaki pada kelajuan 900 KM/jam dan akan di jangkakan tiba ke Lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu dalam masa 2jam 15 min...cuaca juga hari baik dan cerah.    


Seperti yang dijangkakan pesawat yang kami naiki selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu tepat pada waktunya, memang hari tu cuaca cukup baik.
Setelah segala urusan pemeriksaan dan pendaftaran masuk ke Sabah selesai, kami ke ruangan untuk mengambil luggage kami , Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.



Sebelum kami ke KK dulu, isteri saya ada menghubungi kawan lamanya untuk menyewa kenderaan yang akan digunakan selama kami disini, memandangkan kami 6 orang jadi kami telah menyewa sebuah Toyota Unser, lewat sedikit kami mendapatkan kenderaan tersebut kerana kawan tersebut kebetulan berada di KL kerana menghadiri kursus selama seminggu dan kami terpaksa berurusan dengan kawannya...mujurlah ada kenderaan yg hendak kami guna tu.

Setelah segala urusan sewa dan perjanjian di selesaikan saya terus memandu ke Hotel untuk urusan check in, kami menginap di Tune Hotel One Borneo....( hotel budget...) .

Setelah segala urusan check in dan bayaran  yang perlu di jelaskan kami pun naik kebilik masing-masing untuk menyimpan luggage dan mandi untuk menyegarkan badan.


Kerana waktu di KK ni cepat 1 jam, maka kami pun bersiap-siap ke bandar untuk melihat-lihat apa yang ada dan mencari tempat makan untuk kami makan malam pada hari ini...


Sebelum itu sempat sekejap singgah di Masjid Negeri Sabah yang terletak di tengah-tengah bandar KK tersebut... sempat sekejap melihat-lihat persekitarannya dan bergambar disitu.

Tak lama lepas tu hari pun dah senja dan beransur malam, kami pun mula mencari tempat makan di belakang pasar filipina dekat dengan pasar KK tu..... ada banyak gerai makanan laut terutamanya yang di masak dengan cara dibakar... perut memang dah lapar belum makan nasi dari petang tadi jadi mak teh nya pilih laa apa yang nak dimakan malam tu... memang fresh makanan laut disini dan harganya yg berpatutan dan agak murah jika dibandingkan di Semenanjung ni.


bila semuanya dah selesai.....bil pun dah di bayar kami pun siap-siap nak balik semula ke hotel utk berehat tapi kena singgah sekejap kat Pasar Filipina MakTeh nya nak survey manik dan mutiara kat situ.... layannn jer laa...kul 11 malam kami pun balik dan Pasar tu pun dah nak tutup... hehehe.
.... kena berehat esok ingat nak ke Kundasang dan Air panas Poring...

Jumpa lagi di lain catatan....

10 ulasan:

  1. Aku masih tak puas pergi Sabah ni kerana banyak tempat belum di explore....

    BalasPadam
  2. boleh buat ulangan bila-bila...hehehehe...
    firefly pun flight besar gi sana.

    BalasPadam
  3. salam azmnor,

    wahh, seronoknya.

    sungguh, saya cemburu. Harap2 saya dapat ke sana juga. Belum pernah ke sana lg ni. :)

    BalasPadam
  4. saya baru sahaja balik dari KK.
    dulu saya menginap di promenade dan pernah juga menginap di hotel depan pasar filipina tu.

    w/pun mungkin sudah berpululh kali pergi ke sabah, hajat saya nak ke kundasang belum kesampaian lagi.

    BalasPadam
  5. Salam MB...

    Ada rezeki nanti kan sampai juga kesana...Insyaallah....aaminnn

    :)

    BalasPadam
  6. Salam Tn Hj,

    Tuan kesana bertugas saya kesana makan angin memang laa tak sampai....Insyaallah Tuan boleh kesana lepas besara nanti...aaminnn.

    BalasPadam
  7. Salam...ke sabah pulak bah...hehhe..saya pun lom sampai lagi..jeles tu...kalu pegi memancing kat lubuk2 dalam hutan mesti best tu..

    BalasPadam
  8. Salam Fadzli..

    Sesekali ada peluang berjalan-jalan kesana...hehehe, samapai masa sok sampai laa Fadzli pula kesana.... tp kali ini tak der kot gi mancing kat lubok hutan disana...tak der kaki..hehehe
    saya dengar kalau nak mancing elok ke Tawau, sbb kat KK ni lautnya semua kawasan larangan memancing - "Taman Negara Tunku Abdul Rahman" dendanya mahal kalau dilanggar..

    BalasPadam
  9. tumpang bertanya...
    klau nak sewa unser tu harganyer berapa ye? sy plan nak pergi.. tgh surver kenderaan ni... kbnykan tgk kat internet mahal2... thanks..

    BalasPadam
  10. hi..siapa nak pergi sabah (kota kinabalu-kundasang) boleh cari sy kat whattasap atau boleh sms saya (AFIF) 0146701486.. terimah kasih.

    BalasPadam