Selasa, 6 Disember 2011

JB lagi.... Part 2.




...sambungan dari part 1 

Selepas bacaan doa dan makan kek harijadi tu, masing-masing pun bersiap untuk menunaikan solat jamak Isyak dan Magrib, selesai solat masing-masing pun mengambil tempat masing-masing untuk tidur, kalau boleh pagi esok nak keluar awal untuk menyambung lawatan ke tempat yang belum lagi sempat di capai....

aku dah pun bangun seawal pukul 5.15 pagi , mandi dan bersiap-siap untuk solat subuh yang masuk waktunya agak awal kat JB ni, selesai solat , kejutkan semua yang tidur untuk bersolat walau pun malas nak  mandi dulu...

selepas itu aku ke tingkat bawah ke Dewan makan hotel....saya jer survey  apa menunya dan berapa tambahan bayaran bagi ahli aku yg terlebih dua orang...., ramai juga yang tumpang menginap di Hotel Seri Malaysia malam tadi , bila aku tanyakan penyambut tetamu beliau menyatakan "full house"



pukul 8.30 pagi kami semua turun ke Dewan makan untuk sarapan pagi, alhamdulillah boleh tahan juga hidangan sarapan pagi yang disediakan dan pengunjung pun belum terlalu ramai di dewan ...mungkin ramai yang dah sudah atau ada yang masih belum turun lagi..... kami berada disitu lebih kurang sejam .... dan cuma dikenakan bayaran tambahan RM 10 untuk 2 orang ahli kami yang melebihi baucer sarapan yg diberi percuma....berbaloi juga dengan hidangan yang disediakan...alhamdulillah...

Pada mulanya kami bercadang hendak "check-out" saja  pada awal pagi tetapi ada yang  menyambung tidur selepas "breakfast" jadi kami mengambil keputusan untuk keluar semula untuk ronda-ronda JB sahaja...dan rancangan aku hendak ke "HutanBandar" berjoging dibatalkan ......jadi kami hanya pusing JB satu pusingan dan pakir kereta di kawasan pakir Terminal Larkin dan naik semula ke Kebayan Larkin Sentral.... Isteri dan kak ipar hendak mencari kain tudung dan beberapa keperluan perempuan di aras 1 Terminal Larkin tersebut.





setelah sejam disana kami pun bergerak pulang ke Hotel untuk berkemas dan waktu "check-out" pukul 12.00 tengahari sudah pun hampir kira 30 minit saja lagi.... selesai berkemas kami terus "check-out"tepat pukul 12.00 tghari.

sebelum kami bergerak pulang kami singgah sebentaran di Skudai Jaya menziarahi saudara disana dan makan tengahari dirumah beliau.

kami bergerak pulang dari rumahnya pukul 3.00 ptg dan dikala itu hujan lebat dan aku sampai tersalah masuk simpang ke Senai, tapi OK juga kerana disana saya boleh mengisi minyak yang hanya tinggal 2 bar, selepas mengisi minyak kami meneruskan perjalanan melalui lebuhraya PLUS , walaupun rancangan asalnya kami hendak menggunakan jalan lama melalui pantai barat negeri Johor.....ianya terpaksa dibatalkan kerana masa yang agak lewat dan hujan yang sangant lebat ketika itu.

singgah sebentar di Hentian R&R Pagoh untuk menunaikan solat zuhor + asar, bergerak semula dan tiba di Jasin pukul 7.00 malam bagi menurunkan along disitu....kami singgah bersolat magrib di Masjid Jamek Jasin dan menyambung perjalanan pulang ke BSS melalui Bemban ke Ayer Keroh dan ke Lebuhraya PLUS dan sampai ke Senawang lebihkurang pukul 9.00 malam.


Alhamdulillah kami semua sampai ke BSS dengan Selamat.....aaminnn,

Sekian perkongsian perjalanan dan pengalaman sehingga bertemu lagi dilain catatan
saya sudahi dengan tasbih kifarah


4 ulasan:

  1. Kena pergi lama sikit, baru dpt cover banyak tempat. Lagipun bulan Disember ni kan musim hujan...

    BalasPadam
  2. salam mie..,

    lain kali kena buat pertengahan tahun dan cross boarder....hehehehe.

    BalasPadam
  3. salam abah..,

    Ok JB ada peluang gi lah jalan-jalan sana, hotel murah pun berlambak...

    BalasPadam