Khamis, 5 Mei 2011

4 Hari 3 Malam Sabah - KK ke KLIA


Hari ini hari terakhir di KK, bangun awal seperti biasa, breakfast jer kat Tune hotel tu....siap-siap terus saja check out dan pagi ni kami bercadang nak ke komplek    Yayasan Sabah.

Setelah semua luggage telah dimuatkan kedalam Toyota Unser, kami pun bergerak meninggalkan Tune Hotel One Borneo .... bye-bye see u again next time.....


Jalan hari ni clear jer tambahan pula hari ni hari bekerja di Sabah dan hari pun masih awal lagi tak banyak sangat kenderaan di jalan raya.. kami melalui  jalan dihadapan Universiti Malaysia Sabah, Komplek Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah, ...

selepas saja Hospital Likas kami membelok ke kanan sebelum persimpangan menuju ke pusat bandar KK...... dari sini sudah mula kelihatan Bangunan Yayasan Sabah......tak sampai pun 10 minit kami telah pun memasuki perkarangan Komplek   bangunan Yayasan Sabah tersegam di depan mata.

kami pun meminta kebenaran dari pegawai keselamatan di situ untuk meletak kereta di kawasan pakir komplek tersebut dan bergambar di bagunan tersebut....kebetulan belum banyak lagi kereta kat pakir tu.






Sempat lah bergambar kat menara Yayasan Sabah tu....berlegar-legar dan melihat-lihat sekitar kawasan tu....lebih kurang 20 minit kemudian kami pun mula meninggalkan kawasan komplek tersebut menuju ke Pusat Bandar Kota Kinabalu.


melintasi Masjid Kota Kinabalu yang dibina didalam air dalam kawasan Kg Likas , tapi tak sempat singgah untuk menjenguk secara dekat masjid tersebut..ada rezeki lain kali kalau ke Sabah akan pastikan singgah disana.


semesa kenderaan kami meluncur ke Pusat Bandar Kota Kinabalu ...dibelakang kami kelihatan berbalau puncak Gunung Kinabalu tersegam gagah lambang keteguhan dan kedamaian negeri di bawah bayu ini.

Sesampainya ke Pusat Bandar kami terus sahaja ke Pasar Filipina untuk membeli belah sebelum berangkat pulang ke KL pukul 4 ptg nanti.



Selepas selesai membeli apa-apa yang perlu dibawa balik sebagai cenderahati kami membeli sejumlah makanan laut kering seperti ikan masin ,udang kering dan beberapa jenis yang lain....setelah proses pembungkusan selesai semua barangan tersebut dipunggah kedalam kenderaan .

Kami ke Pasar basah untuk membeli serba sedikit ikan segar , udang dan sotong juga sedikit ketam untuk dibawa balik ke Semenanjung ...tak laa banyak sangat sekotak setiap jenis...mmmm. setelah kerja pembungkusan selesai kami mencari kedai makan untuk makan tengahari dan bersolat Zuhor di surau berhampiran Pasar Filipina.

Pukul 2.30 ptg kami pun bergerak ke Lapang Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Terminal 2, mengurus timbangan kepada barang-barang yang akan di bawa balik dan proses pemulangan semula kereta sewa serta menuntut bayaran kerugian atas kerosakan kenderaan tersebut semasa di Ranau...

Kami check in pukul 3.00 petang dan menunggu ketibaan flight AA ke KL yang dijadualkan berlepas pukul 4.15 petang... namun bagitu penerbangan kami tertunda sedikit atas keadaan cuaca yang kurang baik di Laut China Selatan...akhirnya yang ditunggu pun tiba pesawat AA yg baru tiba dari LCCT....


Lebih kurang pukul 7.00 mlm pesawat AA yang kami naiki selamat mendarat di KLIA dan semua urusan luggage selesai dengan lancar. selepas solat magrib kami berangkat pulang ke BSS dengan menaiki kereta
 kak ipar yang dtg mengambil kami di Teminal LCCT Sepang.

 


Sekian catatan perjalanan kami 4 Hari 3 malam di Negeri Sabah di Bawah Bayu..
Jumpa lagi di catatan perjalanan yang lain pula....

25 ulasan:

  1. Mengumumkan ketibaan pesawat AA dari KK.. hehe selesai sudah percutian...

    BalasPadam
  2. Ting tong...
    ting tong....

    sok nak gi lagi tawau pulak kot...sipadan ker...

    BalasPadam
  3. salam encik azmnor,

    wah. saya di landa cemburu.
    belum pernah kaki sy jejak bumi sabah.
    insyaAllah, bercadang juga utk ke sana.

    hati2 ya bermusafir.

    :)

    BalasPadam
  4. salam mie..,

    bagitu laa ceritanya lebih kurang mie kalau rajin ronda pasar malamnya lagi murah-murah...saya pun ada dengar dari kawan yg dah ke Tawau sana lagi murah-murah bah..

    BalasPadam
  5. Salam MB..,

    Kalau ada rezeki dan sedikit kelapangan apa salah nya kita ziarah saudara serumpun di sana...

    ada rezeki sok sampai juga kesana tu....

    memang kena berhati-hati bila berkelana....tq so much..

    BalasPadam
  6. Salam kenalan cikguden...,

    ada rezeki sok sampai gak kesana...

    Tq follow dan komen blog saya...

    BalasPadam
  7. Salam Cikguden..,

    tlg baiki link blog cikgu saya tak leh nak ziarah blog cikguden

    BalasPadam
  8. InsyaAllah pada 26/5 - 1/6 nanti kakcik akan menjelajah Sabah lagi. :)

    BalasPadam
  9. bestnya gi sabah..ntah bile sy nak sampai sana

    BalasPadam
  10. Salam Kakcik..,

    Selamat menjelajah sabah...semuga semuanya berjalan lancar....Insyaallah...aaminnn.....jgn lupa nanti gi kenduri rumah Tn Hj El.. bila balik sini...

    BalasPadam
  11. Salam Jumaat sahrom...,

    ada masa ada rezeki sampai jua kesanaa nanti sahrom...Insyaallah..aaminnn...

    BalasPadam
  12. Pengalaman yg menyeronokkan. Nak pergi lagi ke?

    BalasPadam
  13. Kalau nak beli mutiara dan barang2 Filipina dgn harga yg lebih murah, cubalah ke Semporna pula.

    Makanan laut juga lebih murah di sana.

    BalasPadam
  14. Salam kunjungan.. menarik percutian tu.. singgah la ke blog saya ;)

    BalasPadam
  15. salam Jumaat YB..,

    memang menyeronokkan....lain tahun ada rezeki nak gi semporna pulak...

    BalasPadam
  16. Salam YB..,

    haah memang pun mie pergi sana last dec...memang murah sgt..kira berbaloi....

    BalasPadam
  17. Salam Zuwairi...,

    Tq singgah dan komen di cni....kunjungan akan menyusul kemudian....

    BalasPadam
  18. Salam mie...,

    ada rezeki nanti sampai laa tu ke sabah...Insyaallah...aaminnn

    BalasPadam
  19. Aku tringin nak panjat kinabalu je...tapi sekarang dah tua..tak larat...hehehehe

    BalasPadam
  20. Jijah pun suka sangat pegi Sabah .. orang nye baik baik n peramah ...

    BalasPadam
  21. Salam Fadzli...,

    saya pun teringin tapi apa kan daya...sama laa tu...dah usia..hehehehe

    BalasPadam
  22. Salam jijah...

    haah memnag laa jijah...diaorg pun sangat berhemah di jalan raya..

    BalasPadam