Khamis, 26 Mei 2011

Komuter sekarang dah sampai ke Sg Gadut.

Semalam tengahari aku kena pergi Nuklear Negara kat bangi jalan ke Dengkil, ada demo pasal peralatan AFM keluaran terbaru dan terkini buatan German....jadi lepas zuhor semalam terus jer pergi dengan dua orang "science officer" jabatan aku  naik MyV diaorg lah...hehehe...tapi tulah aku juga yang kena drive..., yer lah adat menumpang kan... sampai kat sana lebihkurang 45 minit perjalanan, ikut PLUS tak busy pulak zoommm jer laa...yg punya keta jeling jer...aku buat tak nampak sapa suruh aku drive...hahahaha

peta lokasi Nuklear Malaysia tu...


kira-kira sampai sana tu just on-time.. Ok lah tu..,Imej organisasi nak kena jaga juga dan jaga imej peribadi kita sebagai penjawat awam kan....

sampai jer terus masuk bilik mesyuarat enginner company yang  jadi supplier peralatan tu brieffing pasal peralatan tu dekat 30 minit mengantuk juga dibuatnya, bukan apa pasal benda yang dia cerita tu aku dah tau...menguap jugalah dua tiga kali tapi pandai-pandai lah control macho...hehehe, selesai brieffing kitaorang terus ke lab kat mana alat tu ditempatkan dan diaorg tunjukkan apa-apa yang peralatan tu boleh buat... memang canggih tapi tak lawan juga peralatan kat lab kami walaupun umurnya dekat sebaya anak bujang aku...cuma peralatan kami kena guna secara manual yang tu fully auto.

lepas kudapan kul 5.00 ptg kitaorg pun minta diri dan aku nak terus balik tak payah balik ke KL semula, officer aku tu hantarkan aku ke Stesyen Komuter Bangi.... ni first time aku jejak kaki kat steysen Bangi ni selalunya lalu jer...

platform 2 Stesyen Komuter Bangi


seberang sana tu pletform 1 ( utama )

 
aku solat asar dulu kat stesyen tu, lepas solat tunggu tren komuter kat terminal 2 , pukul 5.35 ptg komuter ke Seremban pun tiba tapi sekarang ni dah tukar sign distinasinya SG.GADUT ,wahhh dekat rumah aku ni...

seperti biasa tren komuter time ni penuh jadi kena berdiri lah sampai Nilai, kat situ baru dapat duduk, lemas juga naiknya sebab bukan macam naik kat sini tapi macam kat Indonesia ker atau kat Afrika penuh dek diaorg jer... bau pun semacam jer walau pun aka tak lah sewangi mana..mmmm

40 minit kemudian komuter pun sampai ke Seremban dan berhenti disitu lebih kurang 5 minit untuk pertukaran pilotnya dan perjalanan disambung semula ke Sg.Gadut....sekarang ni Stesyen Sg.Gadut adalah stesyen yang paling selatan bagi laluan komuter KTM.

terminal utama stesyen Seremban


Stesyen diantara Sg.Gadut dan Seremban ialah Stesyen Senawang, ini juga merupakan stesyen yang baru diujudkan dan dibina oleh KTM bagi penambahbaikkan perkhidmatan kepada pengguna.


stesyen senawang yang terletak di belakang morden tyre

Menurut sumber yang boleh dipercayai Stesyen Sg. Gadut akan mengambil-alih peranan sebagai stesyen utama menggantikan stesyen Seremban apabila semua kemudahan di stesyen ini telah dilengkapkan sepenuhnya....dari tinjauan aku semalam memang segala kemudahan telah siap sepenuhnya dan akan digunakan sepenuhnya mulai 1 Jun 2011.

Diharapkan dengan adanya stesyen ini secara tak langsung dapat menaikkan taraf kehidupan di kawasan Senawang dan Sg. Gadut ini khasnya dan Seremban serta N9 amnya...dalam waktu yang sama dapat menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang cekap dan menjadi pilihan selain perkhidmatan awam lain sedia ada.  

terminal 1 stesyen Sg,Gadut


plerform 2 arah ke Utara


ruangan menunggu ketibaan tren


kemudahan lift dan eskulator juga disediakan

lobi utama stesyen Sg.Gadut

kuanter tiket komuter dan perkhidmatan lain-lain tren

terletak betul-betul ditepi jalan utama ke Rembau-Tampin

Buat masa ini perkhidmatan dari Seremban ke Sg.Gadut adalah dalam percubaan dan tidak dikenakan tambang (FREE) sehingga 10 malam 31 Mei 2011....siapa yang kat seromban yang nak poie seromban atau sebaliknya bulehlah cubo free yo..buleh bawak anak pinak kaum kerabat....hehehehe..

Sampai disini dulu catatan perjalanan sehingga jumpa lagi dilain catatan
Selamat menggunakan perkhidmatan ini...
Layannnnnnnnn.....

8 ulasan:

  1. salam me..,

    alhamdulillah ... negara semakin maju....agar sama maju dengan sahsiah sekali....insyallah..
    mmmm

    BalasPadam
  2. Makin mudah lah nak pergi kerja, cuma komuter ni mengambil masa sikit kalau nak bandingkan dg bas... :)

    BalasPadam
  3. Salam mie..,

    pergi kerja tu mungkin susah sikit kot...tapi kalau balik memang cantik sgt lah .....

    BalasPadam
  4. Salam miec..,

    Alhamdulillah...bangga aku tengok stesyen ni...

    BalasPadam
  5. Assalammualaikom wtn tuan. Tak sangka ana, komuter sudah siap di Sg Gadut. Boleh makan cendol lemandawi terus tu. Sungguh lama ana tak kesana, menaiki komuter juga sungguh lama...

    BalasPadam
  6. Walaikumsalam Musafir Islam...,

    baru jer siap mula operasi 14 mei lepas.., yerlah menjadi pemangkin kepada kemajuan kawasan sekitar..
    memang dah dekat sangat dengan lemandawi yg terkenal tu...

    BalasPadam