Isnin, 7 Jun 2010

Lambaian HCM City menyambut kedatangan...






Kegembiraan dan kesyukuran terselah di wajah masing-masing sebaik saje kaki menginjak Lapangan Terbang Antarabagsa HCM City ini... segera ke pemeriksaan Imigresen dan seterusnya ke tingkat bawah bangunan untuk mengambil luggage masing-masing...


Setelah semua urusan luggage selesai kami terus keluar ke lobi lapangan terbang untuk mendapat kemudahan limosen ke Hotel yang telah ditempah..




dalam menunggu ketibaan limosen, sempat juga aku menukar wang ke matawang Vietnam.... kira -kira 1juta Dong lebih kurang... kira-kiranya datang sebagai jutawan...... tapi jutawan Dong laa.... tukaran wang disini pada kadar 5000 Dong utk RM1 dan kadar tukaran kepada matawang US ialah 19 000 Dong utk 1 USD. Disini matawang RM dan USD boleh digunakan dalam urusniaga.

Aku juga terpaksa membeli sim card berharga 6 USD utk talipon bimbit kerana telepon post-paid aku tidak boleh digunakan disini.


Lebihkurang dalam 10 minit kemudian limosen pun tiba untuk membawa kami ke Hotel penginapan yang terletak ditengah-tengah kota HCM.




Sepanjang perjalanan itu kelihatan ribuan motosikal memenuhi jalan raya dan bergerak dengan kelajauan yang seragam tapi terlalu rapat.... memang membuatkan aku kecut perut takut berlaku perkara yang tak diingini.... jauh sekali keadaan nya dengan KL... Inilah antara keunikan Bandaraya HCM ini, lebih-lebih lagi mereka yang pertam kali mengunjungi HCMC yang menjadi kebanggaan rakyat Vietnam....






Sayang sekali..... hanya video ini yang dpt diuploadkan kerana ada beberapa masalah teknikal.... apa-apa pun itu lah senarionya.... walaupun paparannya tidak dapat menggambarkan keadaan sebenar.



Akhirnya kami sampai ke Hotel yg dituju...... Spring House Hotel.... Urusan check-in pun dilaksanakan dengan licin dan masing-masing bergegas ke Bilik masing-masing untuk bersiram dan melaksanakan solat, kerana disini masuk waktu solat Magrib pukul 6.11 ptg dan suasana senja jelas kelihatan di luar Hotel.


Keadaan hotelnya pun sangat bersih dan selesa walaupun hanya backpack hotel, bagi aku sudah lebih dari mencukupi dan memuaskan jika dibandingkan dengan harganya.... dilengkapi pendingin hawa, kipas, kemudahan asas untuk mandi serta peti sejuk dan perabut untuk menyimpan luggage....


Selepas selesai solat kami bergerak keluar untuk menlihat-lihat panorama Bandaraya HCM waktu malam. Dalam menyusur pedestrian yang dimandi limpahan cahaya neon dapat dilihat berbagai aktiviti penduduk HCM waktu malam... satu yang nyata orang-orang vietnam ni kurus-kurus dan fit.... serta aktif...

Dalam 15 minit berjalan kaki akhirnya kami sampai ke Pasar Malam Ben Thanh.... rambang mata dibuatnya bermacam-macam barangan dijual.... terutamnya barang textile, kulit dan cenderahati... lama juga berpusing-pusing sepanjang pasar malam yang panjang itu....

Pukul 12.00 mlm baru kami semua pulang ke Hotel penginapan dan selepas mandi terus masuk tidur dan perlu bangun awal untuk ekspedisi awal pagi esok ke Cu Chi Tunnels.... tambahan pula suboh masuk waktu 4.11 pagi... harap tak bangun lewat untuk solat suboh nanti..



Jumpa lagi di Cu Chi Tunnels....
Layannnnnnnn.................

1 ulasan:

  1. Nak ke Medan pulak? Kalau tak ke Danau Toba baik tak payah pergi...

    BalasPadam